Wednesday, April 29, 2009

Mahkamah ada KUASA BATALKAN kemenangan SELANGOR

Ada yang bertanya, apa yang celaru dalam sistem perundangan negara 1Malaysia. Dia nampak OK je.

Aku mendengus angin kus-kus untuk menjawab soalan yang mesti dijawab secara LOGIK sebegini.

Kebetulan semalam satu SMS menerjah ke talipon 3G bukan brand 1Malaysia milikku.

Aku forward SMS itu kepadanya melalui BLUETTOTH.

"Tit Tit". Mesej diterima.

Akhirnya dia mengerut dahi. Lalu berkata, "Mana boleh! Politik lain BOLA lain bro!".

Aku kata, itulah yang celarunya.

SMS berbunyi....


"DULUAN kes PERAK membuktikan bahawa mahkamah boleh membatalkan keputusan Speaker....



Maka Kelantan pun boleh dapat PERINTAH yang sama supaya gol Selangor ketika final piala FA adalah TAK SAH & BATAL."

Apa tak celarunya. Konsep PENGASINGAN KUASA yang kunun diamalkan sudah jadi Konsep PERCAMPURAN KUASA.

Sepatutnya Mahkamah buatlah kerja kehakimannya. Parlimen dengan kerjanya. Begitu jugak Kementerian di badan Eksekutif dengan tugas mereka. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Ada peranan masing-masing. Dan yang penting TAK BOLEH meng"overule" mana-mana badan lain. Makna kata, badan Kehakiman (baca: Mahkamah) TIDAK boleh mengatasi Parlimen dan begitu jugak sebaliknya. Begitu juga Eksekutif tidak boleh campurtangan dalam urusan Kehakiman maupun Parlimen.

Tapi di 1Malaysia, semuanya BOLEH.

Maka hatta apa sahaja sekalipun BOLEH. Termasuklah BOLA.

Baru dia paham apa yang celaru di 1Malaysia sekarang ni.

Aku kata lagi, tindakan YB Gobind Singh Deo saman Speaker tu BETUL la. Sebab SUDAH ada kes yang MENGIZINKAN mahkamah untuk menafikan KUASA Speaker.

Haha. Puas hati aku. Akhirnya jawapan LOGIK itu menjawab persoalan. Telinga brader tu tampak kemerah-merahan. Malu-kemaluan umpama malu si SINCHAN.

Monday, April 27, 2009

Timbalan Pendakwa Raya DIDAKWA Timbalan Pendakwa Raya

Apabila membaca berita yang dikhabar oleh Utusan Merayu dan Berita Hairan, membuat otot-otot mukaku terpaku.

Kenal sungguh aku akan beliau itu.

11 tahun dahulu kami sama-sama menimba ilmu perundangan di perbukitan bangi, UKM. 5 tahun lamanya kami bergelumang dengan KES-KES, Seksyen-seksyen, Hakim-hakim dan pelbagai lagi terma perundangan.

Di akhir peringkat pengajian, masing-masing membawa haluan. Beliau ditawarkan ke sudut kerajaan manakala aku sendiri memilih untuk berada di dunia swasta. Bidang masih sama. Undang-undang.

Mengenali dirinya yang berlatar-belakang agama dari KISAS, pemahamannya yang luas tentang ilmu tauhid dan kelebihan berpidato/debat yang ada pada dirinya, membuatkan sesiapa sahaja mudah mendekati dan menjadi kawan.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa di 1Malaysia ini, hanya terdapat seorang sahaja Timbalan Pendakwa Raya (TPR @ DPP).

Tidak.

Ada lebih kurang 200 Timbalan Pendakwa Raya kesemuanya. Dan hanya ada SEORANG sahaja Pendakwa Raya (Attorney General @ AG).

Seramai lebih kurang 200 orang TPR itulah jumlah yang tugasnya mendakwa Pesalah / Orang Kena Tuduh (OKT) di serata 1Malaysia.

Tugas dan KUASA seorang AG @ DPP/TPR cukup dihormati.

Hatta Pak Polisi sekalipun, apabila dilambai oleh AG @ DPP/TPR, maka mereka akan berlari pecut kearahnya. Kerana itu merupakan ARAHAN oleh pegawai atasan. Setinggi mana pun pangkat seorang anggota Polis itu (hatta IGP sekalipun), tetap kena HORMAT kepada AG @ DPP/TPR. Itu dari segi RANKING atau tahap pangkat kerja.

Setiap laporan siasatan bagi satu-satu kes, KUASA PEMUTUS terakhir untuk menentukan sama ada mana-mana saspek/pesalah itu didakwa atau tidak atau sekiranya didakwa di bawah seksyen mana adalah pada tangan seorang AG @ DPP/TPR.

Sebab itu, apabila mendengar dan membaca laporan dua akhbar di atas, membuatkan aku RALAT seketika.

Semoga Allah melindungi kita semua.


Pondok PANAS : AKP yang BENGONG

PONDOK PANAS TIDAK LAGI DIBENARKAN: SPR


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir pada hari pengundian.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.


Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, sebentar tadi.
______________________

AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 pula kata :-

26. Limitation on polling day.


(1) No person shall on polling day -


(c) open or establish or maintain an office or a booth within the constituency in which a candidate seeks election for any purpose connected with an election other than the offices opened or established or maintained pursuant to section 24B(2) or committee-room hired pursuant to section 14(1)(b);

......
[Section 14(1)(b) - (1) The election agent of a candidate shall at an election hire every committee-room hired on behalf of the candidate;]


[Section 24B(2) - A candidate or his election agent may, during the campaign period, open or establish or maintain offices in the constituency in which the candidate seeks election for purposes of his campaign at an election.]

.....


(d) use any dwelling house, shop house, hut, hall or any premises as an office or a centre of any political party in the constituency;


(e) within a distance of fifty metres from the limits of any polling station:-


(i) endeavour to establish the identity of any person entering a polling station;

(ii) check on any list the name of any person entering or leaving a polling station;

(iii) solicit or persuade or attempt to persuade any person to abstain from voting at the election, or to vote or to abstain from voting for any candidate at the election;

(iv) wait or loiter except for the purpose of gaining entry to the polling station to cast his vote but nothing in this paragraph shall prevent the proper officer or any person authorized by the proper officer from carrying out his duties in relation to the conduct of an election;


(f) on behalf of any candidate, canvass for the votes of electors in any constituency for or against any candidate or political party at an election by whatever means including visiting electors at their homes or places of work or interviewing members of the public; or


(g) within a distance of fifty metres from the limits of any polling station and in a polling station wear, hold or carry any form or type of clothing, head covering, ornament, rosette, water bottle or umbrella on which the name of a candidate or the name, emblem or symbol of any political party is printed or imprinted.


(2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be liable, on conviction, to imprisonment for a term not exceeding one year or to a fine not exceeding five thousand ringgit or to both such imprisonment and fine.


(3) An offence under subsection (1) shall be a seizable offence within the meaning of the Criminal Procedure Code.

______________________

Abu Umar kata.....

Undang-undang Akta Kesalahan Pilihanraya 1965 ("AKP") ni manusia buat.

Apabila manusia yang buat, maka BANYAK kekurangan, kelemahan dan/atau kelompongan (lacuna) yang wujud.

Jika dilihat oleh orang kebiasaan, AKP itu sendiri sudah BENGONG.

Lihat Seksyen 26 (1) (c). Hanya SPR yang berhak buka barung/pondok panas untuk lakukan tugas-tugas seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 26 (1) (e).

Tapi Seksyen 14 (1) (b) dan 24B(2) pula kata, CALON boleh melalui AGENnya untuk buka barung/pondok panas.

Kan bengong tahap monggol namanya tu. Sekejap kata HANYA SPR yang BOLEH buka Barung/Pondok Panas. Sekejap pulak kata calon melalui agennya boleh jugak. Ini boleh ke tak boleh ni?

Tapi sabar tuan-tuan! Bawa bertenang. Bawa mengucap. :-)

Seksyen 26 AKP itu tidak boleh dibaca sebegitu saja. Ia perlu disandarkan kepada seksyen-seksyen yang lain.

Walaupun tampak seperti ada dua peruntukan yang bertindih, sebenarnya klausa atau seksyen tersebut bukanlah bersifat MUTLAK kepada pihak-pihak yang bertanding. Hakikatnya SPR punyai satu KUASA untuk membenar atau tidak.

Hukuman bagi yang melanggar pula PENJARA tidak lebih 1 tahun atau denda Rm5,000 atau kedua-duanya sekali. Ini kesalahan yang orang panggil BUKAN mandatori. Maka kalau mana-mana pihak MELANGGARnya pun, ianya TIDAK MEMBATALKAN Pilihanraya atau kemenangan mana-mana pihak! Kalau nak langgar, langgar. Takde apa-apa kesan pun kepada CALON!

Di dalam keputusan hari ini, SPR tidak membenarkan. Ok fine.

Tapi ramai akan bertanya, kalau tiada Pondok Panas, bukan Pilihanraya namanya.

Kena ingat, jika ada Pondok Panas, BN sampai bila-bila tidak dapat melawan MAKKAL SAKTHI. Suara KERAMAT RAKYAT. Itu sebab SPR buat keputusan begitu.

Berbalik kepada pondok panas tadi, sekiranya SPR masih tidak membenarkan diwujudkan Pondok Panas, maka yang boleh dibuat adalah:-

1. Buat Pondok Tidak Panas.
2. Bina Pondok Sejuk.
3. Wujudkan Kaunter bergerak (ie Kedai Aiskrim).
4. Sediakan Meja Semakan tanpa Pondok.
5. Kaunter berpayung.

Semua di atas adalah TERTAKLUK jikalau BN berani bertanding.

[Nota : Tapi kita kena ingat, SPR ni takda telur. Semasa PRU12, mereka wajibkan borang pencalonan disetem. Selepas dilanyak baru mereka tarik balik arahan tu. Arahan pondok panas ni pun begitu juga. Tengok la nanti. Orang takda telur....]

Lepas ni dicadangkan pula SPR untok:-

1. Tidak membenarkan peraih undi di hari pembuangan undi.
2. Tidak membenarkan Barung SPR. Masing-masing kena print slip saluran di internet.
3. Menghadkan jumlah pengundi yang boleh mengundi.
4. Tidak dibenarkan pasang bendera, banner, billboard parti.
5. Akhir sekali, buat je PEMILIHAN terus.. Haaa lantik terus.... tak payah Pilihanraya.....

Sunday, April 26, 2009

Mohon untuk HALALkan HARAM

Baru-baru ini, entah macam mana telah pergilah ke satu pameran perumahan satu pemaju tu.

Daripada risalah yang diberikan (sambil berjalan-jalan) ke rumah contoh, ada satu TARIKAN yang memonggolkan perhatian. Nota : Perkataan Monggol bermaksud Ajaib, Takjub, Pelik, lain dari yang lain.

Ayat dari risalah itu berbunyi...

KONDO 15 TINGKAT DENGAN LIF.

Tanya la jugak dengan promoter. Kenapa diHIGHLIGHTkan Lif tu?

KONDO. 15 Tingkat pulak tu. Polisi Kerajaan (seperti Selangor) pula menetapkan mana-mana rumah bertingkat yang hendak dibina oleh pemaju (Flat, Apartment, Pangsapuri, Kondo) lebih dari 4 tingkat hendaklah menyediakan Lif.

Promoter tu pun terpinga-pinga semacam cuba untuk mencari jawapan. Dia pun rasa monggol juga.

Begitulah dengan keadaan MB Haram di Perak. Sebelum ini beriya-iya kata, "Saya MB yang sah".

Kalu ya pun sah, kenapa nak mohon di Mahkamah untuk perintah untuk mengisytiharkan dirinya MB yang sah?

Adakah beliau..... toot..... HARAM.....toot....toot.... (talian terputus.. prepaid habis).

Tuesday, April 21, 2009

BAHASA 1 Malaysia.

Sapa enggau raban Kabinet nya kuasa PM : Taib


Taib madah iya nadai jaku ba pemutus Najib ke milih raban Kabinet perintah besai ke baru

KUCHING: Kepala Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud madah iya nadai jaku ba pemutus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke milih raban Kabinet perintah besai ke baru.

Taib madah rayat patut nemu tiap iku perdana menteri, kepala menteri tauka menteri besai bisi hak sida iya ke spesil nitihka program sida iya empu enggau chara sida iya ngemansangka siti-siti menua tauka nengeri.

Ku Taib, Najib ke mega ketuai menua deka ngena hak spesil iya nya chun enggau chara iya bejalaika menua sereta ngemansangka Malaysia.

“Ba runding aku, kita patut nemu PM, KM enggau MB bejalaika kuasa enggau hak spesil sida iya nitihka program pemansang sida sereta chara sida iya bejalaika menua.

“Enti aku, enggai aku ngenemuka diri meri runding ngagai PM tauka KM bukai pasal milih menteri kabinet,” ku iya madah ba aum media udah nemuai sereta mendingka lansa ba Opis Rejista Menua (JPN), Jalai Simpang Tiga, kemari.

Jako Taib laban irau ke ia nadai disopot ari PM , irau ke $$$$ percent .

Taib ke mega Chermin Barisan Nasional (BN) Menua madah baka nya lebuh iya ditanya pasal sekeda komuniti ba menua tu ke enda puas ati enggau pengari bansa ba kabinet Najib.

Isu pengari suku bansa ari Sarawak ba kabinet perintah besai ke baru dikemantaika berindik ari dawa tiga Kaban Parlimen Bidayuh (Datuk Dr James Dawos, Datuk Dr Tiki Lafe enggau Datuk Richard Riot) ke nerima pesan jaku pandak (SMS) ke ngasuh sida iya badu ari pengawa sida nyadi menteri.

Dalih ke diberi Dawos ke mega MP Mambong, rayat enda lantang ati laban nadai siku pengari bansa Bidayuh bisi dipadu nyadi menteri kabinet perintah besai ke betuaika Najib nyadi PM Malaysia keenam.


Kitai Sarawak tuk ke meri sikda BN menang, Nadai dikarap agik BN ba Malaya din laban udah temu urang sigi Pati Nipu, Nama kebuah kitai Sarawak deka digaga baka tu? Sepatutnya kitai ke Sabah Sarawak diberi special mimit laban nadai kitai tuk kada enda lungkup tudah sikda BN.

Insiden nya mega ngujungka sekeda pemesai pupu raban bansa bukai meri penemu sida iya, baka Sapit Kepala Menteri ke mega Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Sapit Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg enggau siku agi Sapit Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ke enggai meri komen iya pasal pekara nya.

Jabu Jabu.....

Taib mega bisi ditanya pasal kabinet menua ke deka diubah, milih nya hak spesil iya nyadi Kepala Menteri.

“Nemu kita ila ni maya kabinet tu deka diubah,” ku iya.

Sebedau tu, Taib kala madah ngagai media iya nya ubah ba kabinet menua bedau bisi pelin ngubah iya diatu.

Beri enggau kabinet lemari ..


http://www.theborneopost.com


Nota : Untuk bantuan alih bahasa, sila hubungi Mat Monggol. Terhad untuk 50 pemanggil pertama SAHAJA.

Kementerian 5 Bintang

Hari ini di dalam surat kabor, KSU Nagara mengaborkan di dalam pemerhatian dan/serta penyelidikan yang dibuat kepada 38 Kementerian di negara 1 Malaysia ini, HANYA satu (1) Kementerian sahaja yang LAYAK memperoleh Darjah Kebesaran tahap lima (5) BINTANG.

Kementerian tersebut adalah Kementerian Kerja Raya.

Lagi tiga puluh tujuh (37) Kementerian lagi tidak diumumkan samaada ada bintang atau terada bintang.

Kementerian yang dahulunya dipimpin oleh Tok Samy Vellu itu, yang kemudian daripada itu
dinakhoda pula oleh Dato' Hj Mohd Zin Mohamed, diiktiraf.

Sepenggal bersama Tok Zin, Kementerian tu dapat taraf 5 Bintang.

Jikalau ikut LOGIK, orang yang dapat pengiktirafan 5 Bintang ini, sepatutnya:-

1) Bagus buat kerja.
2) Efisien.
3) Mantop kata orang sekarang.

Tapi lain pula pandangan Mat Mongol.

"Yang 5 Bintang kita TAK MAU. Kita BUANG. Ganti dengan yang TAKDAK Bintang".

Tiga (3) hingga empat (4) tahun lagi, aku rasa, bintang-bintang tu semua hanya akan jadi artifak bahan sejarah di Muzium-muzium.

Kerana apa? Kerana akan diganti dengan BULAN.

Maka pengiktirafan ketika itu pun dipanggil, Kementerian bertaraf 5 BULAN.

Jika semua Kementerian ketika itu mantop, maka ayat yang diguna di dalam surat kabor ketika itu, wajarlah digelar Kementerian banyak BULAN.


[Nota : Perkataan BULAN itu tiada kena-mengena dengan Logo Bulan pada sebuah Parti di Malaysia. Ianya sekadar kiasan semata-mata. Maka jangan terpengaruh sekiranya perkatan BULAN itu diulang-ulang. Sekian, terima kaseh. Hehe
].

Monday, April 20, 2009

Lord Denning berkata...

LORD DENNING

Hampir kurang sedekad dahulu, ketika di dalam MAJLIS RASMI di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, Yang Arif Abdul Hamid Said mengingatkan SEMUA yang berada di dalam kamar terbukanya akan petikan daripada kata-kata Pensyarahnya, Lord Denning. Setiap kali di majlis rasmi, beliau acapkali mengulangi petikan kata-kata tersebut.

Lord Denning dikenali sebagai ENSIKLOPEDIA BERGERAK
oleh pengamal ilmu undang-undang.

Penghakimannya cukup hebat dan keramat.

Lord Denning selalu berkata.....

"Jangan buat satu (1) penipuan. Kerana anda terpaksa buat seribu (1,000) penipuan lagi untuk menutupi penipuan yang pertama tadi".

Namun, SPR di Malaysia ni, paham ke MAKSUD kata-kata Lord Denning tu?

Sendiri mau ingat!.

Friday, April 17, 2009

Selepas GAGAL 7.4, BN cuba TUAH 7.5 (2009)

Kesemua ADUN Perak hari ini telah menerima NOTIS daripada Pejabat DUN berkenaan dengan persidangan DUN paling TRAGIS di MALAYSIA.

RAMALAN oleh para Bloggers bahawa sidang DUN tersebut MESTI diadakan sebelum PERISTIWA 13 MEI ternyata benar-benar berlaku.

Di dalam situasi ini, TUMPUAN sudah pasti dihalakan kepada Tuan YB Speaker dan Timbalan Speaker.

Dua individu ini CUKUP punyai KUASA HIKMAT TIDAK TERBATAS (macam dalam komik pula ayat ni) untuk membuat sebarang keputusan yang muktamad.

Oh silap! Berdasarkan keputusan KES semalam, kuasa Speaker di Malaysia sudah TIDAK MUKTAMAD. Maka ayat tadi diulangsemula berbunyi.....

"Dua individu ini TIDAK CUKUP punyai KUASA HIKMAT TIDAK TERBATAS untuk membuat sebarang keputusan yang TIDAK nuktamad", sekian terima kasih.

Maka di sini, setakat jam 5.00 petang ini, TINGGAL 19 Hari dan 16 jam saja lagi sebelum DUN bersidang.

Sama ada bersidang di dalam DUN atau di bawah pokok (lagi sekali), sama-sama kita tunggu.

Sambil menghirup rokok kretek, YB Speaker DUN Kerajaan Langit, Tuan Haji AYAH PIN mesti tersenyum melihat DRAMA ini, LIVE! dari dalam TEKO GERGASInya di ANGKASA RAYA.

Wednesday, April 15, 2009

MB Haram Perak BOLEH HADIR DUN tapi....

Berita Hairan melaporkan...

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini memutuskan, Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang digantung Speaker Perak, boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)


Utusan Merayu pula kata...


PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian. [fullstop].

BERSORAK besar MB Haram Perak.


Hooray! Hooray! Yabedabedu!


NAMUN, Keputusan tersebut TIDAK MENGHALANG YB Speaker untuk MENGGANTUNG mereka semula. (Haha hehehe).

Macam I.S.A yang direka dan dicipta oleh mereka (baca : BN) juga. Habis 2 tahun. Sambung lagi 2 tahun di Kamunting. TIADA PERUNTUKAN undang-undang yang menghalang daripada Menteri Dalam Negeri untuk menyambung hukuman "pesalah" I.S.A tersebut KECUALI diperintahkan oleh Mahkamah Menteri itu selepas itu tidak boleh menyambung semula hukuman tersebut. Tapi, setakat hari ini, tiada lagi PERINTAH oleh Mahkamah dipohon untuk menghalang Menteri daripada menjalankan tugasnya.


Sama keadaannya dengan PENGGANTUNGAN ke atas MB Haram tu. Mahkamah cuma membatalkan keputusan Speaker menggantung MB itu sebelum ini kerana "dikatakan" tidak mengikut PROSEDUR, bukannya memerintahkan Speaker selepas ini tidak boleh menggantung mereka lagi. Maka, di dalam sidang DUN nanti, jika ada USUL agar MB Haram digantung, maka DIGANTUNG semulalah ia.


TAPI, HAKIKATNYA.....


Memandangkan MAHKAMAH pada hari ini telahpun “MENGAMBIL TUGAS” badan legislatif, maka elok dibincangkan juga di sini perkara ini. Iaitu, percampuran KUASA MAHKAMAH di dalam hal ehwal RUMAHTANGGA badan Legislatif.

UNDANG-UNDANG telah termaktub bahawa:-


Melalui Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman-

“84. Reference of constitutional question by High Court.


(1) Where in any proceedings in the High Court a question arises as to the effect of any provision of Constitution the Judge hearing the proceedings may stay the same on such terms as may be just to await the decision of the question by the Federal Court.


(2) An order staying proceedings under this section may be made by the Judge of his own motion or on the application of any party and shall be made at such stage of the proceedings as the Judge may see fit having regard to the decision of such questions of fact as may be necessary to be settled to assist the Federal Court in deciding the question which has arisen and to the speedy and economical final determination of the proceedings.


(3) Where an order for stay of proceedings has been made under this section the Judge shall state the question which in his opinion has arisen as to the effect of the Constitution in the form of a special case which so far as may be possible shall state the said question in a form which shall permit of an answer being given in the affirmative or the negative.


(4) Where a Judge shall have stated a special case under this section the same shall be transmitted to the Federal Court in accordance with the rules of court of the Federal Court.”


Manakala didalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN pula telah termaktub melalui Perkara 121 (2) bahawa:-


There shall be a court which shall be known as the Mahkamah Persekutuan (Federal Court) and shall have its principal registry at such place as the Yang di-Pertuan Agong may determine, and the Federal Court shall have the following jurisdiction, that is to say:-”


(b) such original or consultative jurisdiction as is specified in Articles 128 and 130; and


(c) such other jurisdiction as may be conferred by or under federal law.


Yang mana Perkara 121 (2) tersebut MESTILAH dibaca bersama dengan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud penerangan berkenaan dengan tafsiran "Undang-undang Persekutuan" iaitu:-


“In this Constitution, unless the context otherwise requires, the following expressions have the meanings hereby respectively assigned to them, that is to say:-


(a) any existing law relating to a matter with respect to which Parliament has power to make laws, being a law continued in operation under Part XIII, and


(b) any Act of Parliament;”.



Menerusi Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan pula, "Existing Law" ditakrifkan sebagai Undang-undang sebelum merdeka, ini termasuklah Undang-undang Negeri.


“(2) Where any State law amends or repeals an existing law made by the Legislature of a State, nothing in Article 75 shall invalidate the amendment or repeal by reason only that the existing law, relating to a matter with regard to which Parliament as well as the Legislature of a State has power to make laws, is federal law as defined by Article 160.


(3) References in any existing law to the Federation established by the Federation of Malaya Agreement, 1948, and its territories, and to any officer holding office under that Federation or to any authority or body constituted in or for that Federation (including any references falling to be construed as such references by virtue of Clause 135 of the said Agreement) shall be construed, in relation to any time on and after Merdeka Day, as references to the Federation (that is to say, the Agreement, 1957) and its territories and to the corresponding officer, authority or body respectively; and the Yang di-Pertuan Agong may by order declare what office, authority or body is to be taken for the purposes of this Clause to correspond to any officer, authority or body referred to in any existing law.”


Maka sini, jika lihat PERUNTUKAN yang dinyatakan di atas ini, ADALAH JELAS bahawa, CAMPURTANGAN badan kehakiman (baca : Mahkamah) di dalam menentukan KUASA seorang SPEAKER (badan Legislatif) adalah MENYALAHI undang-undang yang sedia ada WUJUD di Malaysia.

Tak tahulah nak kata apa, seperti yang dah dicerita di dalam posting sebelum ini, MUNGKIN selepas ini kita boleh dapatkan PERINTAH Mahkamah untuk:-

1) MENGHALANG Mahkamah daripada BERSIDANG; dan/atau

2) SPEAKER Dewan boleh MEMBATALKAN perlantikan Hakim-hakim di Mahkamah Malaysia; dan/atau

3) Mana-mana Ahli Parlimen boleh mengundi di dalam Parlimen atau DUN untuk MENOLAK perintah Mahkamah.

Tidak mustahil boleh berlaku.

Maka di sini, DICADANGKAN agar mana-mana Ahli Parlimen yang TIDAK PUAS HATI dengan Speaker Dewan Rakyat / YDP Dewan Negara agar mengambil TINDAKAN MAHKAMAH untuk menghalang Dewan daripada bersidang dan menghalang speaker menjalankan kuasa Speaker.

Kerana DULUAN (Precedent) kes pada hari ini TELAH MEMBUKTIKANNYA bahawa sekarang ini SEMUAnya BOLEH.

Keranamu 1 Malaysia!

Auw! Nyoblos gitu.

Tuesday, April 14, 2009

Khairy : GIAN tak dapat ANGKAT SUMPAH

Exco Lantikan mengangkat sumpah di hadapan KJ.

ANGKAT SUMPAH.

Gara-gara TIDAK TERPILIH sebagai Menteri atau Timbalan Menteri atau Setiausaha Menteri WALAUPUN terpilih sebagai Ketua Pemuda Umno (Ketua Pemuda Parti Umat Melayu TERBESAR di maya pada ini), KJ akhirnya melepas gian dengan majlis angkat sumpah exco lantikan umno di hadapannya.

Terubat juga luka di hati. Kesian KJ. Setiakawan sungguh orangnya.

Nasib baik tak LANTIK Dato' Seri Khir Toyo, silap-silap angkat sumpah sambil pegang PENYAPU. Jangan marah haa....


[Psttt... Apa jadi kepada Buku TUAH & SIAL KJ? Persoalan di hati... Mungkinkah Mat Monggol terpengaruh dengan KANDUNGAN buku tersebut?]

PERAK : 29 days to go!

TADA......

29 hari saja lagi Kerajaan HARAM Perak akan menemui jalan buntu.

Khabar angin dari Pejabat YB Dr Zambry mengatakan bahawa PA beliau telah mengefaks surat memohon perkenan untuk mengadapTuanku Sultan bagi mengadakan sidang DUN Perak.

Orang Arab kata, La Budda, yakni tidak boleh tidak DUN kena bersidang. Jika tidak, jangankan Gantang punya bukit, dengan Pangkor punya Pulau pun kena SEMBELIH oleh rakyat jika ditakdirkan adanya PrK yang Besar di Perak.

Allah maha besar. Maha kuasa. Bukan 1 tapi 2 lagi BALA buat Mat Monggol untuk diselesaikan. 1 di Pantai Barat (Perak) bolehlah bermain dengan Mahkamah. Tapi apa khabar orang Perlis di Utara? Orang Tganu kiter di Pantai Timur? Campur 1 lagi, MIC mohon mengadap dengan Mat Monggol.

Jika di Perak sudah diketahui bila akan masuk ICU, bagaimana pula di Ganu kiter ning. Siap SMS lagi kepada YB sendiri. Kem sendiri tu. Parti sendiri. Itu belum kita cerita kem & parti lawan di Perak.

Maka sehari dua ini, perkataan yang PANTANG disebut adalah:-

SIDANG DUN.
PENGERUSI PERHUBUNGAN.
UNDI TAK PERCAYA.

Jangan sebut kuat-kuat. Sebut dalam hati saja.

Aminah (yang nama Islamnya A........) mesti senyum kambing ketika baca posting ini sambil berkata, "Astafirullah Al Azim.... Bang Mat Monggol" (sambil geleng kepala).


Monday, April 13, 2009

Bakal PERISTIWA bulan MEI di PERAK

Umum sudah mengetahui (atau ada lagi yang tidak mengetahuinya?) bahawa UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK 1948 memperuntukkan bahawa sekiranya sidang mesyuarat DUN tidak diadakan di dalam tempoh enam (6) bulan maka DUN Perak akan terbubar dengan sendirinya.

Kuasa Sultan pula termaktub melalui Perkara untuk Memanggil, memberhentikan dan membubarkan Dewan Negeri, iaitu...

Perkara 36 (2) Duli Yang Maha Mulia bolehlah memberhentikan atau membubarkan Dewan Negeri itu.

Perkara 36 (3) Maka Dewan Negeri itu dikecualikan dibubar sebelumya, dan hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh perjumpaannya yang pertama dan hendaklah dengan sendirinya terbubar pada hujung tempoh itu.

Sekarang ini, di dalam tempoh masa lebih kurang TIGA PULUH (30) hari dari hari ini, Menteri Besar Haram Perak mestilah :-

A) Mengadap ke bawah Duli Sultan untuk mohon perkenan mengadakan Sidang DUN (Atas pokok?); dan

B) Notis dihantar oleh Pejabat DUN (dengan pengetahuan Speaker) kepada Ahli DUN untuk memaklumkan akan Sidang DUN tersebut.

NAMUN, tidak mustahil perkara ini akan berlaku:-

1) Notis tidak dihantar kepada Ahli DUN Pakatan Rakyat;

2) Ahli DUN Pakatan Rakyat TIDAK dibenarkan masuk ke DUN gara-gara tidak mendapat notis (baca : Kad Jemputan).

3) Terdapat dari kalangan Ahli DUN Pakatan Rakyat akan ditangkap (atas kesalahan yang remeh seperti sapina untuk kes Cap Ayam), diculik (lagi?), disekat atau MUNGKIN diugut untuk bergerak ke mana-mana.

4) Timbalan Speaker dari BN, ops… silap Adun Lompat dari BEBAS akan membuat Sidang Akhbar menyatakan bahawa beliau akan MEMANGKU tugas Speaker. Ini memandangkan Speaker mempunyai kes/saman yang difailkan di Mahkamah.

5) Sidang DUN diadakan secara maya (Video Conferencing).

6) FRU akan mengawal DUN secara luar biasa bagi menghalang berlakunya kesesakan lalu lintas. Dan PELBAGAI lagi kejadian ANEH akan berlaku.

Ini semua BAKAL berlaku di dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari dari hari ini. Untuk itu, sila ON countdown anda.

Oh ya, barangkali satu tempat yang SELAMAT bagi puak-puak bathil ini bersidang dengan aman dan tenteram, iaitu berpakat dengan KERAJAAN LANGIT Ayah Pin, yakni bersidang di dalam Teko Besar, Sampan Kuning dan kemudiaanya GHAIB ditelan Langit.

TETAPI, jika Ayah Pin ada sekalipun, adakah beliau akan MEMBANTU kerajaan Haram di Perak? Ayah Pin pun tahu Halal Haram maaa….. Heheh…

Sunday, April 12, 2009

Tun M di AGM Pemuda PAS

Kepenatan.

Itulah satu perkataan yang dapat digambarkan oleh neuron-neuron serta sel-sel otak setelah selesai mengusahakan dan berlangsungnya sebuah majlis agung yang disambut setiap tahun.

Kecoh sebuah majlis gara-gara 'kesilapan perkeranian' (perkataan biasa yang digunakan oleh pengamal undang-undang) yang berlaku tanpa disengajakan. Mujur ada yang perasan lalu menegur. [Ikut SU : Ianya silap komputer hehe].

Di dalam kepimpinan ada yang mengambil kira sekecil-kecil perkara sebagai perkara penting yang mesti diambil kira. Walaupun ianya sebenarnya tidak seberapa penting. Namun si kecil itulah yang melahirkan kepimpinan yang 'sofistikated'. Sempurna walaupun tidak sepenuhnya ia perlu dilitupi oleh pelengkap kepada 'lacuna' yang terjadi.

Ada juga yang menanggap sekecil-kecil perkara itu bukan perkara penting. Ia perlu diketepikan. Fokus kepada yang lebih besar dan mencabar.

Kecil atau besar, gara-gara kesilapan, istilah TUAN (terhilangnya huruf 'A') menjadi TUN.

TUAN MAZWAN, alih-alih menjadi TUN MAZWAN!

Tun M! Bukan Tun Mahathir walaupun apabila disebut sahaja Tun M itu ramai yang ingat ianya adalah Tun Mahathir!.

Mentang-mentanglah 'Tun' Mazwan telah hendrapause (Nota : Menopause bagi perempuan) di dalam arena Pemuda, terus dikurniakan pingat Tun.

Pinjam kata-kata MC, "Insan-insan yang telah HILANG kePEMUDAannya". Perkataan PEMUDA itu jangan dibaca dan/atau ditafsir sebagai perkataan TERUNA pula. Nanti 'double meaning' pulak jadinya.

Terima kasih atas dorongan dan didikan tatkala Tun menjadi ketua.

Selamat berjuang di arena yang lebih mencabar.

Allahbuakbar!

Saturday, April 11, 2009

Lagu dari AH FATT buat KHAIRY JAMALUDIN



Aiya Latok Lajib….

Khairy

Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu apa pasat
Bikin ini macam???

Gua Ketua Pemuda
Talak jadi menteli
Itu anak Madey
Jadi timbalan menteli

Lajib

Marilah Khairy
Mari sayang
Ikutlah saja
Jangan banyak tanya

Kalau nak senang
Jangan banyak cakap
Nanti gua tangkap
Sumbat lu dalam lokap

Khairy

Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu sulah bikin
Gua manyak malu

Lu sulah buat
‘Future’ gua gelap
Macam olang Habsyi
Negeli Alab

Lajib

Marilah Khairy
Mari sayang
Jangan menangis
Jangan bising-bising

Nanti gua kasi
Lu hisap puting
Baru lu tau
Padan lu punya muka

Kailee...

Jaga depan ada PR…

Mana?

Lompat…
Aiyaaa…

Lompat…
Aiyaaa…

Lompat Khairy lompat…
Aiyaaaaaaaaaaaa…….

Khairy

Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu jangan takut
Gua tak belani lompat

Gua bukan macam
Pelak punya YB
Itu tiga ekot
KATAK Manyak BANGSAT!!!

~ Dipetik dari Album Mat Monggol

Thursday, April 9, 2009

PEMILU Indonesia

SBY berharap, rangkaian pemilu bisa berjalan benar dan aman.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah berpartisipasi dalam Pemilu 2009. SBY juga memberikan apresiasi yang besar terhadap mandat yang diberikan rakyat dalam pemilu 2009 ini kepada wakil rakyat.

“Terima kasih dan penghargaan kepada masyarakat. Partisipasi sangat penting untuk memberikan mandat kepada para calegnya,” kata SBY usai mencontreng TPS 03, Puri Cikeas, Gunung Putri, Bogor, Jawa Barat, Kamis, 9 April 2009. Sebagai kepala negara SBY juga memberi selamat kepada para caleg yang nantinya bisa berhasil dalam pemilu legislatif. Bagi yang berhasil, SBY meminta agar bisa menjalankan mandat rakyat dengan baik.
“Para caleg yang mendapatkan mandat rakyat patut bersyukur dan amanah dijalankan dengan benar,” kata SBY.
Namun jika ada caleg yang tidak berhasil, SBY meminta jangan berkecil hati. “Masih ada kesempatan di masa yang mendatang,” katanya.

SBY berharap, rangkaian pemilu kali ini bisa berjalan benar dan aman. “KPU dan bawahannya bisa menyelesaikan masalah di lapangan dengan baik,” katanya.

[Nota : Caleg = Calon, Usai = , Contreng = undi/pangkah]
_________________


Saya tidak bisa baca, gampangan nyoblos daripada nyontreng,” ujar nenek Rifa.

Sejumlah pemilih masih kesulitan untuk menyalurkan suaranya dalam Pemilihan Legislatif kali ini. Hal ini karena adanya perubahan metode pemilihan dari coblos menjadi contreng.

Salah satu pemilih yang merasa kesulitan adalah nenek Rifa (80) usai menyalurkan suaranya di TPS 264 Bambu Apus, Cipayung, Jakarta, Kamis 9 April 2009. Apalagi, Rifa memiliki kendala karena tidak bisa membaca. Nenek Rifa pun akhirnya meminta bantuan cucunya untuk menyalurkan suaranya. “Saya tidak bisa baca, akhirnya saya minta bantuan cucu, gampangan nyoblos daripada nyontreng,” ujar nenek Rifa.

Di TPS ini, juga tercatat nama Ketua Umum Partai Hati Nurani Rakyat, Wiranto. Lokasi TPS ini berada di halaman SDN 03 Bambu Apus. ~ Sumber VIVAnews

[Nota : Gampangan = ?, Nyoblos = ?, Coblos = ?, Kendala = ?] Ada ssesiapa yang tahu ka maksudnya? Hehe...

Skrip Hakim : Hukuman


Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato Md Zaki Yasin....

Kamu, Azilah bin Hadri & Sirul Azhar bin Umar adalah didapati bersalah membunuh dengan niat Altantuya Shaariibuu pada 19 Okt 2006 diantara jam 10mlm hingga jam 1 pagi 20 Okt 2006 di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, yang oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan membunuh dengan niat dibawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan. Kamu adalah dengan ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati iaitu daripada Mahkamah ini kamu akan dibawa kesuatu tempat yang akan ditetapkan dimana kamu akan digantung di tali gantung sehinggalah kamu disahkan mati oleh pihak yang berwajib pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Moga Allah mengampunkan kamu berdua”.

Walaupun keputusan ini seolah-olahnya JALAN MATI kepada kedua-dua tertuduh, namun mereka mempunyai 3 PELUANG lagi. Iaitu membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan, sekiranya ditolak maka bolehlah merayu kepada mahkamah tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan. Jika 5 hakim yang bersidang di Mahkamah Persekutuan juga turut MENOLAK rayuan mereka berdua, maka PELUANG yang terakhir adalah PENGAMPUNAN daripada Sultan Selangor (kes berlaku di dalam jajahan negeri baginda).

HARUS DIINGAT, walaupun keputusan telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi, hakikatnya Mahkamah Rayuan ATAU Mahkamah Persekutuan boleh MENGUBAH keputusan tersebut. Soal rayuan satu perkara TETAPI soal mengubah keputusan adalah perkara yang lain. MENGUBAH dalam erti kata (selain MENGENEPIkan keputusan Mahkamah Tinggi) mengHERET pihak-pihak yang "BERKAITAN" iaitu untuk DIBICARA SEMULA atau MEMINDA Hukuman yang telah diputuskan.

Jika kita masih ingat, di dalam kes Al-Maunah, pada mula 3 orang sahaja yang dijatuhkan hukuman mati iaitu Amin, Mejar Jamaludin & Zahid. Tetapi selepas rayuan dibuat, Mahkamah Persekutuan telah mengubah (dalam erti kata menambah) pesalah yang TURUT menerima hukuman gantung sampai mati kepada 4 orang yakni Jemari yang sebelumnya menerima hukuman sepanjang hayat. Hukuman penjara 10 tahun kepada beberapa ahli maunah yang lain juga dikurangkan kepada 7 tahun oleh Mahkamah Persekutuan lantaran daripada "perkhidmatan" mereka sebagai SAKSI pihak pendakwa.

Tidak mustahil (wallahu'alam) di dalam kes ini, SEJARAH yang pernah berlaku akan berulang kembali. Boleh jadi keputusan ke atas Razak Baginda juga akan diUBAH? diPINDA? diKETEPIkan oleh Mahkamah Rayuan atau Persekutuan. Sama-sama kita tunggu.

Namun, bagi Sirul
& Azilah, SEKIRANYA nasib tidak menyebelahi mereka, di saat hari mereka digantung, dari BILIK AKHIR ke TALI GANTUNG, mereka akan berhadapan dengan masa bagi tempoh 21 SAAT yang terakhir. 7 saat untuk keluar dari BILIK AKHIR. 7 saat yang kedua PERJALANAN dari bilik akhir ke BILIK GANTUNG dan 7 saat terakhir persiapan (tutup kepala, ikat tangan dan kaki) DAN SETERUSNYA Sang Algojo akan MENAMATKAN riwayat mereka di tali gantung.

Wallahua'alam. Semuga Allah mengampuni kita semua.

Wednesday, April 8, 2009

Siapa di TINGKAT 4 Blok A Putrajaya?

Debaran KABINET baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Sabah Sarawak a.k.a Mat Monggol sebentar lagi benar-benar membuatkan punggung pimpinan Umno resah, rimas dan gundah dulana.

Mandi tak basah. Makan tak kenyang. Doa tak sudah-sudah. Tapi pengumuman tak datang-datang.

Satu SMS usikan yang terima di meja pejabat semalam berbunyi, "PM gagal umumkan barisan kabinet semalam kerana stok kabinet di Kedai Perabot Ah Fatt kehabisan stok. Manakala stok dari Kedai Ah Chong tidak menepati piawaian kerana berbentuk badan Aminah (Gambar) dan Bulan Purnama" ~ Reuters. [Gambar model di sebelah Aminah adalah hiasan semata-mata. Boleh jadi ada kena-mengena dengan yang hidup atau telah mati. "Its look like him, sound like him, but its not him". Larangan menyebut nama Aminah yang sebenar masih belum ditarik balik oleh KDN. Oleh itu, tatkala nama Aminah disebutkan, anda boleh sebut A...... di dalam hati / SMS atau blog sahaja.].

Sebentar saja lagi debaran akan diredakan dengan pengumuman rasmi dari Pejabat PM Mat Monggol. Siapa yang akan berada di TINGKAT 4 Jabatan Perdana Menteri Blok A Putrajaya juga akan terjawab!

Oh ya, Aminah juga akan mendapat membentuk kabinetnya yang tersendiri di alam kubur nanti. Azilah dan Sirul telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia pagi tadi. Sekecil-kecil kabinet Mat Monggol, kecil lagi kabinet Aminah, iaitu hanya ada 3 orang sahaja Menteri.

Pinjam kata-kata Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (Pimpinan GMP), "Ada perkara yang kecil-kecil mereka ini perbesar-besarkan. Ada juga perkara besar yang dikecil-kecilkan" [Merujuk kepada jumlah kehadiran di Demo PPSMI oleh media arus perdana hanya sekitar 3,000 orang sahaja sedangkan yang hadir adalah lebih daripada itu].

Sesungguhnya Umno semakin mengakui bahawa parti itu di dalam proses PENGECILAN. BATANG yang baru diperoleh dari Sarawak juga tidak dapat dipastikan sama ada turut dikecilkan pengaruhnya.

Selain daripada jolokan PM Sabah Sarawak atau Mat Monggol, mungkin juga PM ini boleh digelar Mat Batang Kecil!.

(PERINGATAN : Istilah Batang adalah merujuk kepada Batang Ai, harap maklum).