Berita MB Perak kita boleh baca di sini, sini, sini, dan sini.
Di mana MB Haram nak letak muka sekarang ini?
Suka sungguh rakyat 1Malaysia dengan kenyataan Camry… eh silap Zamry Abdul Cadeer pada 16 April lepas, “Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya”di sini.
Sebagai ORANG POLITIK yang berjantina JANTAN, beliau sepatutnya MENGULANGI kenyataan yang sama (dalam tempoh tak sampai 1 bulan yang lepas!).
Entah tiba-tiba sahaja jari-jemari ini teringatkan SUK Negeri Perak? Aircond terasa tak tu? Semoga malam ini beliau tidur nyenyak.
Sekiranya Tuanku Sultan memperkenankan PEMBUBARAN DUN Perak di dalam tempoh terdekat ini, maka ini bermakna ianya BAKAL menjadi Pilihanraya Kecil (PrK) yang BESAR sekali di dalam sejarah 1Malaysia. Karena melibatkan 59 DUN!.
Harapnya UMNO juga mengulangi kenyataan mereka yang dibuat sebelum ini untuk TIDAK BERTANDING di dalam mana-mana PrK kerana dikatakan MEMBAZIR WANG RAKYAT! Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya.
No comments:
Post a Comment