Monday, May 25, 2009

2 Hakim Mahkamah Persekutuan AKAN PENCEN

Dua (2) daripada Dua Belas (12) Yang Amat Arif (YAA) Hakim Mahkamah Persekutuan akan pencen satu (1) ke tiga (3) bulan lagi. Siapa di antara 12 YAA itu yang akan menamatkan tugasan mereka sebagai Hakim BIARLAH RAHSIA.

Had umur bagi seseorang Hakim dinyatakan melalui Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak melebihi Enam Puluh Lima (65) tahun melainkan disambung tidak lebih dari Enam (6) bulan selepas dari had umur tersebut.

Biasanya, apabila seseorang itu nak pencen, mereka akan LEBIH BERANI di dalam membuat sesuatu perkara. Ada juga yang TIDAK BERANI berbuat apa-apa. Tetapi sedikit bilangannya yang PENAKOT itu.

Jika ditakdirkan kes MB Perak ini sampai ke Mahkamah Persekutuan, persoalannya sekarang, ADAKAH dua (2) YAA Hakim tersebut akan DIPILIH oleh Ketua Hakim Negara untuk menyertai Koram Hakim yang akan bersidang?


No comments: