Friday, May 22, 2009

MB Perak : Episod PELIK Jadual Mahkamah

Semasa berada di Mahkamah Rayuan semalam, ramai rakan-rakan yang beramal di dalam dunia perundangan saya jumpa. Senior, junior, super duper junior semua ada.

Ada yang dengan "court attire" dan ada juga yang biasa saja. Saya memilih untuk kelihatan seperti "Orang Awam". Tapi bila berjumpa dengan orang awam yang mengenali saya, mereka tetap akan berkata, "Oh Tuan lawyer kita". :-)

Satu FAKTA yang saya kongsi dengan rakan-rakan di ruang legar Mahkamah semalam adalah berkenaan dengan KORAM untuk Mahkamah Rayuan pada hari tersebut. Seperti biasa, ianya akan "DISUSUN ATUR" oleh Presiden Mahkamah Rayuan atau mana-mana lagi tiga (3) orang KETUA dari kalangan YANG AMAT ARIF HAKIM Mahkamah Persekutuan. 3 lagi ketua tersebut adalah:-

1. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi;
2. Hakim Besar Malaya, Dato' Ariffin bin Zakaria;
3. Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.

Sudah menjadi AMALAN dan KELAZIMAN (Ayat legalnya KONVENSYEN), satu-satu KORAM itu akan BERTUGAS bagi SEPANJANG MINGGU TERSEBUT. (Nota : Jarang sekali Yang Amat Arif Hakim bertukar jadual apatah lagi untuk ambil MC sebab tahap DISIPLIN mereka amatlah tinggi).

Sebagai contohnya, KORAM 1 terdiri daripada Yang Arif A, B dan C yang bertugas bermula dari hari ISNIN sehinggalah pada hari JUMAAT MINGGU YANG SAMA.

Seperti yang dimaklumkan pada perenggan awal tadi, JADUAL TUGASAN sudahpun dibuat. Seperti JADUAL WAKTU di SEKOLAH. Kalau Hari ISNIN ada 5 mata pelajaran, maka ianya takkan jadi 7 @ 8 subjek. Cikgunya juga tidak akan bertukar MELAINKAN cikgu asalnya tadi MC, Cuti Rehat, Emergency, Mesyuarat dan sebagainya barulah ada guru PENGGANTI. Guru Pengganti Masa itu pulak selalunya TIDAK MENGAJAR tetapi lebih kepada MENJAGA KELAS tersebut. Jikalau dia mengajar sekalipun sekadar cukup-cukup syarat sahaja.

Berbalik kepada Mahkamah Rayuan semalam, JIKA MENGIKUT PERANCANGAN JADUAL asal, terdapat 3 hakim yang SEPATUTNYA bertugas.

YA! 3 HAKIM ASAL tersebut MEMANG bertugas seperti biasa pada hari ISNINNYA itu untuk tujuan "FIXING" date TARIKH BICARA.

TETAPI, apabila tiba hari BICARA (Khamis) kes MB Perak, entah tiba-tiba, 2 hakim telah DITUKAR DISAAT AKHIR! Saya kata NO KOMEN (untuk menyedapkan hati). Sebenarnya sudah rasa tidak sedap hati! Saya pendamkan saja. Saya hanya kongsikan dengan beberapa rakan sahaja.

Setelah berfikir sejenak, saya rasa ia SUATU yang PELIK. Tetapi apabila difikirkan semula dengan MELIHAT kepada FAKTA & KETERANGAN SAHIH tentang keadaan dan situasi di 1Malaysia (i.e Rekod kemasukan Aminah Shaaribu ke Malaysia DIPADAM etc), ia bukanlah satu perkara yang PELIK lagi. Malah ianya saya anggap sebagai satu kisah yang MeMONGGOLkan atau MeNAAJIBkan!!.

PENJADUALAN SEMULA para hakim oleh Tan Sri Dato' Seri Alauddin (Presiden Mahkamah Rayuan) sememangnya penuh JIMAT, CERMAT, BERHEMAT dan "MENGIKUT" Prosedur.

Apabila membuat PENYELIDIKAN terhadap 2 Yang Arif Hakim yang DITUKAR itu, terutama YA Sulong Matjeraie (dari Sarawak), membuatkan saya TERSENYUM seorang diri.

Saya akan membicarakan tentang dua belas (12) orang Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana-mana tiga (3) atau lebih (dalam komposisi GANJIL) daripadanya akan BERSIDANG untuk mendengar, membicarakan dan memutuskan kes MB Perak ini di dalam posting akan datang.

Apabila menyebut Hakim Mahkamah Persekutuan, lagi membuatkan saya tersenyum kambing gurun. Kerana......

Bersambung........

No comments: