Friday, June 19, 2009

PEMECAH BERITA : RAYUAN Kes MB Perak DITOLAK oleh MAHKAMAH mentah-mentah

PEMECAH BERITA WAKTU PETANG!!

1) Seperti dimaklumkan sebelum ini, Hj Nizar telah selamat memfailkan RAYUAN di kaunter pendaftaran Mahkamah Persekutuan petang tadi.

Selain merayu, beliau juga memohon untuk koram Yang Amat Arif Hakim seramai SEBELAS (11) orang bersidang untuk mendengar kes tersebut.

Jika ini berlaku, maka kes ini bakal MEMECAH GUINESS REKOD di Malaysia. Ini karena, setakat ini, di dalam sejarah 1Malaysia, MAKSIMUM Hakim yang pernah BERSIDANG adalah seramai 7 orang.

Saya pasti Kepala Hukum Malaysia, Tun Zaki tidak akan bersetuju. ALASANnya mudah, jika 11 Hakim, maka RUANG di atas BENCH tak cukup. SEMPIT!!! (Kalau orang dah kata tak nak, tak boleh nak buat apa. Tunggu Miracle aje la).

2) Selain itu, KES RAYUAN ini masih lagi diperingkat LEAVE. Mungkin ramai yang tak tahu atau tak paham apa maksud LEAVE ini. LEAVE ini bermaksud (bahasa mudahnya) satu proses PERMOHONAN di Peringkat Awal Mahkamah Persekutuan untuk MENENTUKAN sama ada rayuan itu ada MERIT atau tidak untuk didengar (BICARA) di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Jika LEAVE tak dapat atau GAGAL
tidak diperolehi, Maka SEKIAN SAHAJA Kes MB Perak untuk makluman semua pihak. FULL STOP!! Takde tompek dah nak merayu jang oi!

3) Mahkamah menetapkan tarikh 9 dan 10 Julai 2009 untuk pendengaran LEAVE bagi rayuan tersebut. Yakni SEBELUM berlangsungnya PrK Manek Urai!! Apa maknanya ni?

4) Yang menariknya, SEHINGGA petang tadi, peguam Hj Nizar MASIH BELUM menerima PENGHAKIMAN BERTULIS dari Mahkamah Rayuan. Salah satu ASPEK PENTING untuk mendapat LEAVE adalah, RAYUAN mestilah MERUJUK kepada PENGHAKIMAN daripada Mahkamah sebelum ini. Tetapi di dalam kes MB Perak ini, RAYUAN Hj Nizar hanya dibuat berdasarkan pemahaman barisan peguammya pada Penghakiman Lisan 5 MINIT sahaja.

Shortform yang dicipta masa belajar dulu-dulu (tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga) untuk perkataan WATANIAH = Walau Apapun Terjadi Anak Negeri Ini Akan Hadapi!

Teringat juga kepada kata-kata KERAMAT Hj Nizar sebelum ini ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, "Saya tidak kisah jika kes saya kalah. Sebab saya dan rakan-rakan PR di Perak nak MENUNJUKKAN kepada RAKYAT bahawa Inilah KEADILAN yang dibawa oleh Umno Barisan Nasional".

Kita merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah jugalah yang TERBAIK.

Takbir!!!

No comments: