Kuasa Sultan pula termaktub melalui Perkara untuk Memanggil, memberhentikan dan membubarkan Dewan Negeri, iaitu...
Sekarang ini, di dalam tempoh masa lebih kurang TIGA PULUH (30) hari dari hari ini, Menteri Besar Haram Perak mestilah :-
A) Mengadap ke bawah Duli Sultan untuk mohon perkenan mengadakan Sidang DUN (Atas pokok?); dan
B) Notis dihantar oleh Pejabat DUN (dengan pengetahuan Speaker) kepada Ahli DUN untuk memaklumkan akan Sidang DUN tersebut.
NAMUN, tidak mustahil perkara ini akan berlaku:-
1) Notis tidak dihantar kepada Ahli DUN Pakatan Rakyat;
2) Ahli DUN Pakatan Rakyat TIDAK dibenarkan masuk ke DUN gara-gara tidak mendapat notis (baca : Kad Jemputan).
3) Terdapat dari kalangan Ahli DUN Pakatan Rakyat akan ditangkap (atas kesalahan yang remeh seperti sapina untuk kes Cap Ayam), diculik (lagi?), disekat atau MUNGKIN diugut untuk bergerak ke mana-mana.
4) Timbalan Speaker dari BN, ops… silap Adun Lompat dari BEBAS akan membuat Sidang Akhbar menyatakan bahawa beliau akan MEMANGKU tugas Speaker. Ini memandangkan Speaker mempunyai kes/saman yang difailkan di Mahkamah.
5) Sidang DUN diadakan secara maya (Video Conferencing).
6) FRU akan mengawal DUN secara luar biasa bagi menghalang berlakunya kesesakan lalu lintas. Dan PELBAGAI lagi kejadian ANEH akan berlaku.
Ini semua BAKAL berlaku di dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari dari hari ini. Untuk itu, sila ON countdown anda.
Oh ya, barangkali satu tempat yang SELAMAT bagi puak-puak bathil ini bersidang dengan aman dan tenteram, iaitu berpakat dengan KERAJAAN LANGIT Ayah Pin, yakni bersidang di dalam Teko Besar, Sampan Kuning dan kemudiaanya GHAIB ditelan Langit.
TETAPI, jika Ayah Pin ada sekalipun, adakah beliau akan MEMBANTU kerajaan Haram di Perak? Ayah Pin pun tahu Halal Haram maaa….. Heheh…
No comments:
Post a Comment