Monday, June 1, 2009

Kemenangan PKR bukan mutlak!

Tajuk di atas adalah STATEMENT yang dibuat oleh Mat Monggol semalam di Jeju, Korea Selatan.

Mat berkata lagi, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan. Ia (Penanti) adalah satu kemenangan yang tidak memberangsangkan kerana bilangan pengundi di bawah 50 peratus dan bilangan undi yang diperoleh parti itu juga merosot kira-kira 1,300 undi.

"Kemenangan ke atas calon Bebas bukan kayu ukur populariti. Ia bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Jeju di sini hari ini.

Hanya 46 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN Penanti hari ini yang dimenangi calon PKR, Dr. Mansor Othman dengan meraih 6,052 undi.

Tiga calon Bebas iaitu Kak Min Cap Kunci (+VCD Free), Nai Khan Ari dan Presiden Parti Iman Semalaysia (PIS), Kamarul Ramizu Idris hilang wang pertaruhan. [Nota : Kesian juga kepada calon Bebas ni, sebab Banner & Poster LEBIH BANYAK dari UNDI. Hilang wang pertaruhan pulak tu].



Teringat kata-kata pujangga, "Kemenangan bukan tradisi, Kekalahan bukan warisan".

BN pun BUKAN dulu, kini & selamanya menang di pusat.

Pemerintahan BN pun bukan MUTLAK!


No comments: