Persoalan ini masih berlegar-legar di benak pemikiran semua rakyat Malaysia.
Keputusan esok CUKUP PENTING. Iaitu detik PENENTUAN sama ada Permohonan YAB Hj Nizar untuk MENGENEPIKAN keputusan Mahkamah sebelum ini yang telah "MENANGGUHKAN KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT" diterima atau tidak. YA atau tidak punya IMPLIKASInya yang tersendiri.
3 Panel Yang Arif Hakim Dato' Md Raus bin Sharif, Dato' Wira Abu Samah bin Nordin; dan Datuk Sulong bin Matjeraie (Sarawak) kini menjadi TUMPUAN DUNIA.
Namun sebagai PENGAMAL UNDANG-UNDANG, majoriti akan berkata, ketiga-tiga Yang Arif tersebut adalah CUKUP-CUKUP Profesional dan BERWIBAWA.
Yang nyata, ketiga-tiganya adalah BUKAN dari kalangan Yang Arif Hakim yang DILANTIK oleh Yang Tak Arif VK Lingam & Rakan-rakan.
InsyaAllah, KEPUTUSAN esok akan diketahui juga. Pesan saya kepada sahabat-sahabat, JANGAN PUTUS-PUTUS "BERHUBUNG" dengan ALLAH. Di saat ini, sama-sama kita berdoa agar segalanya dipermudahkan. Semuga Pasukan Peguam dilancarkan dari segala segi.
"Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa" (Surah Al-Hajj : 40).
No comments:
Post a Comment