Monday, June 8, 2009

NIZAR Gagal FAILKAN Rayuan : Baki 12 hari lagi

1. Sehingga ke saat posting ini tulis, YAB Hj Nizar masih belum MEMFAILKAN rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

2. Keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei 2009 lepas hanya memperuntukan tempoh 30 hari sahaja untuk beliau memfailkan rayuan.

3. Ini bermakna, jika dikira hari ini dan 11 hari lagi, Hj Nizar hanya punyai 12 hari sahaja lagi sekiranya ingin membawa kes MB Perak ke Mahkamah Persekutuan.

4. Adalah menjadi satu kesukaran kepada Legal Team beliau untuk mengemukakan ALASAN rayuan memandangkan "Ringkasan" PENGHAKIMAN yang dibaca oleh YAA Hakim Mahkamah Rayuan HANYA mengambil masa kurang 5 minit untuk diisytiharkan.

5. Legal Team Hj Nizar memaklumkan mereka sudahpun menderaf rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Namun, mereka masih menunggu penghakiman daripada Mahkamah Rayuan bagi menguatkan lagi hujah rayuan. Peguam beliau juga percaya bahawa penghakiman tersebut akan dikeluarkan di SAAT-SAAT akhir sebelum TEMPOH masa Rayuan TAMAT. Ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bahawa HUJAH dan ALASAN rayuan adalah remeh dan lemah.

6. Sehingga ke saat ini juga, PENGHAKIMAN BERTULIS masih belum disiapkan walauapun janji demi janji dikhabarkan.

7. Panjang sungguhkah penghakiman tersebut sehingga begitu LAMA masa diambil untuk menyiapkannya?

8. Atau mungkin WUJUDKAH lagi KISAH BENAR VK Lingam : PART 2?

9. Correct Korek Correct?

No comments: