Monday, March 30, 2009

MASA untuk MENIPU pun KEMBALI...

Bersungguh-sungguh media cetak dan elektronik HARI INI mengulang-ulang kes di Masjid Simpang Taiping.

Diriku tatkala melihat (baca : dengar) SKRIP yang dibaca oleh penyampai berita sudah mengetahui akan penyudahnya.

Sekarang ini, APA SAHAJA yang kita dengar dari media BN hendaklah ditafsir sebaliknya.
Jika berita mengatakan "BN yakin menang" maka bacalah "BN yakin KALAH".

SEMUAnya mestilah dibaca, didengar dan ditasfirkan secara TERBALIK. InsyaAllah mudah-mudahan otak kiri kita akan terbiasa dengannya.

Satu perkara yang buat aku tersengih tak sudah-sudah. Tatkala Dato' Seri Ir Hj Nizar membaca doa, mungkinkah Muhyidin Yassin akan mengaminkannya? Timbalan Imam la katakan....

Tengok gambar tanya selera!

Friday, March 27, 2009

Kisah Abdul Aziz Rantisi

Khutbah di Surau An Nur sebentar tadi sememangnya dan seolah-olah yang ditunggu-tunggu oleh ahli kariah sekitarnya. Ust Zulkifli Ahmad yang dijemput oleh pengurusan Surau An Nur cukup memberikan satu suntikan semangat kepada pejuang Keadilan walau di mana saja berada. Banyak input yang disampaikan oleh khatib. Namun ada 1 kisah yang mungkin boleh kita hayati dan jadikan teladan.

Kisah 1 berkisar dengan Abdul Aziz Rantisi (gambar), seorang pediatrician merupakan di antara pengasas dan jurucakap bagi Hamas di Palestin. Beliau menerajui Hamas setelah Syeikh Ahmad Yassin dibunuh kejam oleh Yahudi laknatullah pada 22 Mac 2004. Dilahirkan pada Oktober 1947 di sebuah kampung di antara Ashkelon dan Jaffa, beliau dikurniakan dengan 6 cahayamata dengan isteri yang solehah.

Yahudi laknatullah pernah merancang untuk membunuh beliau berkali-kali tetapi gagal. Percubaan yahudi yang paling hampir menamatkan riwayat almarhum adalah pada 10 Jun 2003 ketika beliau sedang perjalanan bersama anaknya. Walaupun Al-Marhum selamat tetapi anaknya syahid akibat daripada serangan itu (Gambar).

Walaupun acapkali beliau selamat, Al-Marhum telah syahid 17 April 2004. Beliau syahid di hadapan rumahnya sendiri di dalam keadaan berwudhuk setelah dibom oleh yahudi berkali-kali.

Di dalam khutbah yang disampaikan oleh khatib, beliau menegaskan bahawa pejuang-pejuang Hamas ini berperang menentang yahudi dengan sepenuh hati dan tanpa rasa takut sedikit pun di dalam diri mereka. Kecintaan mereka kepada Allah dan Rasulullah serta ajaran Islam yang mereka anuti melebihi daripada semua benda.

Menurut cerita isteri Abdul Aziz Rantisi ketika suaminya dibunuh oleh yahudi, al-marhum baru saja melawat saudaranya. Di saat suaminya dibunuh kejam, beliau sedikitpun tidak bersedih malah makin bersemangat dengan perjuangan Islam. "Suamiku telah syahid di dalam memperjuangkan ajaran Islam. Suamiku pejuang kebenaran dan keadilan!".

Di ketika inilah khabtib bertanya kepada makmum yang terdiri daripada kaum adam....

"Jika kita berada di tempat Abdul Aziz Rantisi, apakah reaksi isteri kita?"

"Adakah dia akan berkata seumpama isteri Abdul Aziz Rantisi?"

"Kita sebagai suami, mesti mendidik isteri dan anak kita agar bersama di dalam perjuangan ini. Perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan".

Takbir!


Wednesday, March 25, 2009

Bagus....

Semalam menyaksikan 3 sayap umno bertukar ketuanya. Berita mengenainya menjadi bahan pelaris bagi akhbar-akhbar utama. Siaran TV perdana pun menyaksikan lintas langsung dari PWTC. Gegak gempita sang puteri apabila nama pemenang disebut memang tidak pernah berubah seperti mereka mula-mula ditubuhkan dulu. Di sudut pemuda, khabar angin bertiup laju apabila undi bagi Ketuanya dikira semula. Fight sungguh ke undinya tu. Rupa-rupanya kira semula sebab nak menentukan siapa dapat undi no. 2 dan 3. No. 1 sudah diketahui!

Media perdana nampak gayanya masih tidak mengubah perangai temuan dan jakun mereka. Jika buka TV1 dan dibezakan dengan Astro Awani, umpama langit dengan bumi. TV arus perdana ni memang keras kepala, kepala batu dan bertelinga kuali untuk mengubah konsepnya. Teguran demi teguran dan cadangan diberi tetapi tetap tidak berubah. Di Astro keputusan dah diumum untuk sayap-sayap lain. Di TV1, masih memutarkan dan panel yang dijemput dengan misai A Galaknya itu masih berbicara berkenaan dengan soal sayap Wanita. LEMBAB!

Keadaan ini pasti akan berlaku lagi di PrK 2 Bukit 1 Batang, pasti peti undi yang BN lead 1-2 undi akan dihighlight terlebih dahulu. Peti undi PR yang menang besar ditayang kemudian. Mentaliti BENGAP dan SENGAL milik BN yang sukar untuk diubah. Inilah golongan BEBAList bak kata pimpinan GMP.

Di dewan wanita pula, lain pula plot ceriteranya. Golongan NENEK tua yang kerepot, berkedut, kendur dan bertudung jambul di depan, kini LENYAP dari barisan pimpinan. Yang paling lucu, perkataan SAFF digunakan oleh penerbit untuk membicarakan tentang barisan terbaru sayap-sayap umno.

Soal Syurga Neraka pun sudah dicanang di sana sini. Betapa umno sudah berubah. Soal akhirat sudah menjadi cebisan agenda mereka. Pinjam unkapan Bakal Bekas PM, lebih kurang begini bunyinya....

"Jika memilih calon yang mengamalkan rasuah, maka perwakilan (pengundi) itu turut sama berdosa dan masuk neraka".

Sesuai sungguh ayat tersebut jika diamalkan di 2 Bukit 1 Batang.

Teringat pada seloka di PrK Kuala Terengganu...

Rasuah oh rasuah,
Tak beri kalah,
Beri salah,
Buat Umno serba salah.

Monday, March 23, 2009

Syed Hamid Terdesak Untuk Menang Naib!

Semalam kita dikhabarkan surat khabar Harakah & Suara Keadilan digantung selama 3 bulan. Notis dari KDN tersebut (yang sebelum itu lagi pihak pengurusan Harakah telah menerima Surat Tunjuk Sebab dan telah dijawab oleh SU Agung PAS) tetap dikuatkuasakan tanpa berperikesuratkhabaran.

Tindakan sebegini ini mempamerkan belang si Syed Hamid Albar yang sebenar. Hari ini merupakan AGM UMNO yang pertama. Sesi Ucapan Dasar Bakal Bekas Presidennya akan diadakan petang ini.

Di dalam situasi begini, PELUANG yang ada harus diambil sepenuhnya oleh calon-calon yang bertanding, terutama jawatan Timbalan & Naib. Seorang calon Naib, Hisyamudin, sudah dicantas oleh kumpulan GMP. Popularitinya menjunam ke tangga ke-7 jika melihat kepada undian yang diselenggara oleh mystar walaupun beliau mendapat jumlah pencalonan yang tertinggi. Calon-calon lain harus mengambil masa ini untuk menunjukkan KEHEBATAN dan KEKUASAAN masing-masing. Maka larislah media massa dengan program bersama Bakal Presiden, interframe dengan Bakal Timbalan Presiden dan sebagainya.

Jika kita lihat tindakan penggantungan ini, kaitannya dengan AGM UMNO, kita sebenarnya boleh membuka minda kita dan kaitkan dengan situasi di Gaza pada penghujung 2008 sehingga awal tahun 2009. Israel sebenarnya sedang berhadapan pemilihan pucuk pimpinan negara haram mereka. Tzipi Livni yang mengepalai Parti Kadima sudah tentu merancang agar partinya terus memimpin Israel. Kaum laknatullah ini, seperti mana yang kita ketahui telah menyerang Gaza dengan sekejam dan sezalim-zalimnya. Pembunuhan secara terbuka tanpa mengira status mangsa. Peluru hidup, bom dan gas fosforus menjadi agen kezaliman yahudi laknat ini.

Untuk apa ini dilakukan oleh Tzipi Livni? Apa timbal balas dari perbuatannya ini? Sudah pasti ingin memenangi pilihanraya israel. Sudah sebati di dalam diri kaum ini bahawa genetik kejam dan zalim mereka akan melakukan apa sahaja untuk memenangi hati rakyatnya. Pemerintah yang zalim, kejam dan brutal harus dikekalkan. Namun, disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Perancangan parti kadima ini meleset sama sekali. Di dalam pilihanraya mereka, walaupun kadima memperoleh kerusi yang lebih dari Parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu, mereka gagal mengekalkan sesi pemerintahan. Simon Peres selaku Sultan Haram di Israel memilih Benjamin. Tzipi Livni dan Parti Kadima tewas di bumi sendiri.

Berbalik dengan penggantungan Harakah & Suara Keadilan tadi, kenapa Syed Hamid bertindak sedemekian? Bukankah ingin menunjukkan kepada Perwakilan AGM UMNO bahawa inilah kuasa yang dia ada! Aku mesti dipilih sebagai Naib Presiden! Lihatlah kuasa aku ini! Harakah & Keadilan aku gantung! (Sudah pasti perwakilan akan termakan dengan aksi riak ini).

Jika Tzipi Livni & Parti Kadimanya tewas walaupun telah mempamerkan tindakan zalim, ganas, buas & kejam. Persoalannya, bagaimana pula nasib Syed Hamid?

Thursday, March 19, 2009

MAHATHIRism & DAIMension @ umNO AGM

Delegates from Kelantan to the UMNO General Assembly next week may table a resolution for the party to appoint Tun Dr Mahathir Mohamad as UMNO Adviser and Tun Daim Zainuddin as the National Economic Advisor to help us weather the global economic meltdown.

The article on Daim they won't publish. Resolution at umNO assembly to bring Che Det and Daim

Datuk Shahrin Zahrin is pushing for UMNO delegates to adopt several resolutions at the forthcoming UMNO general assembly to appoint former PM Tun Dr Mahathir Mohammad as party advisor and Tun Daim Zainuddin as special economic advisor to the Government.

There have been wide spread on and off talks of the formation of a council of elders within the party, but todate nothing concrete have come out from the rumours, while bringing back Daim is seen as a move to tap into the brains of the man who was minister of finanace some three decades ago.

Daim had twice helped stir the country from economic gloom. His first stint as minister of finanace was in 1984, a year before the country would face the wrath of a global recession .

Daim help stop the practice of borrowing to beef up funds for spending, while cutting expenditure to suit income by slashing allocation for the public sector.

As a result between 1987 and 1989, Malaysia paid off about RM6.8 billion of her foreign debts which was earlier than scheduled, a record repayment for developing nations .

The tycoon who was "recalled" during the 1997 finanacial crisis, has in recent weeks broken his silence, pushing for "more to be done" to manage the ailing economy.
Malaysia's exports in January, valued at RM38.3 billion, had fallen 27.8 per cent from January 2008 , as analysts raise their bets that the country would succumb to recession before the year is over.

In an interview with the NST, Shahrin said that the duo should be recalled due to the challenges facing the party, and due to the massisve challenges facing the nation's economy.

He said that he has spoken to several UMNO youth heads, who either hold divisional head or vice division head positions on the matter, and they are in agreement that the duo should be brought in some form of advisory position.

"The consensus are internal party bickering should halt. Its time for us to put our house in order to face the challenges ahead," said Shahrin.

"Dr M, if you read his blog seems to have his ears on the pulse of the nation...on whats ailling the party. At this point we require leaders who command the respect of the ground, to guide,cajole or even scold the party to stir it in the right direction," said Shahrin.

He noted that more than a year ago, Tun Daim had predicted that as many as five states would fall to the opposition during the general election, yet his views were not tapped by the party strategist.

"Even as recent as this year, Dr M have suggested that the rulling coalition might lose its mandate in the next general election. We need the best brains to help get us out of the bank," said Shahrin.


[If you don't remember reading it in the paper, please don't panic. Because the editors decided NOT to publish it! I was told it didn't even reach the desk of the Group Editor...]

There's also talk raging in blogosphere that Tan Sri Sanusi Junid may be back as National Security Adviser after the assembly! But then there have been a lot of commenters saying that this blogger will definitely be made editorial supremo at the NSTP! How sweet...

Taken from http://rockybru.com.my

Friday, March 13, 2009

Kes Speaker Perak (Persidangan Dun Bawah Pokok)

TERKINI!

Sebelum Mahkamah berehat tengahari tadi di Istana Keadlian Putrajaya, Mahkamah Rayuan telah memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar boleh melantik peguamnya sendiri untuk mewakilinya dalam dua kes saman yang dihadapinya dalam krisis kepimpinan negeri Perak.

Minggu lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya memfailkan saman pemula terhadap Sivakumar untuk menghalang beliau mengadakan sebarang persidangan DUN.

Sebelum ini, peguam UMNO cukup sombong dan bongkak mengatakan, Sidang Dun di bawah pokok adalah tindakan yang sia-sia dan membuang masa. Masihkah kita ingat bahawa sebelum ini mereka berhujah bahawa Speaker adalah jawatan kakitangan kerajaan?

Mereka tahu bahawa hujah & fakta tidak menyebelahi mereka, justeru mereka cuba untuk bermain masa (melengah-lengahkan Dun untuk bersidang).

Hari ini Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya. Saya percaya mereka akan merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan memohon mahkamah untuk menangguhkan ("stay execution") perintah tersebut.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, sejauh mana puak ini berterusan dengan permainan mereka di dalam mentafsir undang-undang versi shilaka!

Thursday, March 12, 2009

Pengasingan Kuasa

1. Negara kita Malaysia Darul Hadhari (buat setakat ini) dikatakan mengamalkan konsep Pengasingan Kuasa (Separation of Power = SOP). Jika dirujuk di dalam kitab-kitab lama, semua tok-tok guru mengakuinya. Ya memang ada (on paper).

2. Konsep Pengasingan Kuasa (SOP) ini mengkehendakan negara ini mempunyai 3 badan yang mana ketiga-tiga badan tersebut mestilah (wajibul qat'ie) menjalankan peranannya tanpa mengatasi badan-badan lain. Badan-badan tersebut juga mestilah menjalankan tugasnya tanpa campurtangan daripada badan-badan lain. Jika ada campurtangan atau badan lain mengatasi yang lain, maka tunjang ruh kepada amalan SOP ini tidak akan wujud dan bolehlah ia dipanggil Percampuran Kuasa (dan bukannya Pengasingan Kuasa).

3. Ketiga-tiga badan tersebut adalah KEHAKIMAN (Judiciary = Mahkamah), LEGISLATIF (Parlimen) dan EKSEKUTIF (Kerajaan).

4. Secara hakikinya, di negara Hadhari ini, amalan SOP telah berkubur lama. Konsep ini sekadar layak menjadi bahan bacaan melalui tulisan-tulisan yang terdapat di buku-buku sahaja.

5. Jika kita merujok kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang tertinggi di Malaysia, melalui Perkara 122B menyatakan bahawa perlantikan hakim-hakim hendaklah dilantik oleh YDPAgong setelah DINASIHATKAN oleh PM. Kena ingat tadi bahawa PM adalah dari cabang Eksekutif manakala hakim pula di cabang (badan) lain. Di sini kita melihat, sekiranya konsep SOP ini benar-benar diamalkan, tidak sepatutnya peranan PM dari badan lain dimasukkan.

6. Reformasi yang dibuat oleh Bakal Bekas PM ke-6, Dolah Badawi Bapa Mertua Khairy berkenaan dengan sistem perundangan adalah sia-sia. Saya katakan sia-sia kerana perubahan yang diluluskan itu tidak menghormati konsep SOP itu tadi. Jika benar Bakal Tun (biasanya bekas PM akan dapat gelaran ini) tersebut mahukan PERUBAHAN di dalam sistem kehakiman negara, Perkara 122B mestilah diambil kira dan dipinda! Kita boleh bertanya kepada pakar akademik seperti Dr Aziz Bari dan bekas hakim-hakim yang senior, mereka pasti bersetuju dan menganggukkan kepala tanda bersetuju berkenaan pindaan 122B itu tadi. Namun malangnya perkara ini tidak berlaku.

7. Baru-baru ini, di negeri Perak, Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Hakim Ridwan Ibrahim telah membuat keputusan yang juga bertentangan dengan semangat SOP. Kali ini, Badan Kehakiman pula yang mengatasi Badan Legislatif (Parlimen/Dun).

8. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan seperti Tan Sri Chang Min Tat, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan ramai lagi hakim-hakim yang hebat di masa lampau pasti malu dengan tindakan Pesuruhjaya Kehakiman tersebut.

9. Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan secara terang lagi bersuluh menyatakan bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan NEgeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah". Inilah kekebalan yang diberikan oleh undang-undang kepada badan legislatif.

10. Terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan pelanggaran Perkara 72(1) tersebut. Namun kesemua kes-kes ini, para hakimnya sependapat bahawa, Perkara 72 (1) ini adalah hak istimewa yang ada pada badan legislatif. Kes tersebut adalah kes Fan Yew Teng v Government of Malaysia, Lim Cho Hock v Speaker, Perak State Legislative Assembly, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun v Legislative Assembly of State of Sabah, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun v Tun Datuk Hj Mohamed Adnan Robert dan Haji Salleh bin Jafaruddin v Datuk Celestine Ujang. Jika berkehendakkan penghakiman penuh kes ini, anda boleh rujuk di CLJ, MLJ, lexis-nexis dan sebagainya. Ini adalah kes yang bertulis dan menjadi sejarah pada setiap patah keputusan dan perintah mahkamah tersebut.

11. Namun begitu, mengapa Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Hakim Ridwan membuat keputusan sedemikian. Wallahualam. InsyaAllah beliau mempunyai hujah tersendiri di padang mahsyar kelak. Sebagai nota, Pesuruhjaya Kehakiman ini adalah satu jawatan (percubaan) sebelum seseorang itu dilantik menjadi Hakim (Mahkamah Tinggi). Cuma yang menariknya semua keistimewaan yang ada pada hakim beliau akan dapat (i.e Kereta cermin hitam gelap etc). Jangan pula ada yang berasakan jawatan Pesuruhjaya Kehakiman itu lebih tinggi dari status Hakim. Ianya bawah sedikit di bawah Hakim.

12. Apabila berlaku ketidakadaan atau ketidakwujudan amalan konsep SOP ini, maka setiap perkara akan menjadi haru biru seharu dan sedungu golongan shilaka.

13. Kerana apa? Kerana melalui keputusan kes di perak ini kita boleh memohon perintah mahkamah untuk:-

(i) Menghalang PM daripada menjalankan tugas;

(ii) PM atau mana-mana menteri atau ahli Parlimen/Dun boleh memohon injunksi untuk tidak mengiktiraf keputusan mahkamah;

(iii) Mana-mana orang boleh memohon untuk menutup pintu pagar Parlimen/Dun;

(iv) Hatta tugas pihak polis pun kita boleh memohon perintah untuk menghalang polis daripada menangkap penjenayah; dan

(v) banyak lagi permohonan yang pelik dan janggal.

Soalnya, bolehkah begitu? Semuanya gara-gara akibat daripada SOP tidak diamalkan dalam erti kata yang sebenar.

14. Dalam samar-samar SOP ini. Malaysia bakal mengadakan Kenduri Pilihanraya sekali lagi. Iaitu di 2 Bukit 1 Batang.

15. Satu saja caranya untuk kita menyatakan SIGNAL kepada pihak kerajaan yang ANGKUH, SOMBONG dan BUTA ini, kita asingkan mereka dari kuasa seperti mereka menafikan pengasingan kuasa. Jatuhkan BN di Prk Kecil itu nanti. Takbir!

Sunday, March 8, 2009

Hari ini dalam sejarah!

8 Mac 2009.

Itulah satu detik masa dan waktu yang berlalu dan seterusnya menjadi satu sejarah di Malaysia. Detik 8 Mac 2008 dan 2009 tidak akan berlaku lagi. Masa akan terus pergi meninggalkan kita.

Ketika mana pada tahun 2008, tarikh tersebut merupakan IGAUAN yang paling digeruni oleh BN. Tarikh tersebut juga kebetulan jatuh pada lahirnya seorang Tok Samy Vellu, yang mana turut memberi satu tamparan kepada beliau kerana HADIAH yang diberikan oleh rakyat melalui laungan Makkal Sathi kepadanya cukup pedih, memalukan dan tidak akan dilupa sepanjang hayatnya. Tok Samy tersungkur di bumi sendiri. Kata-kata hikmat beliau, "I'm the President (MIC)! Saya Kapla. Tada sapa boleh lawan!". Takutnya Tok Samy pada 8 Mac dek kerana beliau dihentam oleh KUASA RAKYAT. Bukan sahaja melawan, rakyat Sungai Siput menganyang dan membelasah beliau secukup-cukupnya.

Hari ini 8 Mac berulang kembali. Hari ini juga bermaksud sudah satu (1) tahun Pakatan Rakyat Memimpin 6 negeri. Perak tidak terkecuali. Saya berpendapat sebagai pengamal ilmu perundangan, so called MB Haram yang ada sekarang ini adalah satu patung yang sekadar menjadi hiburan sementara. Saya katakan 6 negeri kerana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai 11 Parlimen, 10 adalah milik MP Pakatan Rakyat. BN hanya mampu berpaut kepada satu batu nisan di Setiawangsa. Dari Parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak semuanya diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun di dalam tempoh tersebut, 5 negeri kerajaan Pakatan Rakyat diuji, diacu dan dicuba try oleh Bukan Kerajaan, Perak merupakan negeri yang paling kuat menerima ujian. Negeri yang paling ringan diuji adalah Kelantan. Walaupun nampak ringan tetapi BN tidak akan berhenti daripada menggoyahkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Serangan terawal ke atas Pakatan Rakyat mula ditempiaskan kepada Negeri Selangor dengan isu Ladang Ternakan Khinzir di Sepang. Bukan main lagi melompat dan melatah kutu-kutu BN berdemostrasi di Sepang memperjuangkan Hak Alam Sekitar penduduk di sekitar. Hatta tok Penghulu dan Ketua Kampung yang dulunya menertai lawatan sambil belajar ke Jerman untuk melihat sendiri teknologi terkini menternak khinzir pun menyatakan bangkangannya ke atas projek tersebut.

Yang melucukan lagi, ketika zaman BN meluluskan projek tersebut, merekalah di antara golongan yang paling hadapan MENGIPAS punggung YB-YB agar mereka dan keturunan mereka turut diberi saki baki projek sama. Satu khinzir 50sen komisen. Bayangkan jika 100,000 khinzir diternak, berapa agaknya "income" yang diperoleh daripada peluh dan keringat yang meleleh. Apabila satu demi satu kertas dibuka, akhirnya BN tunduk malu di hadapan ladang khinzir tersebut. Bocor sudah pekung di dada.

Angka 8 dan 3 memang cukup memberikan SATU PENANGAN pahit kepada BN. Jangan diucap 8 Mac atau angka 8 dan 3. Ianya cukup menusuk kalbu.

Angka 8 (Tuah) dan 3 (Hidup) yang dicanang akan memberi FENG SHUI yang NGAM, akhirnya memakan diri. Percaya pada angka melebihi daripada Sang Pencipta.

Kali ini mereka bermain dengan FENG SHUI lagi. Tapi kali ini, angkanya berbeda. Angka 7 dan 4 pula menjadi pilihan. Angka 4 jika ditafsir di dalam bahasa Foo Chow bermakna MATI (Nasib tidak baik).

7 April 2009, bakal menyaksikan BN diMATIkan sekali lagi. Agaknya, nak kena berapa kali mati atau kalah agaknya baru BN benar-benar lenyap dari peta sejarah Malaysia. Talian hayat yang ada mungkin hanya terdapat di N28 Batang Ai, Sarawak. Kita tunggu dan lihat nasib mereka selepas ini. Ingat pepatah ada mengatakan, "Air yang tenang (di Batang Ai), jangan disangka tiada buaya (Bujang Senang)".

Sekian, Salam NGAP SAYOT.

Friday, March 6, 2009

Hari ini DEMO PPSMI

"Guna undi untuk tolak pemimpin yang hina bahasa sendiri" - A. Samad Said


"Ini pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua. Banyak pemimpin jenis begini saya lihat sekarang."

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said mengungkap kata-kata kritis :"Gunakan undi jika dasar PPSMI ini masih diteruskan," bila ditanya apa yang harus dilakukan jika kerajaan tetap mahu meneruskan dasar tersebut.



Beliau kesal bila ada pihak mengatakan beliau diperalatkan kerana berceramah di Markas PAS, Taman Melewar. Bagi Pak Samad yang lebih senang dipanggil Bapak itu, dalam usianya itu beliau tidak mudah untuk diperalatakan sebaliknya apa yang dilakukan hanyalah semata-mata kerana mahu mendapatkan pentas dalam perjuangannya melestarikan bahasa.

Pak Samad menegaskan, pemimpin Umno yang ada sekarang adalah mereka yang sedang melakukan pengucupan bahasa yang kemudiannya akan menjadi penazak bahasa akhirnya pengubur bahasa.Untuk mendapatkan pandangan beliau, wartawan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dan IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama jurugambar NASIR SUDIN menembual Sasterawan Negara itu di KL Sentral pada 3 Februari lalu. Ikuti temubual tersebut.


HARAKAH: Mutakhir ini bapak dilihat ke depan dalam memperjuangkan isu bahasa Melayu terutama PPSMI. Apakah ini merupakan penglibatan bapak dari awal atau kerana kedudukan bahas Melayu semakin terancam?

DATO' A. SAMAD SAID: Saya dari dulu sampai sekarang menumpukan perhatian kepada bahasa dan sastera. Jadi apa sahaja yang ada alir bahasa dan sastera saya akan libatkan diri.
Apakah perjuangan melestarikan bahasa ini sudah lama bersama bapak atau ia cuma hadir sejak akhir-akhir ini sahaja?

Untuk orang lain saya tak tahu tapi kalau saya memang ia bersambung saja. Dari dulu saya menulis, saya menghadir diri dalam aktiviti-aktiviti sastera dan budaya, itu yang saya suka hingga sekarang, sama saja. Cuma barangkali yang bertambahnya saya tidak menumpu hanya kepada bahasa dan sastera saja, saya juga memerhatikan apa yang sedang berlaku kerana itu terakhir baru anda lihat saya secara berdikit memasuki dalam aktiviti yang sedikit diluar bahasa dan sastera. Induknya masih sama.

Macam sekarang saya terlibat dalam perjuangan memansuhkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik atau dipanggil Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahas Inggeris (PPSMI). Itu saya lihat tidak cukup sekadar hanya menulis tetapi perlu berada di tengah masyarakat. Kebetulan saya juga ahli jawatankuasa dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Bagi seorang pejuang bahasa atau penulis, apakah cukup sekadar dengan menulis untuk memperjuangkan bahasa atau ia memerlukan lebih dari itu?

Memang tak cukup menulis saja. Saya fikir saya akan mula menghadiri atau menerima jemputan yang munasabah yang ada hubungan dengan perjuangan untuk melestarikan bahasa dan kesusasteraan saya dengan kepercayaan bahasa dan kesusasteraan saya itu pengucapan jujur bangsa. Kalau pengucapan jujur bangsa saya itu mahu diperkecil maka ia menjadi musuh saya. Jadi saya kira pertama kali, yang saya hadir waktu hari itu lah di Sogo kemudian saya hadir juga di Markas PAS di Taman Melawar.


Kehadiran bapak di Markas PAS, Taman Melewar itu merupakan yang pertama kali?

Itu yang pertama kali saya hadir dan saya memang memerlukan pentas. Saya sudah tidak lagi fikir itu pentas orang politik atau pentas orang bisnes asalkan pentas tempat saya menyatakan kecintaan saya kepada bahasa saya. Pentas tempat saya menyatakan kesungguhan saya untuk melestarikan bahasa saya. Kalau PAS jemput saya, jika ada masa saya akan pergi kalau kelompok KeADILan jemput pun saya akan pergi. Kalau Umno pun saya akan pergi. Saya perlukan pentas. Ini tentunya agak berbeda sebab orang menyangka bahawasanya saya ini sudah mula diperalat oleh orang politik.

Ada yang secara terang-terangan mengatakan bahawasanya saya ini diperalatkan oleh parti politik dalam isu PPSMI. Tapi rasional saya ialah bahawasanya bahasa suka atau tidak suka berada dalam wilayah yang politikal juga. Kalau Umno mengambil sikap berhati-hati atau berlambat-lambat untuk menyokong bahasa Melayu sebagai bahasa pengatar Sains dan Matematik tentu juga tindakan itu ada hubungan dengan sikap politiknya. Tak ada salah bagi orang yang sudah 50 tahun yang memperjuangkan yang sesuatu yang dekat dengan hati saya. Apakah jika kita memperjuangkan bahasa Melayu kita dianggap pengkhianat? Kita seharusnya dianggap sebagai pembela bukan pengkhianat.

Apakah bila kita memperjuangkan bahasa itu, kita dengan mudah saja dianggap sebagai orang yang memundurkan bahasa, menolak kemajuan. Saya fikir, satu-satunya perjuangan bangsa adalah perjuangan bahasanya. Kalau dia tidak dapat mencintai dan meyakini bahasanya maksudnya dia tidak mempunyai hati nurani. Semua bangsa mencintai bahasanya. Kalau boleh mereka ingin memperjuangkan bahasanya sebagai pernyataan kehidupan. Itu yang saya lakukan. Saya kira itu satu kerja yang murni dan sepatutnya disanjungi dan didokongi. Saya tak begitu hirau kalau ada yang anggap saya diperangkap atau diperalat. Itu semua itu tidak penting. Apa yang penting perjuangan saya untuk melestarikan bahasa saya.

Pemimpin Umno tidak melihat bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa ilmu, tidak yakin dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Apakah mereka ini layak digelar sebagai pengkhianat?

Saya tak mahu sampai menggunakan perkataan 'pengkhianat' tetapi saya lebih suka gunakan perkataan 'pengucup bahasa'. Mereka yang menentang secara sedar atau tidak sedar akan keupayaan bahasa ibundanya sendiri bagi saya mereka adalah pengucup bahasa. Bahaya mereka ini kerana selepas penguncup ia akan jadi 'penazak' bahasa. Selepas penazak mereka akan jadi 'pengubur' bahasa. Itu lebih bahaya. Saya lihat beberapa pemimpin Umno tertentu boleh saya panggil pengucup bahasa yang sudah sampai ke tahap penazak bahasa dan tidak mustahil mereka akan jadi pengubur bahasa. Ini lah orang yang saya tidak senangi.

Pada pandangan bapak, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gapena mencukupi atau tidak dalam perjuangan melestarikan bahasa ini atau mereka ini tidak langsung bersama dengan pejuang-pejuang bahasa memartabatkan bahasa?

Kalau Dewan Bahasa dan Pustaka, saya fikir ada yang mereka perjuangkan cuma tidak ada kesungguhan. Tidak ada perancangan yang benar-benar yang sedar. Apa yang berlaku itu cuma ikut musim. Kalau gelora orang Melayu itu marah, mereka betulkan sedikit. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bertindak sebagai satu institusi yang terus menerus menyatakan keyakinannya terhadap bahasa. dan itu tugasnya. Terus menerus menyuburkan buku-buku dan kesusasteraan Melayu.

Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan.

Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan.

Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.

Pejuang bahasa saya kira adalah yang paling sopan tetapi kerana kami sudah diketepikan maka kami memilih cara ini. Tapi orang politik ini depan cakap lain, belakang cakap lain. Saya tidak mahu anak cucu cicit mengatakan bahawa seorang sasterawan itu tidak mempertahankan atau melestarikan bahasanya.

Apa pandangan bapak tentang pendapat yang mengatakan perjuangan memartabatkan bahasa ini contohnya PPSMI ini bermusim?

Semua perjuangan agak bermusim bukan hanya perjuangan bahasa sahaja. Itu tidak bererti tidak terus menerus. Saya menulis hampir sepanjang masa, itu bererti saya berjuang terus menerus. Sama seperti kawan-kawan saya yang lain seperti Shahnon Ahmad dan penulis-penulis lain, mereka berterusan berjuang melestarikan bahasa dengan cara terus menulis. Mereka menghasilkan sesuatu yang boleh menjadi khazanah negara dan bangsa. Barangkali ada pihak yang menganggap kesusasteraan itu tidak sepenting ekonomi tetaoi sekurang-kurang kami meninggalkan sesuatu untuk anak bangsa kami, jati diri yang boleh dibanggakan oleh anak cucu kami.

Adakah bapak merasa bahasa Melayu ini dipermain-mainkan oleh pemimpin-pemimpin Umno?

Saya tidak mahu mengatakan bahasa itu dipermainkan. Saya fikir pucuk elita kuasa ini menyedari juga keperluan untuk menangani soal bahasa secara munasabah. Tetapi saya tidak faham sampai sekarang, kenapa bahasa Melayu yang dimaktubkan dalam perlembagaan tidak diyakini oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Itu yang saya tidak faham. Boleh dikatakan dari awal kemerdekaan malah sebelum kemerdekaan sampai sekarang ini, tampuk kuasa biarpun semakin terhakis tetap berada di tangan orang Melayu.

Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.

Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi penazak bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.

Ketika Dr Mahathir menjadi Menteri Pelajaran, beliau pernah berkata sesiapa yang menolak cadangan untuk menjadi sekolah satu aliran sebagai seorang yang tidak patriotik, tidak yakin dengan bahasa sendiri. Tetapi bila beliau menjadi Perdana Menteri, beliau pula yang berusaha keras untuk menggunakan bahasa Ineggeris dalam pengajian Sains dan Matematik. Apa pandangan bapak dalam soal ini?

Itu sebab yang saya cakap, orang yang berkata itu bergantung kepada situasi. Waktu dia bercakap begitu situasinya akan mendukung dia. Tetapi bila dia sudah berkuasa, dia merasakan dia lebih tahu. Orang seperti ini sudah beredar hati nurani bangsanya. Pemimpin ini saya namakan pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua. Tidak begitu mendengar dan tidak begitu jujur untuk menyatakan kebenaran. Ini pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua. Banyak pemimpin jenis begini saya lihat sekarang.

Pemimpin Umno seolah-olah berusaha untuk mempertahankan PPSMI, apa puncanya perkara ini terjadi?

Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.

Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin Umno ini merupakan satu penghinaan?

Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersdia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.

Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.

Bapak mencadangkan jika sekiranya bantahan dijalanraya pada 7 Mac ini tidak menjadi kenyataan, protes harus dibuat melalui undi. Apa yang sebenarnya bapak maksudkan?

Maksud saya ialah setiap orang melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.

Adakah bapak yakin orang Melayu khususnya akan menggunakan undi untuk menolak pemimpin yang cuba menguburkan bahasa ibundanya?

Itu antara yang saya tak begitu tahu tapi saya harap orang Melayu menggunakan undinya untuk memperjuangkan bahasa ibundanya selain menggunakan undi itu untuk kepentingan-kepentingan lain. Tetapi harus guna undi untuk menolak mereka yang mengucupkan bahasa. Menjadi kerungsingan saya juga jika orang Melayu tidak menggunakan undi ini untuk menolak mereka yang menguncupkan bahasa.

Saya gembira bila melihat orang muda begitu bersungguh-sungguh mahu melestarikan bahasa. Saya menyokong GMP ini kerana anak muda PAS yang menghubungi saya. Mereka kata "Bapak bantulah kami" saya bilang, saya sudah bersama kamu. Yang perlu lagi ialah seluruh anak muda menyatakan pendirian mereka. Kalau bahasa ibunda mereka diperkotak katikkan maka apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini.

Bapak juga menyarankan agar anak muda lebih aktif dalam isu bahasa ini. Boleh bapak jelaskan sedikit tentang ini?

Anak muda perlu lebih ke depan. Kalau dijalanan, saya didepan kalau terjadi apa-apa, saya yang awal akan tumbang. Itu kalau berlaku kekerasan.

Satu hal lagi, anak muda perlu ke depan kerana perjuangan ini melibatkan masa depan mereka. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan ia juga merupakan jati diri sesuatu bangsa, hati nurani sesuatu bangsa. Kalau ia tidak dipertahankan apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini.

Kalau anak muda melihat ini sebagai satu perkara yang remeh ianya silap kerana kalau dalam soal bahasa yang melibatkan maruah bangsa sanggup elita kuasa ini perkotak-katikkan, apa lagi dalam soal lain. Jadi saya harap lebih ramai, anak-anak muda yang tampil ke depan berjuang bersama saya dan rakan-rakan untuk melestarikan bahasa ibunda kita demi untuk kita semua juga bukan hanya untuk saya seorang.

Bila bapak ke Markas PAS di Taman Melewar, sudah ada yang mengatakan bapak kini diperalatkan oleh pembangkang. Apa yang bapak ingin tegaskan dalam soal ini?

Mereka tidak ternampak apa yang saya lakukan. Pemimpin oposisi juga ada mengatakan saya terlalu Umno, buku saya diterbitkan dengan bantuan kerajaan negeri Melaka. Saya bukan orang politik, saya cuma berjuang melestarikan bahasa. Saya katakan tadi saya perlukan pentas. Saya bukan diperalatkan.

Dalam usia saya sebegini, saya tidak mungkin diperalatkan tetapi demi bahasa saya maka saya akan pergi ke pihak yang mahu berjuang melestarikan bahasa saya. Kalau pemimpin Umno tidak mahu saya naik ke pentas PAS atau KeADILan maka mereka jangan semudahnya menguncup, menazak dan kemudian menguburkan bahasa ibunda saya.

Thursday, March 5, 2009

Net Lingo & commonly used Internet acronyms.

(Yang diBOLD tu biasanya kita pernah guna. Yang lain tu aku baru tau) :-) Huhuh (Korang?)

411 - Information

AFK - Away from keyboard
AISI - As I see it
AMBW - All my best wishes
ATST - At the same time
B4 - Before
B4N - Bye for now
BBIAF - Be back in a few
BBL - Be back later
BBN - Bye-bye now
BS - Big Smile
BTW - By the way
CID - Consider it done
CSL - Can't stop laughing
CWYL - Chat with you later
DGT - Don't go there
DHYB - Don't hold your breath
DKDC - Don't know, don't care
EG - Evil Grin
EOM - End of message
FOAF - Friend of a friend
FTTB - For the time being
FWIW - For what it's worth
FYI - For your information
GAL - Get a life
GL - Good Luck
GR8 - Great
GTG - Got to go
GTSY - Glad to see ya
HAGO - Have a good one
HAK - Hugs and Kisses
HB - Hurry Back
HHOK - Ha, ha only kidding
HTH - Hope this helps
IAE - In any event
IDKY - I don't know you
ILY - I love you
IMO - In my opinion
IRL - In real life
IYSS - If you say so
J/W - Just wondering
KIT - Keep in touch
KWIM - Know what I mean
LD - Long distance
LMK - Let me know
LOL - Laughing out loud
LTIC - Laughing 'til I cry
LTNS - Long time no see
LYL - Love ya lots
M8 - Mate
MRS - Meet real soon
MWBRL - More will be revealed later
MYOB - Mind your own business
NBD - No big deal
NOYB - None of your business
NP - No problem
OIC - Oh I see
ONNA - Oh no, not again
OOC - Out of Character
OT - Off topic
OTOH - On the other hand
POV - Point of view
RBTL - Read between the lines
RN - Right now
SF - Super friendly
SNAG - Sensitive new age guy
STYS - Speak to you soon
SWDYT - So what do you think
TAH - Take a hike
TIAIL - Think I am in love
TIC - Tongue in cheek
TM - Trust me
TMI - Too much information
TTYL - Talk to you later
TYVM - Thank you very much
VM - Voice mail
WE - Whatever
WG - Wicked grin
WYRN - What's your real name
WYSIWYG - What you see is what you get
YAFI - You asked for it
YDKM - You don't know me
YNK - You never know

Enjoy :-)

Wednesday, March 4, 2009

Tuesday, March 3, 2009

Chikungunya

Semalam melawat suami kepada pengasuh anakanda Umar Nashrullah di Hospital Serdang. Gerun juga melihat keadaan fizikal pesakit Chikugunya ni. Satu badan sembam, bengkak dan tidak bermaya. Semua bahagian sendi sakit akibat diserang oleh virus dengki dan chikugunya. Sekali imbas, rupa wajah pesakit jauh berbeda dengan keadaan asalnya.

Tatkala sedang berborak, seorang Doktor muda datang untuk membuat pemeriksaan dan mengambil darah.

"Penyakit ni tiada penawar (vaksin) buat masa ni. Kita tak boleh bagi antibiotik sebab ianya disebabkan virus. Pakcik kena dua virus sekali ni. Ini yang sekarang orang panggil chikugunya. Air pun tak boleh banyak sangat masuk ke badan sebab takut nanti memenuhi paru-paru. Akibatnya paru-paru basah. Kena pulak pakcik ada darah tinggi."

Kepada sahabat-sahabat, pastikan rumah kita BERSIH dan sentiasa dibersihkan. Ambil la masa sikit seperti 30 minit di hujung minggu untuk bergotong royong bersama keluarga sambil mengeluarkan peluh.

Kata orang, selagi tak kena kita ni takkan buat apa-apa punya. Dah kena esok (Nauzubillah) baru menyesal nak buat apa-apa.

_______________

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

•Demam panas mengejut
•Sakit teruk pada sendi
•Ruam pada badan
•Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.

Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

•Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

•Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

•Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Tindakan dan langkah-langkah kawalan yang boleh diambil:-

• Pengesanan kes secara aktif
• Melakukan kajian Aedes
• Semburan kabus dan ULV
• Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
• Aktiviti promosi kesihatan

Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Monday, March 2, 2009

A legal opinion: Power of Speaker to convene Legislative Assembly

I have been asked to advise whether the Speaker of the Legislative Assembly of Perak was entitled in law to convene the Legislative Assembly on 3rd March 2009.

[1] Ultimately, the issue turns on whether the last meeting of the Assembly in November 2008 was prorogued (“di-berhentikan”) or adjourned (“di-tangguhkan”). If it was prorogued, only the Sultan of Perak (“HRH”) can summon the Assembly: if it was adjourned, then the Speaker can convene.

According to my instructions, what was adjourned sine die in November 2008, was the Third Sitting of the First Session of the 12th Legislative Assembly of Perak. This opinion is written on that factual basis.


A. THE STATE CONSTITUTION OF PERAK

[2] The starting point in the analysis is the Laws of the Constitution of Perak, and in particular Articles 36 and 44. Article 36 deals with the summoning, prorogation and dissolution of the Legislative Assembly. Article 36 (1) and (2) read as follows:-

“(i) His Royal Highness shall from time to time summon the Legislative Assembly and shall not allow six months to lapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first sitting in the next session.

(ii) His Royal Highness may prorogue or dissolve the Legislative Assembly”.

It should be noted that Article 36 does not deal with adjournment of the Assembly. Article 44 (1) states that the Legislative Assembly shall regulate its own procedure and may make Standing Rules and Orders for “the regulation and orderly conduct of its own proceedings and the conduct of business”. Article 44 (1) recognises the well settled constitutional principle that the Assembly is the master of its procedure, and its sovereignty over its internal affairs cannot be questioned by any external body.


B. THE STANDING ORDERS

[3] Pursuant to Article 44 (1) of the State Constitution, the First Meeting of the Second Session of the Seventh State Legislative Assembly of Perak passed Standing Orders on 23rd March 1988. Standing Order (“SO”) 88 is the definition order. The expressions “meeting”, “session” and “sitting” are defined in SO 88 as follows:-

“ ‘meeting’ means any sitting or sittings of the Assembly when the Assembly first meets after being summoned at any time and terminating when the Assembly is adjourned for more than fourteen days or sine die at the conclusion of a sessions”;

“ ‘session means the sittings of the Assembly commencing when the Assembly first meets after being constituted, or after its prorogation or dissolution at any time, and terminating when the Assembly is prorogued or dissolved without having been prorogued”;

“ ‘sitting’ means a period during which the Assembly is sitting continuously (apart from any suspension) without adjournment, and includes any period during which the Assembly is in Committee”.

A review of the definitions given to the 3 terms would indicate that a meeting is the shortest period, followed by a sitting, while a session is of the longest duration.


[4] It is significant that the definitions of these expressions in SO 88 reflect their ordinary meaning as the Oxford English Reference Dictionary (2nd Ed. 1996) indicates:-

“adjourn: put off, postpone, break off with the intention of resuming later.

prorogue: discontinue the meetings (of Parliament) without dissolving it.

sitting: a time during which an assembly is engaged in business.

meeting: persons assembled.

session: a period during which meetings of assembly are regularly held.”

[5] Adjournment is the subject matter of 3 Standing Orders. Pursuant to SO 15 and 16, upon a motion for adjournment after the completion of all business in a sitting, Mr Speaker is entitled to adjourn the Assembly. The first pre-condition for such adjournment is the completion of all business. What is thus being adjourned is a sitting, and not a session ? a session can consist of numerous sittings. When an adjournment motion made under SO 15 and 16 is carried, Mr Speaker declares “That this Assembly do now adjourn”. The adjournment referred to in SO 17 is entirely different because it entitles Mr Speaker (with the support of the majority of members) to change the order of business of a meeting of the Assembly by permitting a “definite matter of urgent public importance” to be debated on an urgent basis. Thus SO 17 is not relevant for present purposes.

[6] It appears as if no express SO gives Mr Speaker the power to recall the sitting of an Assembly that was adjourned by him, as occurred in November 2008. Because what was adjourned in November 2008 was only a sitting, and not a session, what is clear is that HRH’s power to summon does not at present arise because Article 36 (1) of the State Constitution refers to “one session” and the “next session”. If it is not a question of the discretion of HRH to summon a session, then by implication only, Mr Speaker has such power with regard to sittings and meetings of the Assembly. In the event of doubt regarding his power, Mr Speaker can rely on the residuary powers conferred on him under SO 90. Further, a decision or ruling by Mr Speaker on his power is final and not open to appeal pursuant to SO 43 and 89 : only a substantive motion passed in the House can review it.


C. THE BRITISH PRACTICE

[7] SO 90 provides that when the Standing Orders are silent on any matter, Mr. Speaker may give directions, “and in giving such direction Mr. Speaker shall have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice so far as such usages can be applied to the proceedings of the Assembly”. Accordingly, reliance can be made on the practice and procedure of the British Parliament, which is the mother of all Parliaments. Erskine May ’s Treatise on the Law, Privileges, Proceedings and Usage of Parliament is the leading text on the subject in the Commonwealth. I have reviewed the relevant commentary in Chapter 13 in its 23rd Edition (2004).

[8] According to the learned authors of Erskine May (all of whom are clerks of the House of Commons):-

“ ‘A Parliament’, in the sense of a parliamentary period, is a period not exceeding 5 years which may be regarded as a cycle beginning and ending with a proclamation.

A session is the period of time between the meeting of a Parliament, whether after a prorogation or a dissolution, and its prorogation. During the course of a session either House (Commons or Lords) may adjourn itself on its own motion to such date as it pleases. Sessions are of indeterminate length but …….usually run from October or November of one year to October or November of the next.

The period between the prorogation of Parliament and its reassembly in a new session is termed a ‘recess’, while the period between the adjournment of either House and the resumption of its sitting is properly called an ‘adjournment’ (although in practice the word ‘recess’ is generally used in this sense also). A prorogation terminates a session; an adjournment is an interruption in the course of a single session.” (my emphasis)

(See Page 272)

[9] In a discussion under the caption “Prorogation and Adjournment”, Erskine May states:-

“The prorogation of Parliament is a prerogative act of the Crown. Just as Parliament can commence its deliberations only at the time appointed by the Queen, so it cannot continue them any longer than she pleases. But each House exercises its right to adjourn itself independently of the Crown and of the other House… (my emphasis)

(Page 274)

The difference between prorogation and adjournment becomes clearer from a practical perspective by considering their effect. The effect of a prorogation is to suspend all business, including committee proceedings, until Parliament is summoned again, and to end the sittings of Parliament. Further, all pending proceedings are quashed. An adjournment does not have the same effect on parliamentary proceedings as does a prorogation. Upon reassembling, each House proceeds to transact the business previously appointed, and all proceedings are resumed at the stage at which they were left before the adjournment. Erskine May also discusses the recall of Parliament during adjournment. “When Parliament is dispersed through the adjournment of both Houses its reassembly can be effected either by proclamation or under powers specifically conferred by each House on its Speaker”. (Page 277).

[10] A similar distinction between prorogation and adjournment is made in Halsbury Laws of England (4th Ed, 1997 Reissue) in Vol. 34 : see Paragraphs 720 to 727. In Paragraph 720 under the heading “Power of each House to adjourn”, Halsbury states: “Each House of Parliament has the power to adjourn its sittings for any period of time to be determined by an Order of the House. Power is given by standing orders of the two Houses to the Lord Chancellor and the Speaker respectively, if they are satisfied that the public interest requires it, to summon the Houses to meet on an earlier date than that to which they have been adjourned”. (my emphasis)

[11] The practical advantages of an adjournment over a prorogation are discussed by Eric Taylor in “The House of Commons at Work” (9th Ed. 1979) as follows:-

“Since the beginning of the last war it has been thought better not to prorogue on 31st July, after all, but merely to adjourn the House for the summer, the reason being partly that it is more difficult to summon the House together again quickly after a prorogation, and during an adjournment the Speaker has power to summon it in case of emergency. This expedient was felt to be necessary during the uneasy war and post-war years. It is also useful to have a week or so after the Recess to clear up odd business. In any case the result was that the House was, and still is solemnly prorogue one day, and solemnly opened again by the Queen a day or two later, there being now no intervening Christmas holiday. (my emphasis)

It may occur to the reader to ask why Parliament is prorogued at all, and why the House should not remain in Session from the time that it is elected until the time that it is dissolved, and a new Parliament is elected.

The natural answer will be that Parliament likes to “clear its books”, just as a business firm clears its book at the end of a financial year. All Bills which have not reached the statute books by the end of the Session are killed automatically by prorogation. All notices of motions disappear from the Order Paper. It is a drastic but quite salutary process.”

(Page 52)

[12] These practical aspects are also considered in a leading British constitutional law text. In “Constitutional and Administrative Law” by de Smith and Brazier (8th Ed, 1998), the following commentary appears:-

“Sessions: prorogation and adjournment. It is the invariable custom for the life of a Parliament to be divided up into a number of sessions. These are usually of about one year’s duration, though there is no fixed practice……..;

……Nowadays the Commons sit for about 180 days altogether during a calendar year. Each House determines, on the Government’s initiative, on which dates it will adjourn and reassemble…….;

…..A session of Parliament is terminated by prorogation, a prerogative act; a short formal speech is made on behalf of the Queen, summarizing the work done during the session, and the Parliament stands prorogued till a named dated, which (unless prorogation precedes a dissolution) will be only a few days later, when a new session will be opened by the reading of the Queen’s speech…….;

…..The reason why Parliament is adjourned, instead of standing prorogued, in midsummer is strictly practical. In the first place, if it becomes necessary to recall a prorogued Parliament to deal with a matter of unexpected urgency, a royal proclamation has to be issued. It is simpler and may be more expeditious to reassemble an adjourned Parliament; this can be done by the Speaker and the Lord Chancellor acting on the Prime Minister’s quest…...” (my emphasis)

(Page 230)

[13] It is thus plain and obvious that the Speaker in the elected House of the British Parliament, the House of Commons, has the discretion to recall the House during an adjournment, which is factually a different category from prorogation. Thus, the Speaker of the Perak Legislative Assembly is entitled under SO 90 to “have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice”, in this case, the settled practice in the House of Commons, as to his own power to convene a sitting of the Assembly during adjournment.


D. CONCLUSION

For these reasons, in my opinion, Mr Speaker is lawfully empowered to convene the Fourth Sitting of the First Session of the 12th Legislative Assembly of Perak on 3rd March 2009.


Written by Tommy Thomas ~ Malaysian Bar Council

Dated this 1st day of March, 2009.

Akhirnya Zambry akur KUASA Sepaker

Utusan M'sia melaporkan:-

SEBELUM INI

Barisan Nasional (BN) Perak menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung dan melarang Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan exconya adalah tidak sah dan tidak masuk akal. Malah mereka menyatakan bahawa Speaker telah menyalahgunakan kuasanya.

HARI INI

Barisan Nasional (BN) Perak hari ini memohon Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan deklarasi pengisytiharan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan exconya daripada menghadiri sidang DUN tergempar esok adalah menyalahi Undang-undang Tubuh negeri Perak.

____________

Persoalan di sini, tidak pada awalnya kata tak sah, kenapa nak mohon deklarasi pula? Pelik & menaajibkan. Memohon deklarasi sesuatu yang tak sah! Atau adakah tindakan Speaker itu sememangnya SAH sejak dari mula lagi dan baru hari ni BN perasan?

Selamat melayari web terpanas hari ini di menggelabah.com!