Itulah satu detik masa dan waktu yang berlalu dan seterusnya menjadi satu sejarah di Malaysia. Detik 8 Mac 2008 dan 2009 tidak akan berlaku lagi. Masa akan terus pergi meninggalkan kita.
Ketika mana pada tahun 2008, tarikh tersebut merupakan IGAUAN yang paling digeruni oleh BN. Tarikh tersebut juga kebetulan jatuh pada lahirnya seorang Tok Samy Vellu, yang mana turut memberi satu tamparan kepada beliau kerana HADIAH yang diberikan oleh rakyat melalui laungan Makkal Sathi kepadanya cukup pedih, memalukan dan tidak akan dilupa sepanjang hayatnya. Tok Samy tersungkur di bumi sendiri. Kata-kata hikmat beliau, "I'm the President (MIC)! Saya Kapla. Tada sapa boleh lawan!". Takutnya Tok Samy pada 8 Mac dek kerana beliau dihentam oleh KUASA RAKYAT. Bukan sahaja melawan, rakyat Sungai Siput menganyang dan membelasah beliau secukup-cukupnya.
Hari ini 8 Mac berulang kembali. Hari ini juga bermaksud sudah satu (1) tahun Pakatan Rakyat Memimpin 6 negeri. Perak tidak terkecuali. Saya berpendapat sebagai pengamal ilmu perundangan, so called MB Haram yang ada sekarang ini adalah satu patung yang sekadar menjadi hiburan sementara. Saya katakan 6 negeri kerana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai 11 Parlimen, 10 adalah milik MP Pakatan Rakyat. BN hanya mampu berpaut kepada satu batu nisan di Setiawangsa. Dari Parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak semuanya diwakili oleh Pakatan Rakyat.
Walaupun di dalam tempoh tersebut, 5 negeri kerajaan Pakatan Rakyat diuji, diacu dan dicuba try oleh Bukan Kerajaan, Perak merupakan negeri yang paling kuat menerima ujian. Negeri yang paling ringan diuji adalah Kelantan. Walaupun nampak ringan tetapi BN tidak akan berhenti daripada menggoyahkan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Serangan terawal ke atas Pakatan Rakyat mula ditempiaskan kepada Negeri Selangor dengan isu Ladang Ternakan Khinzir di Sepang. Bukan main lagi melompat dan melatah kutu-kutu BN berdemostrasi di Sepang memperjuangkan Hak Alam Sekitar penduduk di sekitar. Hatta tok Penghulu dan Ketua Kampung yang dulunya menertai lawatan sambil belajar ke Jerman untuk melihat sendiri teknologi terkini menternak khinzir pun menyatakan bangkangannya ke atas projek tersebut.
Yang melucukan lagi, ketika zaman BN meluluskan projek tersebut, merekalah di antara golongan yang paling hadapan MENGIPAS punggung YB-YB agar mereka dan keturunan mereka turut diberi saki baki projek sama. Satu khinzir 50sen komisen. Bayangkan jika 100,000 khinzir diternak, berapa agaknya "income" yang diperoleh daripada peluh dan keringat yang meleleh. Apabila satu demi satu kertas dibuka, akhirnya BN tunduk malu di hadapan ladang khinzir tersebut. Bocor sudah pekung di dada.
Angka 8 dan 3 memang cukup memberikan SATU PENANGAN pahit kepada BN. Jangan diucap 8 Mac atau angka 8 dan 3. Ianya cukup menusuk kalbu.
Angka 8 (Tuah) dan 3 (Hidup) yang dicanang akan memberi FENG SHUI yang NGAM, akhirnya memakan diri. Percaya pada angka melebihi daripada Sang Pencipta.
Kali ini mereka bermain dengan FENG SHUI lagi. Tapi kali ini, angkanya berbeda. Angka 7 dan 4 pula menjadi pilihan. Angka 4 jika ditafsir di dalam bahasa Foo Chow bermakna MATI (Nasib tidak baik).
7 April 2009, bakal menyaksikan BN diMATIkan sekali lagi. Agaknya, nak kena berapa kali mati atau kalah agaknya baru BN benar-benar lenyap dari peta sejarah Malaysia. Talian hayat yang ada mungkin hanya terdapat di N28 Batang Ai, Sarawak. Kita tunggu dan lihat nasib mereka selepas ini. Ingat pepatah ada mengatakan, "Air yang tenang (di Batang Ai), jangan disangka tiada buaya (Bujang Senang)".
Sekian, Salam NGAP SAYOT.
No comments:
Post a Comment