Friday, April 17, 2009

Selepas GAGAL 7.4, BN cuba TUAH 7.5 (2009)

Kesemua ADUN Perak hari ini telah menerima NOTIS daripada Pejabat DUN berkenaan dengan persidangan DUN paling TRAGIS di MALAYSIA.

RAMALAN oleh para Bloggers bahawa sidang DUN tersebut MESTI diadakan sebelum PERISTIWA 13 MEI ternyata benar-benar berlaku.

Di dalam situasi ini, TUMPUAN sudah pasti dihalakan kepada Tuan YB Speaker dan Timbalan Speaker.

Dua individu ini CUKUP punyai KUASA HIKMAT TIDAK TERBATAS (macam dalam komik pula ayat ni) untuk membuat sebarang keputusan yang muktamad.

Oh silap! Berdasarkan keputusan KES semalam, kuasa Speaker di Malaysia sudah TIDAK MUKTAMAD. Maka ayat tadi diulangsemula berbunyi.....

"Dua individu ini TIDAK CUKUP punyai KUASA HIKMAT TIDAK TERBATAS untuk membuat sebarang keputusan yang TIDAK nuktamad", sekian terima kasih.

Maka di sini, setakat jam 5.00 petang ini, TINGGAL 19 Hari dan 16 jam saja lagi sebelum DUN bersidang.

Sama ada bersidang di dalam DUN atau di bawah pokok (lagi sekali), sama-sama kita tunggu.

Sambil menghirup rokok kretek, YB Speaker DUN Kerajaan Langit, Tuan Haji AYAH PIN mesti tersenyum melihat DRAMA ini, LIVE! dari dalam TEKO GERGASInya di ANGKASA RAYA.

No comments: