Sepertimana posting sebelum ini (kepada yang belum baca sila baca), 9 dan 10 Julai nanti, kes MB Perak akan memanaskan GELANGGANG Mahkamah lagi.
Sebelum kes tersebut BERJAYA untuk dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dengan minimum koram 3 orang Hakim atau dengan bahasa lainnya, kes ini DIBENARKAN untuk MENERJAH ke PINTU Utama Mahkamah Persekutuan, terdapat 3 Syarat utama yang perlu dipenuhi.
SYARAT-SYARATnya berbunyi:-
1) Punyai PERSOALAN UNDANG-UNDANG yang ada MERIT;
2) Untuk kepentingan AWAM; dan
3) Novelty (Baru).
Jika kes ini berjaya mendapat KEIZINAN / KEBENARAN atau LEAVE untuk MERAYU, maka mahkamah akan menetapkan tarikh lain untuk kes tersebut dibicarakan.
Jika tidak, Perak akan berMBkan Mahatma Melayu sampai PRU-13 nanti.
Tetapi sebagai pengamal ilmu undang-undang, saya dan rakan-rakan seramai 11 orang (yang MENYAMAI jumlah Hakim yang dipohon oleh Hj Nizar) SEBULAT SUARA BERSETUJU bahawa kes ini TELAH MEMENUHI SYARAT-SYARAT yang dinyatakan!!
Sekian, wassalam.
1 comment:
moga2 berjaya amin
Post a Comment