Sunday, May 17, 2009

Laporan KEPUTUSAN Kes MB Perak pada 11 Mei 2009

LAPORAN KEPUTUSAN
MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA

SEMAKAN KEHAKIMAN NO : R1(R3)-25-25-2009

DATO’ SERI IR. HAJI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN …… PEMOHON

LAWAN

DATO’ DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR …… RESPONDEN

DAN

PEGUAM NEGARA MALAYSIA …… PENCELAH


KORAM : HAKIM : Yang Arif Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahim

PEGUAM-PEGUAM PEMOHON : Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Encik Nga Hock Cheh, Encik Ranjit Singh, Encik Mohamad Hanipa Maidin, Encik Leong Cheak Keong, Encik Edmond Bon Tai Soon, Encik Amer Hamzah Arshad, Encik Zulkarnain Luqman, Encik Phillip Koh dan Encik Chan Kok Cheong

PEGUAM-PEGUAM RESPONDEN : Dato’ Cecil Abraham, Encik Sunil Abraham dan Cik Farah Shuhadah Razali

PEGUAM-PEGUAM MEWAKILI PENCELAH : Tan Sri Abdul Gani Patail, Tun Abdul Majid bin Tun Hamzah, Dato’ Kamaludin bin Md. Said, Puan Azizah binti Haji Nawawi, Encik Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, Puan Suzana binti Atan, Puan Munahyza binti Mustafa dan Encik Andi Razalijaya bin A. Dadi.

PEGUAM WATCHING BRIEF UNTUK BARISAN NASIONAL : Encik Mohd Reza bin Hassan


PERKARA :

Pemohon membawa tindakan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak, deklarasi berkenaan tafsiran Perkara XVI(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar Perak boleh dan/atau telah dikosongkan, Writ quo warranto dikeluarkan terhadap Responden supaya memberikan maklumat bagaimana beliau kononnya berhak memegang jawatan Menteri Besar Perak, perintah deklarasi bahawa Responden tidak berhak menjadi Menteri Besar Perak, dan perintah injunksi melarang Responden atau agen-agennya menjalankan tugas-tugas Menteri Besar Perak.


Pada 3 April 2009, Mahkamah telah memberi kebenaran kepada Pemohon untuk memohon semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah-perintah tersebut. Begitu juga, Mahkamah telah pada 23 April 2009 membenarkan pihak Peguam Negara Malaysia untuk menjadi Pencelah di dalam prosiding ini memandangkan isu-isu yang akan dibahaskan bukan sahaja melibatkan pentafsiran terhadap peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, bahkan juga melibatkan pentafsiran peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Isu-isu yang bakal dibahaskan di hadapan Mahkamah adalah novel issuesMalaysia untuk hadir memberikan pandangannya secara amicus curiae.
dan Mahkamah sebenarnya bebas untuk menjemput pihak Peguam Negara


Pada 4 dan 5 Mei 2009, Pemohon telah memeriksa balas deponen YB Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan Pemohon juga telah diperiksabalas mengenai fakta-fakta yang berlaku sekitar kejadian permohonan Pemohon di hadapan DYMM Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Sesudah itu, perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman ini telah diteruskan 5, 6 dan 7 Mei 2009.


KEPUTUSAN :


Pada 11 Mei 2009 jam 14:30 – 15:53 petang, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa:

1) Pemohon (YAB Hj Nizar) adalah diisytiharkan pada MASA YANG MATERIAL DAN MASIH Menteri Besar Perak;

2) Disytiharkan bahawa mengikut tafsiran Perkara XVI(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, JAWATAN MENTERI BESAR PERAK TIDAK DIKOSONGKAN;

3) WRIT OF QUO WARRANTO dikeluarkan terhadap Responden (Mahatma Melayu);

4) Diisytiharkan bahawa Responden (Mahatma Melayu) TIDAK BERHAK menjawat jawatan Menteri Besar; dan

5) INJUNKSI dikeluarkan terhadap Responden (Mahatma Melayu) dari bertindak sebagai Menteri Besar Perak.


(~ Sumber dari JABATAN PEGUAM NEGARA)



No comments: