Tuesday, June 30, 2009

Peguam : Kami dah tak larat nak layan satu lagi PENDAKWAAN ke atas DSAI

Oleh Dato' Ambiga Sreenevasan, Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia


THE Datuk Seri Anwar Ibrahim prosecution is seen by many as the political persecution of the leader of the opposition. The question is, can we, as a nation, go through a second Anwar prosecution?

Lawyer Tommy Thomas had this to say in a 28 July 2008 article titled A Second Prosecution of Anwar Ibrahim — Is it in the national interest?: "The starting point is the previous prosecution of Anwar for sodomy in 1998[,] which imposed incredible strains on our legal system, and made Malaysia the laughing stock in the legal world. It would be sufficient to remind ourselves of the conduct of the prosecution in the 1998 case, the unfair publicity given by the mass media, the denial of bail, the 'irrelevant' rulings by the trial judge, the conduct of the trial itself, the amendment of the charges, the shameful parading of the mattress, the expungement of 'inconvenient' evidence, the finding of guilty, the lengthy sentence, the appeal to the Court of Appeal, and finally the appeal to the Federal Court."

I personally recall being utterly horrified and disgusted by the charges against Anwar the first time round. The initial charges carried wording I cannot repeat in good company. I also remember the terrible injustice done to Sukma Darmawan. And then to Dr Munawar Ahmad Anees, who to this day has not been vindicated by our courts although they have had the opportunity to do so. We must not forget these and other unfortunate people who all became innocent victims in this political war against Anwar.

The whole prosecution was a disgrace. I remember someone saying then that the trial robbed this country's citizens, in particular our children, of their innocence, as we had a daily fare of sodomy, semen-stained mattresses and the like.

Thomas argues, and I agree, that since those disgraceful events, the judiciary has taken steps to repair itself. He argues that a second prosecution would (I'd say could because, of course, the court could throw out the case) undo all the repair the judiciary has carried out to improve its image.

And it is no coincidence that Anwar is the opposition leader who has brought sweeping changes to the political landscape.

Thomas argues: "If Anwar were not a potential prime minister, and only an ordinary citizen, he would not face this prosecution. It is as simple, plain and obvious as that."

The prosecution, Thomas argues, is economic and political suicide. He adds that the people of Malaysia are deeply divided on this issue, and that Malaysia's international image will, no doubt, suffer.

He then concludes with these words: "History is replete with examples of leaders who refused to learn from past mistakes, and were doomed to repeat them. It would be a tragedy of ancient Greek proportions if our leaders do not learn the lessons from 1998.

"It is abundantly clear that all the factors point in one direction: it is not in the public interest to subject the nation and its citizens to the trauma of a second trial..."

Ultimately, the powers-that-be must appreciate the consequences of this prosecution. If they win, they lose; if they lose, they lose. Actually, the nation loses. If you were a betting person, what would you do with those odds?

One thing must be made clear, it is my opinion that what we are doing to Anwar Ibrahim is starkly similar to what is happening to Aung San Suu Kyi. I ask, show me the difference between the two. I ask, how can we condemn the latter and do the former?

I call on the government to immediately review the Anwar prosecution in the public interest and because it is the right thing to do. If the government takes this step, it will certainly regain some credibility.

The AG's role

It is important in our justice system to appreciate the duties and responsibilities of the Attorney General, particularly in criminal prosecutions.

The Attorney General cannot act arbitrarily. In a judgment relating to the Attorney General's discretion over prosecutions, the Federal Court held that:

"The public of whose interest he [or she] is the guardian has a right to expect him [or her] to act honestly, without fear of powerful national and local figures or of the consequences to him [or her] personally or politically, and without favouring his [or her] relatives and friends and supporters, his [or her] principal concern being to maintain the rule of law so that there will be no anarchy and to maintain standards in public life and the private sector."

Our institutions must work to regain their credibility. I started my speech with a quote from Aung San Suu Kyi that fear of losing power corrupts those who wield it. I hope this is not what we are seeing today in Malaysia.

Rule of law

You would have appreciated by now that democracy, rule of law and human rights are all interlinked. The essential distinction between rule of law and rule by law must be noted.

Many dictatorships or military regimes can quite honestly say that everything that they do is in accordance with laws they have passed. Does our Internal Security Act, for example, accord with the rule of law? No — that is rule by law.

Laws passed by Parliament must accord with the rule of law. They must encompass basic fundamental liberties and values. These laws must be acceptable to a large number of people. They must be fair.

In Malaysia, even after 50 years of Merdeka, there are still in existence four declarations of emergency! We still have the archaic Sedition Act, Official Secrets Act, and Printing Presses and Publications Act. It is time for us to review all these pieces of legislation.

Within our borders

So, if there are human rights abuses outside our borders, can we in today's world fail to act? The answer is no. We must reach across our borders on issues of human rights.

But more important is what we do within our borders. Do we have the right to condemn apartheid, as we did, when we allow racist rhetoric to abound in our country? What about the right to condemn Aung San Suu Kyi's suffering while we treat Anwar Ibrahim the way we do? Can we criticise the kidnapping and disappearance of people overseas when it happens in our country?

We must have the moral authority to criticise others by ensuring we do not behave in the same way.

Thursday, June 25, 2009

Tuan Guru NAFI masuk Umno

PEMECAH BERITA!

Manek Urai : Gara-gara mahu MEMENANGI PrK Kecil di Kelantan, ada sabuah parti politik yang BAKAL menentang PAS berusaha bersungguh-sungguh untuk MEMBAWA Yang Mulia (sebab sampai sekarang hilang entah ke mana) Ayah Pin untuk masuk Umno.

Ayah Pin (gambar terkini), sehingga kini mengambil pendirian MENOLAK sebarang kerjasama dengan Umno untuk membentuk Kerajaan Langit Rakyat sambil berkata, "Tukar slogan 1Malaysia kepada 1Langit, baru I fikirkan".

Perkara ini disahkan oleh Pembantu Am Rendahnya, Tulang Kayu sebentar tadi.

Wednesday, June 24, 2009

Pemuda Umno buat ADUAN POLIS terhadap TG Nik Aziz

Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan AJARAN SESAT dan juga KOMUNIS. Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat AYAH PIN dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan MENOLAK ISLAM, adalah "tidak berasas".
"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang BANYAK MEMBAWA PERUBAHAN kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," Anuar dipetik berkata.

.................

Di dalam satu KENYATAAN yang baru diterima dari bilik berita yang difaks dari KERAJAAN LANGIT yang mana tertera di atasnya kepala surat, FROM THE DESK OF HIS EXCELLENCY LORD ARIFFIN (Ayah Pin ler tu), berkata....

"Kami LEBIH MULIA dari Umno""

"t.t"
b/p Ayah Pin

Sunday, June 21, 2009

FAKTA SAHIH Kes MB Perak : INFO Mahkamah

Jika permohonan Hj Nizar DITERIMA oleh Mahkamah Persekutuan dalam soal koram 11 Hakim untuk mendengar kes MB Perak, ini bermakna KESEMUA Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan 1Malaysia akan BERSIDANG!

Jumlah kesemua HAKIM (setakat posting ini ditulis) bagi Mahkamah Persekutuan adalah seramai 12 orang. Seorang Hakim (Nik Hashim) akan BERSARA sebelum kes itu didengar!

Namun begitu, REKOD BERSIH di 1Malaysia.... LAST MINIT Hakim-Hakim BARU boleh je dilantik... Hmmm dah tau dah....

MB Perak : 3 SYARAT untuk dapat LAMPU HIJAU Mahkamah

Sepertimana posting sebelum ini (kepada yang belum baca sila baca), 9 dan 10 Julai nanti, kes MB Perak akan memanaskan GELANGGANG Mahkamah lagi.

Sebelum kes tersebut BERJAYA untuk dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dengan minimum koram 3 orang Hakim atau dengan bahasa lainnya, kes ini DIBENARKAN untuk MENERJAH ke PINTU Utama Mahkamah Persekutuan, terdapat 3 Syarat utama yang perlu dipenuhi.

SYARAT-SYARATnya berbunyi:-

1) Punyai PERSOALAN UNDANG-UNDANG yang ada MERIT;
2) Untuk kepentingan AWAM; dan
3) Novelty (Baru).

Jika kes ini berjaya mendapat KEIZINAN / KEBENARAN atau LEAVE untuk MERAYU, maka mahkamah akan menetapkan tarikh lain untuk kes tersebut dibicarakan.

Jika tidak, Perak akan berMBkan Mahatma Melayu sampai PRU-13 nanti.

Tetapi sebagai pengamal ilmu undang-undang, saya dan rakan-rakan seramai 11 orang (yang MENYAMAI jumlah Hakim yang dipohon oleh Hj Nizar) SEBULAT SUARA BERSETUJU bahawa kes ini TELAH MEMENUHI SYARAT-SYARAT yang dinyatakan!!

Sekian, wassalam.

Friday, June 19, 2009

PEMECAH BERITA : RAYUAN Kes MB Perak DITOLAK oleh MAHKAMAH mentah-mentah

PEMECAH BERITA WAKTU PETANG!!

1) Seperti dimaklumkan sebelum ini, Hj Nizar telah selamat memfailkan RAYUAN di kaunter pendaftaran Mahkamah Persekutuan petang tadi.

Selain merayu, beliau juga memohon untuk koram Yang Amat Arif Hakim seramai SEBELAS (11) orang bersidang untuk mendengar kes tersebut.

Jika ini berlaku, maka kes ini bakal MEMECAH GUINESS REKOD di Malaysia. Ini karena, setakat ini, di dalam sejarah 1Malaysia, MAKSIMUM Hakim yang pernah BERSIDANG adalah seramai 7 orang.

Saya pasti Kepala Hukum Malaysia, Tun Zaki tidak akan bersetuju. ALASANnya mudah, jika 11 Hakim, maka RUANG di atas BENCH tak cukup. SEMPIT!!! (Kalau orang dah kata tak nak, tak boleh nak buat apa. Tunggu Miracle aje la).

2) Selain itu, KES RAYUAN ini masih lagi diperingkat LEAVE. Mungkin ramai yang tak tahu atau tak paham apa maksud LEAVE ini. LEAVE ini bermaksud (bahasa mudahnya) satu proses PERMOHONAN di Peringkat Awal Mahkamah Persekutuan untuk MENENTUKAN sama ada rayuan itu ada MERIT atau tidak untuk didengar (BICARA) di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Jika LEAVE tak dapat atau GAGAL
tidak diperolehi, Maka SEKIAN SAHAJA Kes MB Perak untuk makluman semua pihak. FULL STOP!! Takde tompek dah nak merayu jang oi!

3) Mahkamah menetapkan tarikh 9 dan 10 Julai 2009 untuk pendengaran LEAVE bagi rayuan tersebut. Yakni SEBELUM berlangsungnya PrK Manek Urai!! Apa maknanya ni?

4) Yang menariknya, SEHINGGA petang tadi, peguam Hj Nizar MASIH BELUM menerima PENGHAKIMAN BERTULIS dari Mahkamah Rayuan. Salah satu ASPEK PENTING untuk mendapat LEAVE adalah, RAYUAN mestilah MERUJUK kepada PENGHAKIMAN daripada Mahkamah sebelum ini. Tetapi di dalam kes MB Perak ini, RAYUAN Hj Nizar hanya dibuat berdasarkan pemahaman barisan peguammya pada Penghakiman Lisan 5 MINIT sahaja.

Shortform yang dicipta masa belajar dulu-dulu (tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga) untuk perkataan WATANIAH = Walau Apapun Terjadi Anak Negeri Ini Akan Hadapi!

Teringat juga kepada kata-kata KERAMAT Hj Nizar sebelum ini ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, "Saya tidak kisah jika kes saya kalah. Sebab saya dan rakan-rakan PR di Perak nak MENUNJUKKAN kepada RAKYAT bahawa Inilah KEADILAN yang dibawa oleh Umno Barisan Nasional".

Kita merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah jugalah yang TERBAIK.

Takbir!!!

Thursday, June 18, 2009

NIZAR : Failkan rayuan selepas SOLAT JUMAAT

PEMECAH BERITA!!

2.45 petang ini dikhabarkan Peguam Hj Nizar akan memfailkan RAYUAN walaupun TANPA merujuk kepada PENGHAKIMAN BERTULIS daripada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah pun sekarang dah pandai pindah NEXT MENTION DATE untuk buat PENGHAKIMAN!!

Menarik tuh!

Rasa-rasanya kalau ini macam, tarikh SEBUTAN Kes MB Perak ni boleh jadi pada tahun 2013 la gamaknya.

Anwar Ibrahim DEDAH Isu LIWAT AL-JUBURI Malam ini di Bandar Baru Bangi!!

[Klik pada gambar untuk paparan lebih BESAR & JELAS]

ISU LIWAT AL-JUBURI AKAN TERJAWAB!!

Turut hadir dan dijemput KHAS untuk berpidato, Mat Sabu!

Jemput ler datang & Tolong ler Sebar-sebarkan......

Kes MB Perak : Ketua Hakim Negara akui Yang Arif LEMBAB

Semalam di Putrajaya, Ketua Hakim Negara atau jika di Indonesia digelar Kepala Hukum berkata "Hakim yang tidak mampu membuat keputusan dengan cepat adalah hakim yang kurang baik".

Hakim bagi kes MB Perak jangankan cepat malah LAMBAT terkedek-kedek nak buat PENGHAKIMAN BERTULIS. Hebat lagi Rakan Bijaksana saya, VK Lingam. Correct Korek Correct.

Beliau berkata lagi, "Satu tempoh tertentu perlu diberikan agar hakim dapat menilai keterangan serta merujuk kepada peruntukan undang-undang. Sebarang keputusan secara tergesa-gesa (yang boleh kita rujuk kepada kes MB Perak di mana PENGHAKIMAN LISAN dibaca TAK SAMPAI 5 minit) juga bukan keputusan yang baik kerana hakim tidak menimbang dengan betul semua isu mengenai fakta dan perundangan. Sebaliknya, kelewatan yang melampau akan merugikan semua pihak, sama ada pihak pendakwaan atau pembelaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua hakim bahawa kes tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengambil masa lama untuk membuat keputusan dan menulis alasan penghakiman.

Hmmm.. ye lah tu Kepala Hukum oi!

Oleh Kepala Lutut

Wednesday, June 17, 2009

Kerajaan Perpaduan? : Apa Nasha buat di Hong Kong?

Ini bukan NASHA yang dimaksudkan ke? Hehe... Jangan marah...

Tuesday, June 16, 2009

PEMECAH BERITA : Kerajaan Perpaduan melibatkan PKR & DAP

11.17 am PAS told Prime Minister Najib Abdul Razak that it will hold unity talks with Umno only if PKR and DAP are included in the talks.

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "Kami (PAS) tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali. Mustafa mengumumkan sikap terbaru PAS dalam satu sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib, yang juga perdana menteri, semalam yang menyatakan beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang.
_______________

Kalu YB Datuk Paduka Ibrahim Ali nak join sekali lagu mana?

TERKINI dari Manek Urai

[Belon BULAN di siang hari]


Monday, June 15, 2009

Teori RAHMAN akan BERULANG : "R" seterusnya....

[Klik pada GAMBAR untuk paparan yang lebih besar]

Gambar 18SX Manohara Odelia Pinot

Sunday, June 14, 2009

NIZAR : Masih Gagal FAILKAN Rayuan

Pagi ini, YB Hj Nizar DIHALAU keluar dari Parlimen.

Pelbagai komen dari orang awam berkumandang di sana sini. Anda boleh SINGGAH di mana-mana warung kopi, kopitiam dan sebagainya. Betapa penyebaran maklumat pada hari ini cukup tangkas dan cepat.

Di dalam kesibukan ADEGAN di PARLIMEN, seolah-olah ruh dan semangat kepada PEMBUBARAN DUN Perak kian terhakis.

Hari ini, LAUNGAN slogan keramat BUBAR DUN bergema kembali.

Namun, satu FAKTA yang membuatkan Zambry Abdool Cadeer a.k.a Mahatma Melayu bisa SENYUM sampai ke telinga, yakni YB Hj Nizar HANYA ada tempoh masa SEHINGGA jumaat sahaja ini untuk FAILKAN rayuan bagi kes MB Perak.

Jika tidak, MB Mahkamah akan jadi MB Perak dari kacamata Yang Amat Arif Hakim!

5 days to go! LAWAN tatap LAWAN!

Thursday, June 11, 2009

Pemecah Berita : NAJIB & Kucing berMATA 1

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati hari berikutnya ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.

......................

Ini pula makhluk berMATA dua TAPI banyak BAHASAnya. Bahasa Melayu semakin diINGGERISkan.


Tidak lama lagi 1 Malaysia akan jadi seperti negara jiran. Semua perkataan Inggeris diMelayukan. Selepas itu, 2 atau lebih perkataan BANYAK diSATUkan. Sesuai dengan slogan 1 Malaysia.

Bagaimana jika NAMA si Aminah Shariibuu & Mat Monggol diSATUkan?

Apapun TAHNIAH kepada Umno Barisan Nasional kerana TERUS-MENERUS memperjuangkan BAHASA.

Tak sabar nak tunggu nama PM dipanggil PRIME MENTERI!

IDRIS JUSOH : Ada benda NAIK

Terengganu Darul Stadium Runtuh!

Itulah nama baru bagi negeri Terengganu Darul Iman yang hebat diumpat oleh rakyat di sana-sini.

Rata-rata rakyat 1Malaysia tatkala membicarakan perihal STAIDUM keramat itu, pasti akan menggeleng kepala. Tiada pula yang GILA mengangguk kepala.

Yang menakjubkan, ada yang SUKA dan BERPUASHATI dengan kejadian runtuh ini.

Kerana Indeks Pelancongan di Terengganu
MENINGKAT dengan DRASTIK dan mendadak sekali. Tidak pernah berlaku PENINGKATAN sebegitu rupa.

Pelancong ke TERENGGANU bukan lagi berkunjung ke Pasar Payang untuk mencari sourvenir dari Negeri Penyu itu ataupun ke Kampung Losong untuk mencari Kepok Lekor. Tetapi mengambil PELUANG untuk bergambar di STADIUM tersebut.

Karena, ia merupakan salah satu BINAAN KEAJAIBAN DUNIA ke-8 yang dibina pada dekad ini.

Welcome to Terengganu!

Jupe mung dek nung! Bereh!


[Klik pada gambar untuk lihat paparan yang lebih jelas]

Wednesday, June 10, 2009

PAS : SU Agong & Ketua Penerangan BARU

mustafa aliDatuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai Setiausaha Agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Manakala bekas Naib presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

Manakala bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini.

Mustapa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan dalam muktamar parti itu minggu depan. Beliau juga merupakan pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS.

Nama baharu untok SISTER IN ISLAM

Rakan bijaksana saya (panggilan formal kepada rakan peguam di dalam Mahkamah), Zulkifli Noordin, MP Kulim Bandar Baharu mencadangkan agar nama Sister In Islam (SIS) ditukar kepada Ikatan Wanita Kosmopolitan atau singkatannya IWK.

Apa nama BARU SIS itu sekalipun tak kisahlah. Tapi tang IWK tu, mengingatkan daku kepada satu Syarikat.


Iaitu sebuah syarikat yang menguruskan SISA KUMBAHAN (Najis) yang tersohor di 1Malaysia.

Sampai hati Zul. Hehe.

Monday, June 8, 2009

NIZAR Gagal FAILKAN Rayuan : Baki 12 hari lagi

1. Sehingga ke saat posting ini tulis, YAB Hj Nizar masih belum MEMFAILKAN rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

2. Keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei 2009 lepas hanya memperuntukan tempoh 30 hari sahaja untuk beliau memfailkan rayuan.

3. Ini bermakna, jika dikira hari ini dan 11 hari lagi, Hj Nizar hanya punyai 12 hari sahaja lagi sekiranya ingin membawa kes MB Perak ke Mahkamah Persekutuan.

4. Adalah menjadi satu kesukaran kepada Legal Team beliau untuk mengemukakan ALASAN rayuan memandangkan "Ringkasan" PENGHAKIMAN yang dibaca oleh YAA Hakim Mahkamah Rayuan HANYA mengambil masa kurang 5 minit untuk diisytiharkan.

5. Legal Team Hj Nizar memaklumkan mereka sudahpun menderaf rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Namun, mereka masih menunggu penghakiman daripada Mahkamah Rayuan bagi menguatkan lagi hujah rayuan. Peguam beliau juga percaya bahawa penghakiman tersebut akan dikeluarkan di SAAT-SAAT akhir sebelum TEMPOH masa Rayuan TAMAT. Ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bahawa HUJAH dan ALASAN rayuan adalah remeh dan lemah.

6. Sehingga ke saat ini juga, PENGHAKIMAN BERTULIS masih belum disiapkan walauapun janji demi janji dikhabarkan.

7. Panjang sungguhkah penghakiman tersebut sehingga begitu LAMA masa diambil untuk menyiapkannya?

8. Atau mungkin WUJUDKAH lagi KISAH BENAR VK Lingam : PART 2?

9. Correct Korek Correct?

Sunday, June 7, 2009

YAB Nizar failkan RAYUAN HARI INI!

Di dalam KEHANGATAN PASCA Muktamar PAS kali ke-55 yang HEBAT dicanang oleh pihak-pihak tertentu, negara akan menempuh SCENE Politik Perak yang seterusnya.

Kali ini, EPISOD Wayang di Mahkamah Persekutuan.

Di dalam sesi Ceramah Penerangan di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi Sabtu lepas, yang diadakan bersempena dengan Muktamar PAS, YAB Hj Ir Nizar MENGESAHKAN bahawa beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan HARI INI.

"Tuan-tuan dan puan-puan, Mahkamah (Rayuan) berjanji nak bagi PENGHAKIMAN BERTULIS Isnin lepas, tetapi sampai hari ini belum SIAP lagi".

"Walaupun KEPUTUSAN di Mahkamah (Persekutuan) nanti saya dimaklumkan TIDAK MEMIHAK kepada saya, tetapi saya nak TUNJUKKAN kepada rakyat, Inilah KEADILAN yang nak dibawa oleh UMNO/BN".

Kehadiran YAB Hj Nizar di Dun Bangi disambut oleh hampir 10,000 rakyat dari seluruh pelosok tanah air (Perwakilan-Perwakilan dan Pemerhati-Pemerhati juga hadir sebagai tanda sokongan).

RAYUAN akan difailkan HARI INI. Tapi entah bila akan DIDENGAR dan DIPUTUSKAN.

Kita tunggu, siapakah di antara 12 Hakim Mahkamah Persekutuan yang akan MENGADILI kes ini?

Mungkinkah Tun Tan Sri Dato' Seri
Zaki Tun Azmi? (Gelaran TUN baru sahaja diperoleh Sabtu lepas. Jika dibaca penganuherahan itu dari sudut yang "NAKAL" ianya UMPAMA HADIAH sebelum bertugas mendengar kes).

Mungkinkah
Tan Sri Dato’ Seri Alauddin bin Dato’ Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan yang telah MENUKAR Hakim Mahkamah Rayuan bagi kes MB Perak di SAAT-SAAT AKHIR?


Atau mungkinkah juga Dato' Seri Augustine Paul? Hakim yang mendengar, membicarakan dan memutuskan kes DSAI yang telah dipindahkan 2 minggu sebelum kes DSAI bermula?

Atau mana-mana SEMBILAN (9) Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain?

Sabda Nabi yang maksud "2 daripada 3 Hakim akan masuk neraka".

Wallahuam.

Hormati & SOKONG Keputusan MUKTAMAR

Muktamar PAS kali ke-55 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.

Suasana PASCA Muktamar kali ini tampak berbeda sekali. Ramai sekali yang TIDAK diketahui sama ada AHLI PAS atau MENGAKU sebagai AHLI begitu LANCANG menulis, terutamanya dari kalangan penulis maya.

Umpama KEPUTUSAN (terutama Pemilihan) kali ini, DIPERTIKAIKAN. Sedangkan sebagai ahli Jamaah Islam, kita diajar untuk MENGHORMATI Keputusan Muktamar. Dan seterusnya MENYOKONG Keputusan Muktamar walaupun pada hakikatnya (pada awalnya) kita punya idea yang berbeda.

Begitu juga dengan IDEA atau KHABAR yang mengatakan bahawa calon-calon dari Negeri Kelantan atau Tuan Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat DITOLAK oleh PERWAKILAN. PAS tidak pernah mengehadkan pimpinannya untuk satu-satu negeri sahaja. Tidak terpilihnya wakil bagi negeri itu tidak bermakna Perwakilan yang mewakili AHLI PAS menolaknya. Jika begitu, PAS Negeri Sabah & Sarawak terlebih dahulu BERASA HATI sebab jangankan nak dipilih, jadi CALON pun tak lepas lagi. PAS untuk SEMUA. PAS FOR ALL!

Pinjam kata-kata YB Datuk Paduka HUSAM MUSA, "Yang Menang dapat PAHALA, Yang Kalah pun dapat PAHALA, InsyaAllah".

Bang MAT SABU pula berkata, "Yang penting adalah ISTIQOMAH. Kalah menang bukan alasan". Sambil diakhiri dengan serangkap pantun yang penuh mengusik jiwa yang berbunyi...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai aku antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Friday, June 5, 2009

Nasrudin Tantawi seru Pemuda PAS bersama MU (Manchester United)?

Di dalam UCAPAN PENANGGUHAN semasa Muktamar semalam oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baru ditakliifkan, satu SERUAN yang dilaungkan oleh Ust Nasrudin Tantawi adalah "AYUH SAHABAT-SAHABT KITA BERSAMA "M.U"!

Riuh dewan seketika.

Sehingga beliau menerangkan kembali singkatan MU tersebut iaitu merujuk kepada frasa yang diguna oleh Perwakilan DPP kelantan, Manek Urai (MU).

"Bertenang sahabat-sahabat yang menyokong ARSENAL, yang menyokong Chelsea, Liverpool dan sebagainya!".


Semasa Ucapan Penangguan oleh Mantan KP, perasaan SEBAK rata-rata melanda Perwakilan dengan ucapan yang penuh INTONASI dan "FEELING" YB Salahudin Ayub yang menceritakan susur galur dan latar belakang perjuangannya selama 30 tahun bersama Dewan Pemuda.


[Nota : Logo Arsenal adalah hiasan semata-mata. Hehe]

Tuesday, June 2, 2009

NAJIB Shaaribuu : Hanya 45% Rakyat PUAS HATI

Merdeka Centre di dalam UNDIAN yang dibuat kepada rakyat semenanjung mendapati HANYA 45% BERPUASHATI dengan KeMONGGOLan PM ke-6 itu. Daripada tarikh lantikan sebagai PM ke-6, RATING kepuashatian rakyat semenanjung terhadap MAT MONGGOL itu hanya NAIK 1% SAHAJA. Lambat betul "NAIK" barang Mat ini.

Seramai 1067 responden yang terlibat di dalam UNDIAN ini yang meliputi 56% daripadanya adalah Melayu, 42% cina dan bakinya adalah dari kaum india. Undian ini dibuat pada dua tarikh yang berasingan iaitu pada 6 dan 15 Mei 2009 dilakukan melalui panggilan telefon oleh Merdeka Centre.

Daripada survey yang dibuat, 53% Melayu, 64% India dan HANYA 24% Cina yang berpuashati dengan performancenya. Daripada jumlah SURVEY itu, terdapat 39% daripada jumlah responden ENGGAN / MENOLAK untuk mengundi (sebab besarnya mungkin mereka ini TIDAK KENAL akan siapa PM ke-6 ini. Tapi jika ditukar NAMA orang yang dikaji itu kepada Najib Shaaribuu atau Mat Monggol sudah pasti 39% responden ini memberi komen dan undian mereka).

Yang MENARIKNYA, daripada undian tersebut, 41% responden memaklumkan bahawa 1Malaysia sekarang ini "DIPANDU" ke LALUAN yang SALAH dan 16% lagi berkata TIDAK TAHU (kemana PANDUAN Mat Monggol itu). Bagi KEMELUT di Perak, hanya 3% daripada 1067 responden berpuashati CARA (baca : RAMPAS & GUNA MAHKAMAH) dengan tindakan Mat.

Kita tunggu apa pula kata RESPONDEN Dun Manek Urai ke atas NAJIB SHAARIBUU ini.

Stadium ROBOH : Jawapan Idris

Saya, bagi pihak kepada pihak dan/atau pihak-pihak Dato' Seri Idris Jusoh dengan ingin memaklumkan bahawa, asbab-musabab kepada keruntohan Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak, di Kuala Terengganu adalah DISEBABKAN oleh >>>

[Sila scrol ke bawah]


TARIKAN GRAVITI !!!


Sekian, terima kaseh.


(Sumber ilham adalah dari Hasbullah Pit & Rujukan dari kitab Sir Isaac Newton)

Monday, June 1, 2009

Kemenangan PKR bukan mutlak!

Tajuk di atas adalah STATEMENT yang dibuat oleh Mat Monggol semalam di Jeju, Korea Selatan.

Mat berkata lagi, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan. Ia (Penanti) adalah satu kemenangan yang tidak memberangsangkan kerana bilangan pengundi di bawah 50 peratus dan bilangan undi yang diperoleh parti itu juga merosot kira-kira 1,300 undi.

"Kemenangan ke atas calon Bebas bukan kayu ukur populariti. Ia bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Jeju di sini hari ini.

Hanya 46 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN Penanti hari ini yang dimenangi calon PKR, Dr. Mansor Othman dengan meraih 6,052 undi.

Tiga calon Bebas iaitu Kak Min Cap Kunci (+VCD Free), Nai Khan Ari dan Presiden Parti Iman Semalaysia (PIS), Kamarul Ramizu Idris hilang wang pertaruhan. [Nota : Kesian juga kepada calon Bebas ni, sebab Banner & Poster LEBIH BANYAK dari UNDI. Hilang wang pertaruhan pulak tu].



Teringat kata-kata pujangga, "Kemenangan bukan tradisi, Kekalahan bukan warisan".

BN pun BUKAN dulu, kini & selamanya menang di pusat.

Pemerintahan BN pun bukan MUTLAK!