Thursday, May 14, 2009

Timbalan Speaker yang BUTA (Undang-undang)!

Sebelum ini, ADUN Lompat YB Hee Hee Hee (lupe pulok nama penuh dia sejak dah melompat ni) ada membuat 1 sidang akhbar.

Di dalam majlis itu yang berlangsung di Coffee House, Hotel Casuarina Ipoh Perak itu, beliau menyatakan bahawa "Saya mengalami gangguan seksual oleh pihak-pihak tertentu".

Namun bukan GANGGUAN itu yang disembangkan di sini. Tetapi perkara lain yang juga diwar-warkan oleh beliau. YB menerangkan bahawa dibawah Perkara 36 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1948, Timbalan Speaker boleh mengambil alih perjalanan sidang apabila Speaker gagal untuk melaksanakan urusan sidang. (Ini dalam kes dimana Speaker tiba-tiba jatuh sakit, serangan jantung, sawan, gila, dan sebagainya). Beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak salah guna kuasa kerana segalanya ada peruntukan.

Sebagai makhluk yang sentiasa berlegar di dunia perundangan, saya suka untuk berhujah menggunakan peruntukan yang telah sedia ada. Mari kita lihat, apa yang terkandung di dalam peruntukan yang beliau maksudkan....

Fasal XXXVIA (36A) (1)

Dewan Negeri hendaklah dari semasa ke semasa memilih:-

(a) mana-mana orang yang menjadi ahli atau layak menjadi ahli Dewan Negeri sebagaimana ditentukan oleh Dewan sebagai Yang Dipertua; dan

(b) seorang daripada kalangan ahli Dewan Negeri sebagai Timbalan Yang Dipertua, dan tidaklah boleh menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang Dipertua kosong selain daripada pemilihan Yang Dipertua.

Di bawah Perkara 36A (2) pula menyatakan:-

Yang Dipertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan hendaklah mengosongkan jawatannya-

(a) apabila Dewan Negeri bermesyuarat bagi pertama kalinya selepas suatu pilihanraya umu;

(b) apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan melainkan oleh sebab pembubarannya atau, jika dia menjadi ahli semata-mata menurut kuasa perenggan (b) Fasal (1A), apabila dia terhenti berkelayakan menjadi ahli;

(c) apabila telah menjadi hilang kelayakan di bawah Fasal (5); atau

(d) jika pada bila-bila masa, Dewan membuat ketetapan sedemikian.

Perkara 36A (1) dan (2) ini hendaklah dibaca bersama dengan Perkara 36A (5) iaitu"-


Seseorang ahli yang dipilih menjadi Yang Dipertua adalah hilang kelayakan dari memegang jawatan itu jika tiga bulan selepas dipilih memegang jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia menjadi ahli mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau seorang pegawai atau pekerja, atau melibat diri dalam hal ehwal atau urusan, sesuatu pertubuhan atau badan, sama ada diperbadankan atau sebaliknya, atau sesuatu pengusahaan, perdagangan perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada dia menerima atau mendapat atau tidak apa-apa saraaan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

Dengan syarat bahawa hilang kelayakan itu tidak boleh dipakai jika pertubuhan atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya atau apa-apa kerja atau tujuan lain berupa khairat atau sosial, dan ahli itu tidak menerima atau mendapat apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah.

Nah!

Puas dibaca peruntukan di atas dua tiga kali. Tak jumpa pula peruntukan yang mengatakan Speaker itu hilang kelayakan akibat daripada:-

1) Menolak Usul dari ahli Dewan; ataupun
2) Sakit atau berpenyakit (secara tiba-tiba); atau
3) Akibat diheret keluar maka Timbalannya took over.

Ini sudah PELIK dan MeMONGGOLkan!

Undang-undang mana yang ADUN-ADUN BN ini rujuk sebenarnya?


[GAMBAR ini dipaparkan untuk mengindahkan pandangan. Tapi AWAS! Jangan tengok lobang hidungnya lama-lama, nanti jadi pujaan hatimu huhuhu. Mesej ini disampaikan oleh Syarikat Ahmad Nesfu & Rakan-rakan].

2 comments:

RIDUAN said...

mula2 tak faham ayat undang2.. kalau diterangkan bawah tu fahamla... berbelit2 dan banyak sangat perkataan DAN , ATAU...

Abu Umar said...

Apa daa... kalau tiada DAN ATAU maka bukanlah undang-undang namanya.. heheh...