Thursday, June 11, 2009

IDRIS JUSOH : Ada benda NAIK

Terengganu Darul Stadium Runtuh!

Itulah nama baru bagi negeri Terengganu Darul Iman yang hebat diumpat oleh rakyat di sana-sini.

Rata-rata rakyat 1Malaysia tatkala membicarakan perihal STAIDUM keramat itu, pasti akan menggeleng kepala. Tiada pula yang GILA mengangguk kepala.

Yang menakjubkan, ada yang SUKA dan BERPUASHATI dengan kejadian runtuh ini.

Kerana Indeks Pelancongan di Terengganu
MENINGKAT dengan DRASTIK dan mendadak sekali. Tidak pernah berlaku PENINGKATAN sebegitu rupa.

Pelancong ke TERENGGANU bukan lagi berkunjung ke Pasar Payang untuk mencari sourvenir dari Negeri Penyu itu ataupun ke Kampung Losong untuk mencari Kepok Lekor. Tetapi mengambil PELUANG untuk bergambar di STADIUM tersebut.

Karena, ia merupakan salah satu BINAAN KEAJAIBAN DUNIA ke-8 yang dibina pada dekad ini.

Welcome to Terengganu!

Jupe mung dek nung! Bereh!


[Klik pada gambar untuk lihat paparan yang lebih jelas]

No comments: