Thursday, May 7, 2009

DULUAN kes Speaker Dewan

Majoriti pengamal undang-undang sudah tidak percaya bahawa WUJUDNYA Konsep PENGASINGAN KUASA @ SEPARATION OF POWER di 1Malaysia.

Apatah lagi KUASA seorang SPEAKER DEWAN atau nama lainnya TUAN YANG DIPERTUA DEWAN.

Jika apa-apa usul atau mana-mana usul yang ingin dibawa oleh Ahli Dewan (Negara, Parlimen atau Negeri), hatta DISOKONG oleh 15
Ahli Dewan (Negara, Parlimen atau Negeri) yang lain, jika Speaker kata NEHI, YILEK, LA', TIDAK, NO! Maka usul tersebut akan menjadi BAHAN SEJARAH. Menjadi SAMPAH!

Walaupun ada SYARAT-SYARAT ditetapkan oleh undang-undang untuk seseorang Speaker itu untuk membenarkannya, TATKALA ia menolaknya maka ia adalah MUKTAMAD.

MALANGNYA, hari ini, KUASA VETO pada Speaker itu sudah TIADA NILAI estitika perundangan. Peristiwa hari ini menjadi SATU DULUAN di dalam tindakan pada masa akan datang.

Di dalam sidang Dewan
(Negara, Parlimen atau Negeri), setiap ahlinya punya satu KEISTIMEWAAN iaitu KEKEBALAN. Katalah apa sahaja hatta bertumbuk bertampar sekalipun, maka TIADA SATU MAHKAMAH pun di negara ini yang dapat MEMBICARAKAN / MENDENGAR / MEMUTUSKAN kes tersebut sekiranya ia diajukan ke Mahkamah. Kekebalan itu akan terurai sekiranya dilakukan di luar dewan persidangan. Sebab itu ahlinya boleh berbuat apa sahaja. Itu ahlinya. SPEAKERnya lagi dahsyat! Tapi.... seperti yang dikata tadi. Semua perkara sudah jadi caca merba.

CERMIN-CERMIN gelap pada kereta-kereta HAKIM-HAKIM di 1Malaysia pasti akan LEBIH GELAP. Lebih gelah cermin bukanlah untuk tujuan KESELEMATAN Hakim-hakim itu, tetapi dek karena MALU dengan apa yang BERLAKU! Undang-undang sudah HILANG jantan!

Hari ini, bukan sahaja Speaker boleh DISERET keluar oleh BUKAN AHLINYA, tetapi diSENTUH, diTARIK dan diLIBAS oleh mereka-mereka yang bukan AHLI DEWAN.

Semoga DULUAN ini tidak berlaku SATU HARI nanti di Dewan
Negara, Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri lain.

Kecewanya kita semua kerana perkara ini berlaku atas kempen bernama "1 Malaysia!".

1 comment:

RIDUAN said...

Undang2 tuhan pun orang langgar.. ni kan undang2 manusia.. lagi boleh laaa...aper nak heran.. memang itulah umno.. semua boleh.. tu kena sebut betul2.. malaysia BOLEH!!!!!!