Monday, February 23, 2009

HITLER - Takut pada akhbar


"If freedom is short of weapons, we must compensate with willpower."
-- Adolf Hitler, Landsberg, 5 November 1925


Peranan akhbar dalam sesebuah negara memang besar, baik dari segi pembangunan pemikiran rakyat mahupun alat mempertahankan kekuasaan politik. Dari segi politik yang berkuasa, akhbar merupakan alat memperkuatkan kekuasaannya.

Sedangkan akhbar bagi politik pembangkang ianya merupakan alat untuk menentang pemerintahan yang dibangkanginya.
Sedangkan bagi seorang wartawan yang memegang prinsip kewartawan yang tulin, akhbar adalah sebuah media untuk menyatakan kebenaran.Hitler adalah seorang diktator yang membawa negara Jerman mencetuskan peperangan dunia kedua. Sikap Hitler terhadap akhbar sudah pasti merupakan sikap seorang diktator.

Dalam sebuah buku yang dihasilkan semasa dalam penjara berjodol "
Mein Kamph" atau “Perjuanganku", Hitler telah menulis adanya tiga sikap rakyat yang jadi pembaca akhbar.

1) Golongan pembaca yang pertama ialah mereka dari kalangan rakyat yang menerima dan meyakini apa yang mereka baca.


2) Golongan pembaca kedua pula ialah terdiri dari mereka yang tidak mahu mempercayai apa yang mereka baca dalam akhbar.


3) Golongan pembaca ketiga pula ialah kalangan mereka yang membaca dengan sikap kritis, yang menilai terhadap apa yang mereka baca.


Hitler berpendapat, golongan pertama merupakan golongan pembaca akhbar yang paling berpengaruh. Dan mereka merupakan pembaca yang paling besar jumlahnya. Mereka yang termasuk golongan yang pertama ini pula, adalah merupakan mereka yang mempunyai pengetahuan yang paling rendah. Mereka juga, mengikut Hitler, tidak mempunyai perasaan yang kritis. Dan kerana jiwa mereka tidak bergerak, lalu mereka mudah percaya pada apa saja yang dicetak oleh mesin cetak. Mengikut Hitler lagi yang termasuk dalam golongan pertama ini juga adalah dari kalangan orang-orang yang pemalas berfikir, walaupun mereka dapat berfikir kritis kalau rajin. Mereka ini terpaksa menerima apa yang dituliskan, kerana mereka malas untuk menilainya. Kepada mereka ini, jumlahnya terlalu besar, dan pengaruhnya juga adalah besar.

Mengikut Hitler lagi, mereka ini tidak dapat atau tidak mahu apa yang terjadi itu diselidiki secara teliti, sehingga pendapat mereka mengenai persoalan setiap hari diakibatkan oleh pengaruh luar. Menurut Hitler, golongan ini sudah tentu baik jika sekiranya mereka menerima penerangan yang berasal dari pihak yang baik dan jujur. Sebaliknya pula, golongan ini akan menjadi rosak jika sekiranya dia dibekalkan dengan penerangan yang datangnya dari orang-orang jahat dan pembohong.


Sementara golongan kedua pula tidaklah terlalu banyak. Pada umumnya mereka terdiri dari golongan pertama, tetapi kerana adanya pengalaman pahit yang mereka terima menyebabkan mereka tidak mahu mempercayai lagi apa yang mereka baca. Mereka dari golongan ini, mengikut Hitler, adalah mereka yang anti akhbar. Malah mereka jarang membacanya. Mereka beranggapan isi akhbar merupakan akhbar bohong yang tak boleh dipercayai. Mengikut Hitler, golongan ini sangat sukar untuk dikawal, sebab mereka bersikap tidak percaya kepada segala penerangan. Golongan ini merupakan golongan yang tidak dapat menghasilkan sesuatu yang baik.


Dan golongan yang paling kecil sekali bilangannya ialah golongan ketiga atau golongan kritis. Yang termasuk di dalam golongan ini, adalah mereka yang tergolong dari kalangan cerdik pandai hasil pendidikannya atau pengalaman yang membentuk fikiran kritis mereka. Mengikut Hitler, bagi golongan ketiga ini tugas seorang wartawan tidak terlalu mudah atau tugas ringan untuk mempengaruhi mereka. Itulah sebabnya para wartawan begitu kurang senang dengan golongan ketiga ini, kata Hitler. Kata Hitler, "Sebab selama hidupnya mereka telah biasa melihat pada setiap wartawan sebagai seorang penipu, yang kadang-kadang sengaja melaporkan kebenaran. Hanya disayangkan, bahawa nilai dari orang-orang yang benar-benar baik ini tidak terletak pada jumlahnya, malah pada intelegensinya semata-mata."


Oleh kerana keadaan selalunya bejat, di mana jumlah lebih berkuasa dari kecerdasan maka golongan yang pertama adalah merupakan golongan yang paling penting.


Kata Hitler, "Pada masa sekarang jumlah kertas undi rakyat itulah yang menentukan. Sebab itu golongan terbesarlah yang terpengaruh dan penentu pimpinan."


Adalah menjadi kepentingan negara, kata Hitler, untuk mengawasi golongan terbanyak yang lekas percaya dengan apa saja yang diterima mereka supaya tidak dididik oleh orang-orang yang bermaksud jahat.


Mengikut Hitler, yang paling harus diawasi ialah akhbar. Sebab akhbar merupakan alat yang paling penting di mana orang-orang berkuasa dapat memberikan pengaruh yang mendalam kepada rakyat yang kurang pendidikan itu dan yang tidak mempunyai masa mencari kebenaran, melainkan bekerja terus menerus.


Oleh sebab itu, Hitler tidak percaya dengan kemerdekaan dan kebebasan akhbar. Baginya akhbar adalah milik politik, polisi dan ideologi pemimpin. Dengan penuh keyakinan, alat pendidikan rakyat ini (akhbar) harus dipegang dan ditujukan ke arah kepentingan negara dan bangsa, kata Hitler.

~ Majalah Mastika keluaran Ogos 1981

________________

Jika dulu Hitler selalu bermain dengan C4, sekarang ni, wujud lagikah Hantu Jelmaan beliau?

No comments: