Apabila membaca berita yang dikhabar oleh Utusan Merayu dan Berita Hairan, membuat otot-otot mukaku terpaku.
Kenal sungguh aku akan beliau itu.
11 tahun dahulu kami sama-sama menimba ilmu perundangan di perbukitan bangi, UKM. 5 tahun lamanya kami bergelumang dengan KES-KES, Seksyen-seksyen, Hakim-hakim dan pelbagai lagi terma perundangan.
Di akhir peringkat pengajian, masing-masing membawa haluan. Beliau ditawarkan ke sudut kerajaan manakala aku sendiri memilih untuk berada di dunia swasta. Bidang masih sama. Undang-undang.
Mengenali dirinya yang berlatar-belakang agama dari KISAS, pemahamannya yang luas tentang ilmu tauhid dan kelebihan berpidato/debat yang ada pada dirinya, membuatkan sesiapa sahaja mudah mendekati dan menjadi kawan.
Mungkin ramai yang menyangka bahawa di 1Malaysia ini, hanya terdapat seorang sahaja Timbalan Pendakwa Raya (TPR @ DPP).
Tidak.
Seramai lebih kurang 200 orang TPR itulah jumlah yang tugasnya mendakwa Pesalah / Orang Kena Tuduh (OKT) di serata 1Malaysia.
Tugas dan KUASA seorang AG @ DPP/TPR cukup dihormati.
Hatta Pak Polisi sekalipun, apabila dilambai oleh AG @ DPP/TPR, maka mereka akan berlari pecut kearahnya. Kerana itu merupakan ARAHAN oleh pegawai atasan. Setinggi mana pun pangkat seorang anggota Polis itu (hatta IGP sekalipun), tetap kena HORMAT kepada AG @ DPP/TPR. Itu dari segi RANKING atau tahap pangkat kerja.
Setiap laporan siasatan bagi satu-satu kes, KUASA PEMUTUS terakhir untuk menentukan sama ada mana-mana saspek/pesalah itu didakwa atau tidak atau sekiranya didakwa di bawah seksyen mana adalah pada tangan seorang AG @ DPP/TPR.
Sebab itu, apabila mendengar dan membaca laporan dua akhbar di atas, membuatkan aku RALAT seketika.
Semoga Allah melindungi kita semua.
2 comments:
juga terpaku...
menarik, tertarik ku membacanya.. kadang2 nak tergelak... teruskan penulisan abe yer... rumah apartment sering bila mau setle.. lambat sugguh cik hannan kita sorang tu yer, dia tunggu abg kot meminang...... hehehe
Post a Comment