Kepenatan.
Itulah satu perkataan yang dapat digambarkan oleh neuron-neuron serta sel-sel otak setelah selesai mengusahakan dan berlangsungnya sebuah majlis agung yang disambut setiap tahun.
Itulah satu perkataan yang dapat digambarkan oleh neuron-neuron serta sel-sel otak setelah selesai mengusahakan dan berlangsungnya sebuah majlis agung yang disambut setiap tahun.
Kecoh sebuah majlis gara-gara 'kesilapan perkeranian' (perkataan biasa yang digunakan oleh pengamal undang-undang) yang berlaku tanpa disengajakan. Mujur ada yang perasan lalu menegur. [Ikut SU : Ianya silap komputer hehe].
Di dalam kepimpinan ada yang mengambil kira sekecil-kecil perkara sebagai perkara penting yang mesti diambil kira. Walaupun ianya sebenarnya tidak seberapa penting. Namun si kecil itulah yang melahirkan kepimpinan yang 'sofistikated'. Sempurna walaupun tidak sepenuhnya ia perlu dilitupi oleh pelengkap kepada 'lacuna' yang terjadi.
Ada juga yang menanggap sekecil-kecil perkara itu bukan perkara penting. Ia perlu diketepikan. Fokus kepada yang lebih besar dan mencabar.
Kecil atau besar, gara-gara kesilapan, istilah TUAN (terhilangnya huruf 'A') menjadi TUN.
TUAN MAZWAN, alih-alih menjadi TUN MAZWAN!
Tun M! Bukan Tun Mahathir walaupun apabila disebut sahaja Tun M itu ramai yang ingat ianya adalah Tun Mahathir!.
Tun M! Bukan Tun Mahathir walaupun apabila disebut sahaja Tun M itu ramai yang ingat ianya adalah Tun Mahathir!.
Mentang-mentanglah 'Tun' Mazwan telah hendrapause (Nota : Menopause bagi perempuan) di dalam arena Pemuda, terus dikurniakan pingat Tun.
Pinjam kata-kata MC, "Insan-insan yang telah HILANG kePEMUDAannya". Perkataan PEMUDA itu jangan dibaca dan/atau ditafsir sebagai perkataan TERUNA pula. Nanti 'double meaning' pulak jadinya.
Terima kasih atas dorongan dan didikan tatkala Tun menjadi ketua.
Allahbuakbar!
No comments:
Post a Comment