Sunday, May 31, 2009

Kisah PEGUAM Terlampau

Kadang-kadang, para peguam ni punyai kisah-kisah yang boleh menjadi satu cerita. Ceritanya pula adalah kisah benar.

Jikalau di England, setiap tindakan atau perbuatan seseorang peguam ke atas fail anakguamnya RATA-RATAnya akan dimasukkan ke dalam bil. Tatkala peguam itu memegang atau membuka fail, maka ia akan dikira serba serbi.

Sebab itu ada satu kisah di England satu ketika dahulu berkenaan dengan BIL. Bil itu berbunyi:-

"Terjaga dari tidur kerana teringatkan fail ini - $5,000-00"

Ada satu lagi kisah yang popular berkenaan dengan "Bil Guaman" seseorang peguam.

Pada satu hari, kebun sayur milik si Pekebun di satu kampung telah rosak oleh haiwan peliharaan seorang peguam terkenal di situ. Setelah berfikir sejenak, lalu si Pekebun itu tadi telah mendapat idea iaitu konon-konon ia bertanya kepada Peguam berkenaan dengan kesnya.

Lalu berjumpalah ia dengan Sang Peguam. Nasihat peguam kepadanya, dia berhak mendapat pampasan $3,000-00. Maka gembiralah Si Pekebun lalu memaklumkan bahawa haiwan peliharaan Peguam itulah yang merosakkan kebunnya.

Yang ajaibnya, Peguam itu tanpa membuang masa membayar $3,000-00 itu kepada Si Pekebun. Sedikit pun Peguam tidak marah, malah semakin mesra dengan anakguamnya.

Maka pulanglah Si Pekebun ke rumahnya dengan penuh girang gumbira. Habis satu kampung dia ceritakan kisahnya mengenai tindakannya ke atas peguam yang terkenal itu.

Kemudian, dua hari selepas itu, Si Pekebun didatangi oleh despatch peguam itu. Despatch itu sebenarnya menghantar satu dokumen dari firma guaman Si Peguam yang terkenal itu.

Apabila Si Pekebun membuka dokumen itu, sejurus kemudian dia terus MERAUNG lalu PENGSAN. Dokumen itu berbunyi.

"Bil Guaman : Khidmat Nasihat bagi kes kebun dirosakkan oleh haiwan peliharaan - $15,000-00".

Teringat aku pada satu pepatah di dalam kosa kata undang-undang (Truman's Law), "If you cannot convince them, confuse them".

Hehe.

No comments: