1. Negara kita Malaysia Darul Hadhari (buat setakat ini) dikatakan mengamalkan konsep Pengasingan Kuasa (Separation of Power = SOP). Jika dirujuk di dalam kitab-kitab lama, semua tok-tok guru mengakuinya. Ya memang ada (on paper).
2. Konsep Pengasingan Kuasa (SOP) ini mengkehendakan negara ini mempunyai 3 badan yang mana ketiga-tiga badan tersebut mestilah (wajibul qat'ie) menjalankan peranannya tanpa mengatasi badan-badan lain. Badan-badan tersebut juga mestilah menjalankan tugasnya tanpa campurtangan daripada badan-badan lain. Jika ada campurtangan atau badan lain mengatasi yang lain, maka tunjang ruh kepada amalan SOP ini tidak akan wujud dan bolehlah ia dipanggil Percampuran Kuasa (dan bukannya Pengasingan Kuasa).
3. Ketiga-tiga badan tersebut adalah KEHAKIMAN (Judiciary = Mahkamah), LEGISLATIF (Parlimen) dan EKSEKUTIF (Kerajaan).
4. Secara hakikinya, di negara Hadhari ini, amalan SOP telah berkubur lama. Konsep ini sekadar layak menjadi bahan bacaan melalui tulisan-tulisan yang terdapat di buku-buku sahaja.
5. Jika kita merujok kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang tertinggi di Malaysia, melalui Perkara 122B menyatakan bahawa perlantikan hakim-hakim hendaklah dilantik oleh YDPAgong setelah DINASIHATKAN oleh PM. Kena ingat tadi bahawa PM adalah dari cabang Eksekutif manakala hakim pula di cabang (badan) lain. Di sini kita melihat, sekiranya konsep SOP ini benar-benar diamalkan, tidak sepatutnya peranan PM dari badan lain dimasukkan.
6. Reformasi yang dibuat oleh Bakal Bekas PM ke-6, Dolah Badawi Bapa Mertua Khairy berkenaan dengan sistem perundangan adalah sia-sia. Saya katakan sia-sia kerana perubahan yang diluluskan itu tidak menghormati konsep SOP itu tadi. Jika benar Bakal Tun (biasanya bekas PM akan dapat gelaran ini) tersebut mahukan PERUBAHAN di dalam sistem kehakiman negara, Perkara 122B mestilah diambil kira dan dipinda! Kita boleh bertanya kepada pakar akademik seperti Dr Aziz Bari dan bekas hakim-hakim yang senior, mereka pasti bersetuju dan menganggukkan kepala tanda bersetuju berkenaan pindaan 122B itu tadi. Namun malangnya perkara ini tidak berlaku.
7. Baru-baru ini, di negeri Perak, Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Hakim Ridwan Ibrahim telah membuat keputusan yang juga bertentangan dengan semangat SOP. Kali ini, Badan Kehakiman pula yang mengatasi Badan Legislatif (Parlimen/Dun).
8. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan seperti Tan Sri Chang Min Tat, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan ramai lagi hakim-hakim yang hebat di masa lampau pasti malu dengan tindakan Pesuruhjaya Kehakiman tersebut.
9. Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan secara terang lagi bersuluh menyatakan bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan NEgeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah". Inilah kekebalan yang diberikan oleh undang-undang kepada badan legislatif.
10. Terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan pelanggaran Perkara 72(1) tersebut. Namun kesemua kes-kes ini, para hakimnya sependapat bahawa, Perkara 72 (1) ini adalah hak istimewa yang ada pada badan legislatif. Kes tersebut adalah kes Fan Yew Teng v Government of Malaysia, Lim Cho Hock v Speaker, Perak State Legislative Assembly, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun v Legislative Assembly of State of Sabah, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun v Tun Datuk Hj Mohamed Adnan Robert dan Haji Salleh bin Jafaruddin v Datuk Celestine Ujang. Jika berkehendakkan penghakiman penuh kes ini, anda boleh rujuk di CLJ, MLJ, lexis-nexis dan sebagainya. Ini adalah kes yang bertulis dan menjadi sejarah pada setiap patah keputusan dan perintah mahkamah tersebut.
11. Namun begitu, mengapa Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Hakim Ridwan membuat keputusan sedemikian. Wallahualam. InsyaAllah beliau mempunyai hujah tersendiri di padang mahsyar kelak. Sebagai nota, Pesuruhjaya Kehakiman ini adalah satu jawatan (percubaan) sebelum seseorang itu dilantik menjadi Hakim (Mahkamah Tinggi). Cuma yang menariknya semua keistimewaan yang ada pada hakim beliau akan dapat (i.e Kereta cermin hitam gelap etc). Jangan pula ada yang berasakan jawatan Pesuruhjaya Kehakiman itu lebih tinggi dari status Hakim. Ianya bawah sedikit di bawah Hakim.
12. Apabila berlaku ketidakadaan atau ketidakwujudan amalan konsep SOP ini, maka setiap perkara akan menjadi haru biru seharu dan sedungu golongan shilaka.
13. Kerana apa? Kerana melalui keputusan kes di perak ini kita boleh memohon perintah mahkamah untuk:-
(i) Menghalang PM daripada menjalankan tugas;
(ii) PM atau mana-mana menteri atau ahli Parlimen/Dun boleh memohon injunksi untuk tidak mengiktiraf keputusan mahkamah;
(iii) Mana-mana orang boleh memohon untuk menutup pintu pagar Parlimen/Dun;
(iv) Hatta tugas pihak polis pun kita boleh memohon perintah untuk menghalang polis daripada menangkap penjenayah; dan
(v) banyak lagi permohonan yang pelik dan janggal.
Soalnya, bolehkah begitu? Semuanya gara-gara akibat daripada SOP tidak diamalkan dalam erti kata yang sebenar.
(i) Menghalang PM daripada menjalankan tugas;
(ii) PM atau mana-mana menteri atau ahli Parlimen/Dun boleh memohon injunksi untuk tidak mengiktiraf keputusan mahkamah;
(iii) Mana-mana orang boleh memohon untuk menutup pintu pagar Parlimen/Dun;
(iv) Hatta tugas pihak polis pun kita boleh memohon perintah untuk menghalang polis daripada menangkap penjenayah; dan
(v) banyak lagi permohonan yang pelik dan janggal.
Soalnya, bolehkah begitu? Semuanya gara-gara akibat daripada SOP tidak diamalkan dalam erti kata yang sebenar.
14. Dalam samar-samar SOP ini. Malaysia bakal mengadakan Kenduri Pilihanraya sekali lagi. Iaitu di 2 Bukit 1 Batang.
15. Satu saja caranya untuk kita menyatakan SIGNAL kepada pihak kerajaan yang ANGKUH, SOMBONG dan BUTA ini, kita asingkan mereka dari kuasa seperti mereka menafikan pengasingan kuasa. Jatuhkan BN di Prk Kecil itu nanti. Takbir!
No comments:
Post a Comment