1. Apabila musim Pilihanraya tiba, sama ada PR Umum atau Kecil, parti-parti dan/atau individu atau individu-indivdu yang bertanding pasti akan berkempen. Kempen boleh jadi melalui ceramah, wayang pacak, poster, bendera, billboard, risalah,sms dan pelbagai kaedah lagi.
2. Ramai juga yang bertanding akan bergolok bergadai semata-mata untuk berkempen.
3. Namun tidak kurang juga yang akan berhutang. Hutangnya pula bukan sedikit tetapi berjuta jumlahnya.
4. Tahun 2004, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Umno untuk membayar tuntutan lebih RM218,013,475 kepada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004. Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya. Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai 2008.
5. Umno merayu kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk membatalkan keputusan tersebut.
6. Sehingga artikel ini ditulis, syarikat yang mengeluarkan bahan kempen tersebut telah bankrap dan muflis.
7. Kejadian kes ini berlaku pada tahun 2004, bagaimana pula dengan keadaannya pada PRU ke-12 (tahun 2008) tahun lepas. Adakah kejadian yang sama berlaku kepada syarikat lain (baca : mangsa)? Apa dah jadi pada kes tahun 2004, adakah selesai? Atau hutang bahan kempen (2004) itu semakin bertambah pada tahun 2008?
8. Mungkin syarikat yang membekalkan bahan yang sama untuk PrK di Bukit Gantang ada jawapannya. (Sambil berkata & berdoa : Bayarla Dato Seri....).
9. Apabila bercakap tentang hutang ini, calon dari parti yang sama jugalah yang berkempen dengan poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tersebut.
10. Jika anda ke 2 Bukit 1 Batang, INGATLAH, setiap poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi yang anda lihat (Lambang Dacing) itu, semuanya HUTANG. Hutang itulah yang membantu syarikat pembekalnya untuk bankrap.
11. Harap pengundi di Bukit Gantang sama Selambau dan Batang Ai MENGHUKUM golongan yang menyusahkan orang lain ini dengan HUKUMAN yang setimpal! Hukuman di dunia bolehlah "lepas" sebab "kami" pemerintah (di kerajaan pusat), kami boleh buat apa kami suka!.
12. Bro, INGATLAH.... Hutang jika tidak dilangsai ketika (hidup) di dunia @ (selepas meninggal dunia) oleh warisnya, maka balasannya akan dibawa ke alam baqa' (Wallahu'alam). Apapun, kepada PENGHUTANG, hukuman di AKHIRAT, sendiri MAU INGAT!.
13. Moral of the story : TOLAK CALON dari PARTI yang BERHUTANG TAK BAYAR!
12. Bro, INGATLAH.... Hutang jika tidak dilangsai ketika (hidup) di dunia @ (selepas meninggal dunia) oleh warisnya, maka balasannya akan dibawa ke alam baqa' (Wallahu'alam). Apapun, kepada PENGHUTANG, hukuman di AKHIRAT, sendiri MAU INGAT!.
13. Moral of the story : TOLAK CALON dari PARTI yang BERHUTANG TAK BAYAR!
No comments:
Post a Comment