Monday, May 11, 2009

BN INGKAR Perintah Mahkamah

Apabila Mahkamah yang mulia memutuskan bahawa YAB HJ Nizar sebagai MB Perak yang SAH, BN membuat PENGAKUAN bahawa mereka AKUR dengan keputusan tersebut.

Hakikatnya BN INGKAR arahan tersebut. Jika mereka akur, mereka TIDAK AKAN merayu keputusan tersebut ke peringkat Mahkamah Rayuan, dan jika kalah lagi, mereka "AKUR" lagi dengan merayu pula di peringkat terakhir proses perundangan iaitu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.


Walaupun membuat RAYUAN itu merupakan hak kepada pihak-pihak, namun ianya harus dibaca dari aspek yang lebih luas. Jika BN kata merayu itu HAK mereka, kenapa ketika YB SPEAKER DUN Perak, MENOLAK usul yang dibawa oleh BN pada 7 Mei lepas DINAFIKAN HAKnya? Nak bercakap tentang HAK konon! Cess!!


Kenapa pula bilamana YAB Hj Nizar mohon dibubarkan DUN, HAK ini dipandang remeh oleh BN? Sedangkan semua orang tahu, adanya PERUNTUKAN di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mengiyakan HAK tersebut. Kenapa BN ini BACUL bila HAK tidak menyebelahi mereka? Inilah sikap BIADAP + DERHAKA oleh BN. BN wajar digelar BD dan bukannya BN. BD, Biadap Derhaka!!!


Riak wajah Mat Monggol ketika sidang akhbarnya petang kelmarin tidak seperti sebelumnya. Senyumannya tidak secantik lesung pipit Aminah Shaaribu. Karena keputusan semalam cukup MEMEDIHKAN hatinya yang penuh KETAQWAAN kepada ajaran 1Malaysia itu. Keputusan semalam merupakan HADIAH yang tidak diundang kepada Ulangtahun ke-63 UMNO.


Mat Monggol kata, "We will SOLVE the problem. We have STRONG Case".


Ayat ini jika dibaca secara LITERAL memang cukup menimbulkan 1001 saspen. Apakah maksud SOLVE tersebut? Adakah DISSOLVE (Bubar) DUN? Atau Hakim itu atau Hakim di Mahkamah Rayuan nanti akan di"SOLVE"kan? Atau di"SETTLE"kan?


Peguam Pemerhati BN pula, Saudara M. Reza Hassan berkata, "Ini baru keputusan Mahkamah Tinggi. Keputusan Mahkamah Persekutuan lagi mengikat dan kuat". Bro, come on la, keputusan Mahkamah Tinggi tu, memanglah tak sekuat keputusan Mahkamah Persekutuan. Ini budak tadika pun tahu. Tapi ia tetap KEPUTUSAN MAHKAMAH!. Kena ingat, Mahkamah Mahsyar nanti, lagi POWER dari Mahkamah Persekutuan Bro!!.


Apapun yang terjadi, satu PUJIAN dan KREDIT harus diberikan kepada Yang Arif Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim di atas PENGHAKIMAN yang cukup bersejarah itu. Mat Monggol buanglah atau lemparlah beliau di mana-mana selepas ini hatta di Sabah sekalipun, saya yakin kerajaan Pakatan Rakyat akan mengiktiraf beliau kembali. Sifat BN sememangnya begitu. Yang tidak menyebelahinya akan dipinggirkan, dibuang dan DIHERET kemana-mana dia suka.

Sekarang ini, BN cuba memomokkan cerita bahawa sidang DUN Perak boleh bersidang untuk mengusulkan UNDI TIDAK PERCAYA kepada YAB Hj Nizar. Dari dahulu lagi barisan peguam-peguam dah kata, menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, seorang Menteri Besar itu hanya boleh diberhentikan melalui :-


1) MB itu sendiri secara SUKARELA meletak jawatan; ATAU


2) Apabila DUN Perak dibubarkan (sama ada cukup 5 tahun @ kurang - Ini kuasa eksklusif MB sepertimana yang YAB Hj Nizar lakukan); ATAU


3) Semasa sidang DUN, usul Undi Tidak Percaya ke atas MB diterima oleh majoriti ahli Dewan. Ini berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan seperti Kes Ketua Menteri Sarawak, YAB Stephen Kalong Ningkan pada tahun 1966.


Sekarang ini, BN baru PERCAYA dan baru TAHU bahawa tiga (3) cara ini sahaja mereka boleh MERAMPAS semula Perak di tangan Pakatan Rakyat.


Ironinya, YB Datuk Dr. Zambry hanya menjadi MB selama 75 hari (dilantik pada 6 Februari 2009) sahaja dan merupakan TOKOH MB Perak yang menempa sejarah sebagai MB paling pendek tempohnya memegang jawatang tersebut. Jika di hari pertamanya sudah TAK SAH sebagai MB, 74 hari kemudiannya juga TAK SAH dan HARAM Qat'ie.


Sesungguhnya yang BAIK itu datang dari Allah S.W.T dan yang BURUK itu dari UMNO Barisan Nasional.


1 comment:

RIDUAN said...

best2.... karang la banyak2 lagi.. banyak ilmu aku dapat...