Wednesday, April 29, 2009

Mahkamah ada KUASA BATALKAN kemenangan SELANGOR

Ada yang bertanya, apa yang celaru dalam sistem perundangan negara 1Malaysia. Dia nampak OK je.

Aku mendengus angin kus-kus untuk menjawab soalan yang mesti dijawab secara LOGIK sebegini.

Kebetulan semalam satu SMS menerjah ke talipon 3G bukan brand 1Malaysia milikku.

Aku forward SMS itu kepadanya melalui BLUETTOTH.

"Tit Tit". Mesej diterima.

Akhirnya dia mengerut dahi. Lalu berkata, "Mana boleh! Politik lain BOLA lain bro!".

Aku kata, itulah yang celarunya.

SMS berbunyi....


"DULUAN kes PERAK membuktikan bahawa mahkamah boleh membatalkan keputusan Speaker....



Maka Kelantan pun boleh dapat PERINTAH yang sama supaya gol Selangor ketika final piala FA adalah TAK SAH & BATAL."

Apa tak celarunya. Konsep PENGASINGAN KUASA yang kunun diamalkan sudah jadi Konsep PERCAMPURAN KUASA.

Sepatutnya Mahkamah buatlah kerja kehakimannya. Parlimen dengan kerjanya. Begitu jugak Kementerian di badan Eksekutif dengan tugas mereka. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Ada peranan masing-masing. Dan yang penting TAK BOLEH meng"overule" mana-mana badan lain. Makna kata, badan Kehakiman (baca: Mahkamah) TIDAK boleh mengatasi Parlimen dan begitu jugak sebaliknya. Begitu juga Eksekutif tidak boleh campurtangan dalam urusan Kehakiman maupun Parlimen.

Tapi di 1Malaysia, semuanya BOLEH.

Maka hatta apa sahaja sekalipun BOLEH. Termasuklah BOLA.

Baru dia paham apa yang celaru di 1Malaysia sekarang ni.

Aku kata lagi, tindakan YB Gobind Singh Deo saman Speaker tu BETUL la. Sebab SUDAH ada kes yang MENGIZINKAN mahkamah untuk menafikan KUASA Speaker.

Haha. Puas hati aku. Akhirnya jawapan LOGIK itu menjawab persoalan. Telinga brader tu tampak kemerah-merahan. Malu-kemaluan umpama malu si SINCHAN.

No comments: