Sunday, June 7, 2009

YAB Nizar failkan RAYUAN HARI INI!

Di dalam KEHANGATAN PASCA Muktamar PAS kali ke-55 yang HEBAT dicanang oleh pihak-pihak tertentu, negara akan menempuh SCENE Politik Perak yang seterusnya.

Kali ini, EPISOD Wayang di Mahkamah Persekutuan.

Di dalam sesi Ceramah Penerangan di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi Sabtu lepas, yang diadakan bersempena dengan Muktamar PAS, YAB Hj Ir Nizar MENGESAHKAN bahawa beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan HARI INI.

"Tuan-tuan dan puan-puan, Mahkamah (Rayuan) berjanji nak bagi PENGHAKIMAN BERTULIS Isnin lepas, tetapi sampai hari ini belum SIAP lagi".

"Walaupun KEPUTUSAN di Mahkamah (Persekutuan) nanti saya dimaklumkan TIDAK MEMIHAK kepada saya, tetapi saya nak TUNJUKKAN kepada rakyat, Inilah KEADILAN yang nak dibawa oleh UMNO/BN".

Kehadiran YAB Hj Nizar di Dun Bangi disambut oleh hampir 10,000 rakyat dari seluruh pelosok tanah air (Perwakilan-Perwakilan dan Pemerhati-Pemerhati juga hadir sebagai tanda sokongan).

RAYUAN akan difailkan HARI INI. Tapi entah bila akan DIDENGAR dan DIPUTUSKAN.

Kita tunggu, siapakah di antara 12 Hakim Mahkamah Persekutuan yang akan MENGADILI kes ini?

Mungkinkah Tun Tan Sri Dato' Seri
Zaki Tun Azmi? (Gelaran TUN baru sahaja diperoleh Sabtu lepas. Jika dibaca penganuherahan itu dari sudut yang "NAKAL" ianya UMPAMA HADIAH sebelum bertugas mendengar kes).

Mungkinkah
Tan Sri Dato’ Seri Alauddin bin Dato’ Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan yang telah MENUKAR Hakim Mahkamah Rayuan bagi kes MB Perak di SAAT-SAAT AKHIR?


Atau mungkinkah juga Dato' Seri Augustine Paul? Hakim yang mendengar, membicarakan dan memutuskan kes DSAI yang telah dipindahkan 2 minggu sebelum kes DSAI bermula?

Atau mana-mana SEMBILAN (9) Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain?

Sabda Nabi yang maksud "2 daripada 3 Hakim akan masuk neraka".

Wallahuam.

2 comments:

muhd_abduhu said...

tuan,
azmi tun zaki ke zaki tun azmi?

Abu Umar said...

Terima kasih rakan bijaksana saya, Peguam Zul atas pembetulan. Kesilapan diakui dan telah diperbetulkan. Tkbb