Friday, May 8, 2009

Ceritera PARLIMEN Msia tahun 2013

CERBER (Cerita Bersambung).

Adegan di Parlimen.

Satu hari sekitar Februari tahun 2010.




[YDP Dewan , YB Pendikar Iman Mulia] YB Puchong, saya kata dudok.. dudok. Tarit balek kata-kata kamu tadi. Ini peraturan mesorat!!!

[YB Puchong, Gobeng Singh] Saya tida mau duduk. U should shame with yourself Mr Speaker!

[YDP Dewan , YB Pendikar Iman Mulia] YB Puchong, saya bagi kamu amaran terakhir. Ini kali last. Dudok saya kata!

[YB Puchong, Gobeng Singh] Tuan YDP, Saya mahu mengusulkan undi tidak pircaya sama Tuan YDP. Rakan-rakan saya seramai 15 orang menyokong saya. Sila berdiri.

[15 orang YB Parlimen berdiri. Ramai juga berdiri menyokong. Adun Bebas tiada].

[YDP Dewan , YB Pendikar Iman Mulia] Dengan kuasa yang ada pada saya saya tolak ini usul. Muktamad!

[YB Puchong, Gobeng Singh] Tuan YDP, ini PERATURAN MESYUARAT!

[YDP Dewan , YB Pendikar Iman Mulia] Saya kata saya tolak. saya tolak la. YB Puchong dudok! Bentara!

[Satu suara bersuara] "Kita tarik Tuan YDP. Heret! Heret!!

[Riuh di Dewan] HERET! HERET! HALAU! HALAU! ULAR! ULAR!

[Suara-suara] Lantik Speaker baru!

[Riuh] LANTIK! LANTIK!

[YDP diheret macam kambing uganda oleh sang anggota kununnya si pacal penjaga keselamatan].

[Bentara sekadar terpinga-pinga].

Itu keadaannya di masa akan datang di Parlimen Malaysia barangkali.

DULUAN @ Precedent atau CONTOH KES (kejadian yang mengikat) sudah ada terjadi melalui LIPATAN SEJARAH pada 7 Mei 2009 iaitu satu tahun dahulu di PERAK.

Maka KUASA Tuan YDP @ Speaker tidak lagi punya NILAI maruahnya. Boleh ditempelak, dihina dan dibuang pada bila-bila masa.

Speaker sudah seperti setaraf penjaga pintu dewan.

Kata-katanya tidak lagi bermakna. Tiada siapa mahu mengikutnya. Speaker sekadar BONEKA di mata dewan.

Kerana rakyat sudah melihat dahulukala di negara 1Malaysia.

Kemudian....


Bersambung daa jangan marah haaa....

1 comment:

RIDUAN said...

pandai ko buat lawak yerrrrr.. boleh masuk ujang atau APO ni..