PONDOK PANAS TIDAK LAGI DIBENARKAN: SPR
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir pada hari pengundian.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, sebentar tadi.
______________________
AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 pula kata :-
26. Limitation on polling day.
(1) No person shall on polling day -
......
[Section 14(1)(b) - (1) The election agent of a candidate shall at an election hire every committee-room hired on behalf of the candidate;]
[Section 24B(2) - A candidate or his election agent may, during the campaign period, open or establish or maintain offices in the constituency in which the candidate seeks election for purposes of his campaign at an election.]
.....
(d) use any dwelling house, shop house, hut, hall or any premises as an office or a centre of any political party in the constituency;
(e) within a distance of fifty metres from the limits of any polling station:-
(i) endeavour to establish the identity of any person entering a polling station;
(ii) check on any list the name of any person entering or leaving a polling station;
(iii) solicit or persuade or attempt to persuade any person to abstain from voting at the election, or to vote or to abstain from voting for any candidate at the election;
(iv) wait or loiter except for the purpose of gaining entry to the polling station to cast his vote but nothing in this paragraph shall prevent the proper officer or any person authorized by the proper officer from carrying out his duties in relation to the conduct of an election;
(f) on behalf of any candidate, canvass for the votes of electors in any constituency for or against any candidate or political party at an election by whatever means including visiting electors at their homes or places of work or interviewing members of the public; or
(g) within a distance of fifty metres from the limits of any polling station and in a polling station wear, hold or carry any form or type of clothing, head covering, ornament, rosette, water bottle or umbrella on which the name of a candidate or the name, emblem or symbol of any political party is printed or imprinted.
(2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be liable, on conviction, to imprisonment for a term not exceeding one year or to a fine not exceeding five thousand ringgit or to both such imprisonment and fine.
(3) An offence under subsection (1) shall be a seizable offence within the meaning of the Criminal Procedure Code.
Abu Umar kata.....
Undang-undang Akta Kesalahan Pilihanraya 1965 ("AKP") ni manusia buat.
Apabila manusia yang buat, maka BANYAK kekurangan, kelemahan dan/atau kelompongan (lacuna) yang wujud.
Jika dilihat oleh orang kebiasaan, AKP itu sendiri sudah BENGONG.
Lihat Seksyen 26 (1) (c). Hanya SPR yang berhak buka barung/pondok panas untuk lakukan tugas-tugas seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 26 (1) (e).
Tapi Seksyen 14 (1) (b) dan 24B(2) pula kata, CALON boleh melalui AGENnya untuk buka barung/pondok panas.
Kan bengong tahap monggol namanya tu. Sekejap kata HANYA SPR yang BOLEH buka Barung/Pondok Panas. Sekejap pulak kata calon melalui agennya boleh jugak. Ini boleh ke tak boleh ni?
Tapi sabar tuan-tuan! Bawa bertenang. Bawa mengucap. :-)
Seksyen 26 AKP itu tidak boleh dibaca sebegitu saja. Ia perlu disandarkan kepada seksyen-seksyen yang lain.
Walaupun tampak seperti ada dua peruntukan yang bertindih, sebenarnya klausa atau seksyen tersebut bukanlah bersifat MUTLAK kepada pihak-pihak yang bertanding. Hakikatnya SPR punyai satu KUASA untuk membenar atau tidak.
Hukuman bagi yang melanggar pula PENJARA tidak lebih 1 tahun atau denda Rm5,000 atau kedua-duanya sekali. Ini kesalahan yang orang panggil BUKAN mandatori. Maka kalau mana-mana pihak MELANGGARnya pun, ianya TIDAK MEMBATALKAN Pilihanraya atau kemenangan mana-mana pihak! Kalau nak langgar, langgar. Takde apa-apa kesan pun kepada CALON!
Di dalam keputusan hari ini, SPR tidak membenarkan. Ok fine.
Tapi ramai akan bertanya, kalau tiada Pondok Panas, bukan Pilihanraya namanya.
Kena ingat, jika ada Pondok Panas, BN sampai bila-bila tidak dapat melawan MAKKAL SAKTHI. Suara KERAMAT RAKYAT. Itu sebab SPR buat keputusan begitu.
Berbalik kepada pondok panas tadi, sekiranya SPR masih tidak membenarkan diwujudkan Pondok Panas, maka yang boleh dibuat adalah:-
1. Buat Pondok Tidak Panas.
2. Bina Pondok Sejuk.
3. Wujudkan Kaunter bergerak (ie Kedai Aiskrim).
4. Sediakan Meja Semakan tanpa Pondok.
5. Kaunter berpayung.
Semua di atas adalah TERTAKLUK jikalau BN berani bertanding.
[Nota : Tapi kita kena ingat, SPR ni takda telur. Semasa PRU12, mereka wajibkan borang pencalonan disetem. Selepas dilanyak baru mereka tarik balik arahan tu. Arahan pondok panas ni pun begitu juga. Tengok la nanti. Orang takda telur....]
Lepas ni dicadangkan pula SPR untok:-
1. Tidak membenarkan peraih undi di hari pembuangan undi.
2. Tidak membenarkan Barung SPR. Masing-masing kena print slip saluran di internet.
3. Menghadkan jumlah pengundi yang boleh mengundi.
4. Tidak dibenarkan pasang bendera, banner, billboard parti.
5. Akhir sekali, buat je PEMILIHAN terus.. Haaa lantik terus.... tak payah Pilihanraya.....
No comments:
Post a Comment