BN tidak akan MEMBUBARKAN Dun Perak. Percayalah cakap Mat Monggol. Juga percakapan Mahatma Melayu a.k.a Zambry a/l Cadeer. Sesungguhnya mereka ini BERCAKAP BENAR, tidak ada yang tidak benar, melainkan BENAR belaka.
Berikut adalah DALIL (Dari kacamata BN/Umno), mengapa Dun Perak TIDAK WAJAR dibubarkan :-
1) TIADA Perintah Mahkamah untuk mengarahkan BUBAR;
2) Majoriti BN cukup KUAT & MANTAP dengan bantuan ADUN Lompat dari kerusi Bebas;
3) Kereta Zambry.. Ops silap... Camry belum lagi terjual.
4) Mat Monggol dan/atau Mahatma Melayu belum mendapat ILHAM dari MIMPI (seperti Tok Sami) untuk membubarkan DUN;
5) Jika DUN dibubarkan maka akan MEMBAZIR Wang Rakyat berjuta-juta RM. Kena ingat Bubar DUN bermaksud ada 59 DUN akan berpilihanraya. Banyak wooo.
6) Pakatan Rakyat sebenarnya TAKUT untuk berdepan dengan Pilihanraya Kecil. Sebab itu mereka asyik dok minta Bubar DUN untuk "cover" ketakotan mereka.
7) Rakyat tidak harus diheret ke dalam masalah politik di Perak. Biar BN yang menentukannya. Ingat Slogan 1Malaysia. Malaysia adalah MILIK BN selamanya.
8) BN yakin MENANG BESAR jika DUN dibubarkan. Oleh itu, jika tidak dibubar sama sahaja kesannya iaitu BN memerintah dengan PERINTAH MAHKAMAH.
Sekian, terima kaseh.
No comments:
Post a Comment