Thursday, April 9, 2009

Skrip Hakim : Hukuman


Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato Md Zaki Yasin....

Kamu, Azilah bin Hadri & Sirul Azhar bin Umar adalah didapati bersalah membunuh dengan niat Altantuya Shaariibuu pada 19 Okt 2006 diantara jam 10mlm hingga jam 1 pagi 20 Okt 2006 di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, yang oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan membunuh dengan niat dibawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan. Kamu adalah dengan ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati iaitu daripada Mahkamah ini kamu akan dibawa kesuatu tempat yang akan ditetapkan dimana kamu akan digantung di tali gantung sehinggalah kamu disahkan mati oleh pihak yang berwajib pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Moga Allah mengampunkan kamu berdua”.

Walaupun keputusan ini seolah-olahnya JALAN MATI kepada kedua-dua tertuduh, namun mereka mempunyai 3 PELUANG lagi. Iaitu membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan, sekiranya ditolak maka bolehlah merayu kepada mahkamah tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan. Jika 5 hakim yang bersidang di Mahkamah Persekutuan juga turut MENOLAK rayuan mereka berdua, maka PELUANG yang terakhir adalah PENGAMPUNAN daripada Sultan Selangor (kes berlaku di dalam jajahan negeri baginda).

HARUS DIINGAT, walaupun keputusan telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi, hakikatnya Mahkamah Rayuan ATAU Mahkamah Persekutuan boleh MENGUBAH keputusan tersebut. Soal rayuan satu perkara TETAPI soal mengubah keputusan adalah perkara yang lain. MENGUBAH dalam erti kata (selain MENGENEPIkan keputusan Mahkamah Tinggi) mengHERET pihak-pihak yang "BERKAITAN" iaitu untuk DIBICARA SEMULA atau MEMINDA Hukuman yang telah diputuskan.

Jika kita masih ingat, di dalam kes Al-Maunah, pada mula 3 orang sahaja yang dijatuhkan hukuman mati iaitu Amin, Mejar Jamaludin & Zahid. Tetapi selepas rayuan dibuat, Mahkamah Persekutuan telah mengubah (dalam erti kata menambah) pesalah yang TURUT menerima hukuman gantung sampai mati kepada 4 orang yakni Jemari yang sebelumnya menerima hukuman sepanjang hayat. Hukuman penjara 10 tahun kepada beberapa ahli maunah yang lain juga dikurangkan kepada 7 tahun oleh Mahkamah Persekutuan lantaran daripada "perkhidmatan" mereka sebagai SAKSI pihak pendakwa.

Tidak mustahil (wallahu'alam) di dalam kes ini, SEJARAH yang pernah berlaku akan berulang kembali. Boleh jadi keputusan ke atas Razak Baginda juga akan diUBAH? diPINDA? diKETEPIkan oleh Mahkamah Rayuan atau Persekutuan. Sama-sama kita tunggu.

Namun, bagi Sirul
& Azilah, SEKIRANYA nasib tidak menyebelahi mereka, di saat hari mereka digantung, dari BILIK AKHIR ke TALI GANTUNG, mereka akan berhadapan dengan masa bagi tempoh 21 SAAT yang terakhir. 7 saat untuk keluar dari BILIK AKHIR. 7 saat yang kedua PERJALANAN dari bilik akhir ke BILIK GANTUNG dan 7 saat terakhir persiapan (tutup kepala, ikat tangan dan kaki) DAN SETERUSNYA Sang Algojo akan MENAMATKAN riwayat mereka di tali gantung.

Wallahua'alam. Semuga Allah mengampuni kita semua.

No comments: