Thursday, June 18, 2009

Kes MB Perak : Ketua Hakim Negara akui Yang Arif LEMBAB

Semalam di Putrajaya, Ketua Hakim Negara atau jika di Indonesia digelar Kepala Hukum berkata "Hakim yang tidak mampu membuat keputusan dengan cepat adalah hakim yang kurang baik".

Hakim bagi kes MB Perak jangankan cepat malah LAMBAT terkedek-kedek nak buat PENGHAKIMAN BERTULIS. Hebat lagi Rakan Bijaksana saya, VK Lingam. Correct Korek Correct.

Beliau berkata lagi, "Satu tempoh tertentu perlu diberikan agar hakim dapat menilai keterangan serta merujuk kepada peruntukan undang-undang. Sebarang keputusan secara tergesa-gesa (yang boleh kita rujuk kepada kes MB Perak di mana PENGHAKIMAN LISAN dibaca TAK SAMPAI 5 minit) juga bukan keputusan yang baik kerana hakim tidak menimbang dengan betul semua isu mengenai fakta dan perundangan. Sebaliknya, kelewatan yang melampau akan merugikan semua pihak, sama ada pihak pendakwaan atau pembelaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua hakim bahawa kes tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengambil masa lama untuk membuat keputusan dan menulis alasan penghakiman.

Hmmm.. ye lah tu Kepala Hukum oi!

Oleh Kepala Lutut

No comments: