Wednesday, May 6, 2009

Hari PUTIH dunia PERUNDANGAN

Di dalam ilmu perundangan, seseorang pengamal undang-undang yang punya "title" peguambela dan peguamcara diwajibkan untuk mematuhi segala undang-undang, peraturan, arahan dan pekeliling oleh Akta yang sedia ada mahupun oleh Majlis Peguam Malaysia.
Di antara peruntukan yang harus diikuti adalah:-

Legal Profession (Practise & Etiquette) Rules 1978, melalui Rule 15 iaitu Respect to court (Menghormati Mahkamah). Peruntukan ini berbunyi, “An advocate and solicitor shall maintain a respectful attitude towards the Court”.

Di antara etika di dalam maksud MENGHORMATI MAHKAMAH adalah dengan gaya penampilan diri sebagai etika seorang ahli perundangan, iaitu mengenakan pakaian HITAM dan PUTIH.

Tetapi hari ini, ARAHAN daripada pihak polis mengatakan mana-mana rakyat malaysia (termasuklah pengamal undang-undang yang termaktub di dalamnya adalah dari kalangan Peguam, Hakim & juga penterjemah) adalah DILARANG memakai pakaian berwarna HITAM.

Maka, buat kali pertama di dalam SEJARAH perundangan, Rule 15 tersebut telah di"OVERULE" oleh badan lain di dalam membuat satu-satu peruntukan.

Arakian, hari ini diisytiharkan HARI PUTIH untuk dunia perundangan. Sebab pakaian warna hitam diHARAMKAN oleh pihak berkuasa.

Jika ada mana-mana pihak yang memakai pakaian hitam (termasuk coat hitam bagi memenuhi syarat etika "court attire") maka dengan ini dijatuhkan hukuman, DERHAKA!. (Silap-silap boleh kena tuduh sebagai penghasut di bawah Akta Hasutan).

Sekian, terima kasih.

1 comment:

RIDUAN said...

apa2 pun boleh...mcm main chest.. kalau dah cet met.. lari lah kot mana pun.. semua tak boleh.. sebab king dan quen dah kepung... last2 duk melopong laa kat situu.. kesiannya melayu yang derhaka pada UMNO...malaysia BOLEH!!!!