Wednesday, June 10, 2009

PAS : SU Agong & Ketua Penerangan BARU

mustafa aliDatuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai Setiausaha Agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Manakala bekas Naib presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

Manakala bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini.

Mustapa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan dalam muktamar parti itu minggu depan. Beliau juga merupakan pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS.

No comments: