Sunday, June 7, 2009

Hormati & SOKONG Keputusan MUKTAMAR

Muktamar PAS kali ke-55 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.

Suasana PASCA Muktamar kali ini tampak berbeda sekali. Ramai sekali yang TIDAK diketahui sama ada AHLI PAS atau MENGAKU sebagai AHLI begitu LANCANG menulis, terutamanya dari kalangan penulis maya.

Umpama KEPUTUSAN (terutama Pemilihan) kali ini, DIPERTIKAIKAN. Sedangkan sebagai ahli Jamaah Islam, kita diajar untuk MENGHORMATI Keputusan Muktamar. Dan seterusnya MENYOKONG Keputusan Muktamar walaupun pada hakikatnya (pada awalnya) kita punya idea yang berbeda.

Begitu juga dengan IDEA atau KHABAR yang mengatakan bahawa calon-calon dari Negeri Kelantan atau Tuan Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat DITOLAK oleh PERWAKILAN. PAS tidak pernah mengehadkan pimpinannya untuk satu-satu negeri sahaja. Tidak terpilihnya wakil bagi negeri itu tidak bermakna Perwakilan yang mewakili AHLI PAS menolaknya. Jika begitu, PAS Negeri Sabah & Sarawak terlebih dahulu BERASA HATI sebab jangankan nak dipilih, jadi CALON pun tak lepas lagi. PAS untuk SEMUA. PAS FOR ALL!

Pinjam kata-kata YB Datuk Paduka HUSAM MUSA, "Yang Menang dapat PAHALA, Yang Kalah pun dapat PAHALA, InsyaAllah".

Bang MAT SABU pula berkata, "Yang penting adalah ISTIQOMAH. Kalah menang bukan alasan". Sambil diakhiri dengan serangkap pantun yang penuh mengusik jiwa yang berbunyi...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai aku antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

2 comments:

Herman Samsudeen said...

Herman-Ana setuju 100% pandangan anta. Soal menang atau kalah tidak menjadi isu dalam Pas, sebab bagi kita itu hanya ‘persaingan adik beradik’. Bak kata Abg Mat, yang penting kita Istiqamah tak kira apa jua pangkat dan kedudukan kita. Kita cuba berikan yang terbaik terpulanglah pada Allah untuk menilainya untuk ganjaran akhirat.

Abu Umar said...

Allahuakbar!!