Tuesday, April 7, 2009

2 BUKIT tanpa BATANG

(YAB Ir Hj Nizar bersama dengan Pasukan Peguam Pas P.059 (4P) di satu Bilik Mesyuarat Khas yang dikawal ketat oleh Unit Keselematan Pas. Ketika ini laungan takbir tanpa henti kedengaran sungguh kuat dari luar bilik. Untuk paparan gambar yang lebih besar sila klik pada gambar).

SMS dari sahabat-sahabat tidak henti-henti dan/atau putus-putus ke telefon Abu Umar semalam. Jawapan yang teringkas dapat dibalas, buka blog dppks.blogspot.com. Ada maklumat TERKINI & TERPANTAS ada di situ. Selepas itu barulah SMS mula reda. Ada juga yang menelepon sekitar jam 4.00 petang (masa pengundian tamat jam 5.00 petang), Abu Umar saja buat lawak dengan terus bersuara (tanpa beri dan/atau jawab salam) "Dah menang dah syeikh Kita menang!" (terpinga-pinga yang menelepon padahal dia nak tanya benda lain). Bukan tidak mahu reply, "Perang" di Bukit Gantang belum tamat. Bukit Uhud tidak boleh ditinggal begitu saja. Amanah & tugas mesti dilaksanakan. (Fokus maaa). Lagipun dengan teknologi yang ada sekarang ini, semuanya maklumat boleh diperoleh di hujung jari sahaja. Apapun terima kasih kepada yang hantar SMS. (Padahal sebenarnya nak promote blog dppks.blogspot.com kepada sahabat-sahabat.. hehe... visitor hit 1,000 lebih tu semalam).

[Iklan : Terima kasih kepada Tuan Mazwan (Koresponden), Tuan ADRAM MUSA (beri maklumat terkini dari bilik IT), YM Tuan Engku Faizan (tukang update blog - sepanjang masa setia depan PCnya) dan Tuan Abduhu (Driver).]

Sebut pasal FOKUS ni, di dalam perjalanan ke Bukit Gantang sebelumnya, ada cerita berkenaan tajuk FOKUS. Skuad Pemuda BUKIT dari Serdang bertolak dengan menaiki 1 kereta kechil. 4 orang kami semua. Abu Umar sendiri, M, N & Z (Nama samaran belaka ni). Di dalam perjalanan tu, SU 4P telefon. Namanya cantik tapi glamernya dipanggil On. Ketika itu akhi Z sedang memandu. Sebelum itu akhi M yang drive tetapi oleh kerana kami dah deal untuk bergilir-gilir memandu, maka shif ketika tu adalah turn Z. Berikut adalah skrip drama bertajuk FOKUS....

(Abu Umar sedang bercakap dengan On. Bla.. bla... bla... Takbir! Bla... Bla...)

(Akhi Z tanya soalan. Tetapi Abu Umar tak dengar sebab tengah bercakap. Otak tengah fokus tatkala bercakap dengan On. Ketika ini akhi Z tahu yang Abu Umar tengah bercakap dengan On).

(Abu Umar selesai bertelepon).

Z : Tuan, On mana? (Itu skrip yang Abu Umar dengar).

Abu Umar : On di Markas.

(Tiba-tiba Z & N gelak besar. N gelak sambil terbatuk-batuk).

(Ketika itu kurang pendengaran (macam skrip calleringtone Abu Umar.. "Hello Sapa itu.. cakap sikit kuat la saya kurang pendengaran la aci amma..") akibat daripada nyanyian alunan nasyid dari akhi M ketika ia sedang tidur).

Abu Umar : Awat dok gelak ni. Hang tanya apa tadi? (Tanya Abu Umar konfius).

Z : Ana tanya mana HON kereta ni kat mana. Kat luar tu Petugas Pas tengah Hon. Ana nak reply hon tu (merujuk kepada kereta-kereta yang pasang bendera Pas membunyikan Hon mereka setelah melihat Lambang Pas di kereta kami). (Rupanya akibat kereta yang unik, comel & cute tu, akhi Z tidak menjumpai Hon letak di mana. Puas dia picit & tekan di merata tempat namun tak jumpa).

(Tiba-tiba Abu Umar pun turut gelak. Ye la... Orang tanya Hon kat mana, ada ka jawapannya di Markas! Tuan N makin gelak sambil batuk-batuk lagi).

Moral of the story : Buat kerja kena fokus. (Punyalah panjang cerita nak mengaitkan dengan REPLY dari SMS untuk bertanyakan status terkini di Bukit Gantang).

Akhir kalam (sebab masih fenin-fenin Bukit gara-gara tiba di Bangi jam 4.30am pagi tadi), kita sambung cerita 2 BUKIT tanpa BATANG sedikit masa lagi. Tahniah kepada semua petugas. Anda memang HEBAT!

Takbir!

No comments: