Tuesday, February 10, 2009

DURHAKA.com

Dengan tiba-tiba sahaja akhirnya Negeri Perak menjadi tumpuan negara. Alkisah dari mula lagi bermula dengan Kes "SEDEKAH" Perempuan (Bak kata tertuduh ketika itu) yang melibatkan berpuluh-puluh juta itu. Sejak itu maka arakian diriwayatkan bermulalah adegan cak-cak dan tom-tom bak di Perak.

SCENE 2 pula diceritakan tatkala Adun Bota melompat katak ke PKR. Ketika itu, tidak pula ia meletak jawatan sebagai ahli Umno & Adunnya. Beliau hanya UMUM keluar parti sekejap sahaja sebab nak pergi jamban. Terjadi pula kenyataan akhbar oleh Umno yang ketuanya akan bertanggungjawab. Maka bertanggungjawab sungguh ia hingga melepaskan jawatan yang selepas itu disahut oleh Tok Jibtuya. Senyum kambing biri-biri Tok Jib. Ulat bulu dah naik daun katanya di dalam hati. Plan aku menjadik wey!

Diriwayatkan lagi oleh khabar-khabar di negara bahawa dua Adun PKR hilang entah ke mana. Aduh! Malaysia yang punya bapak Polisi yang dahysat dan terpantas no. 4 di dunia boleh kehilangan 2 Adun. Menaajibkan!

Main sorok-sorok tak nak keluar punya pasal, akhirnya Speaker Dun Negeri Perak hantar surat perletakan jawatan 2 Adun tersebut kepada SPR Negeri. Tidak diterima pula SPR gara-gara empunya diri belum lagi mahu letak jawatan. Bila SPR tanya itu kita tidak tahu. Dari khabar agaknya.
Berdasarkan kepada Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya telah dimasukkan ke dalam Peruntukan Perlembagaan Negeri-negeri (sebagaimana kehendak Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan), apabila sahaja SPR dimaklumkan terdapatnya kekosongan di dalam DUN, maka SPR perlu mengisytiharkan kekosongan tersebut dan Pilihanraya Kecil mesti diadakan di dalam tempoh 60 hari. SPR tidak boleh untuk memeriksa atau meneliti atau membatalkan makluman yang dbuat oleh Speaker tersebut bahkan SPR adalah terikat dengannya. Namun, kejadian di Perak menunjukkan SPR telah melanggar perlembagaan. SPR telah menjadi Mahkamah yang memutuskan perletakan 2 Adun ke Bebas adalah tak sah. Amboi!. Lalu, Tuan YB Speaker kemudiannya telah memfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Ipoh. Entah bila agaknya kes ini didengar, dibicara, diputuskan, dirayu pula selepas itu dan menemui jalan penamatnya.

Lalu Al-kisah, maka bermulalah polemik Scene 3. Ditambah juga oleh Adun Jepalang dari DAP akan keluar parti dan membebaskan dirinya jadi YB Bebas Cap Kelapa Laut Afrika bersama dua lagi YB Bebas (dulunya PKR). Maka bertigalah YB Bebas. Jikalau ada 25 lagi YB menyertainya maka Parti Bebas mereka itu boleh memerintah negeri Perak. Tapi manakan 28 BN dan 28 PR mahu berparti Bebas seperti mereka. Mereka itu Bebas. Bebas mana boleh ada parti. Bebas kena bebaslah.

Lalu 4 Februari 2009 maka mengadaplah MB ke bawah duli Sultan. Dimohon bubar Dun. Esoknya Tok Jibtuya pula berjumpa. Petangnya itu, 3 YB Bebas diceritakan bebas berdiri di sebelah Tok Jibtuya di Putra yang berjaya. Berkata 3 YB Bebas tadi, kami bebas. Tapi kami sokong BN. Pulak dah. Maka Bebas ke arah BNlah namanya 3 YB Bebas tadi.

Hatta, Tok Jibtuya pun mengwar-warkan BN cukup korum. Cukup korum bentuk kerajaan tapi kerajaan sebelumnya belum lagi ditumbangkan secara UNDANG-UNDANGnya. Secara logik & on paper boleh jadi YA.

Lalu Undang-undang Tubuh Negeri Perak (Perlembagaan Negeri) pun dibuka. Buka punya buka tak jumpa perkara yang berikuasa kepada Sultan untuk memecat MB. Yang ada hanyalah kuasa MELANTIK MB. Tiada juga perkara yang memberi kuasa kepada Sultan untuk menitahkan MB untuk meletak jawatan. JAWAPANNYA TIADA / TIDAK ADA / YILEK kata Sarban Singh / MEY YOK kata olang cina!

Tatapi di dalam kes Perak, lain pula jadinya. Geleng kepala patik!.

Ampun Tuanku,

Adapun menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, seorang Menteri Besar itu hanya boleh diberhentikan melalui :-

1) MB itu sendiri secara sukarela meletak jawatan;
2) Semasa sidang DUN diadakan Undi Tidak Percaya kepada MB; dan/atau
3) Apabila DUN dibubarkan.

Maka di sini kita melihat dengan fakta dan sahih undang-undang bahawa:-

1) Kerajaan Pakatan Rakyat masih lagi kerajaan yang SAH
2) MB Dato' Seri Hj Nizar adalah YAB MB yang masih SAH.

Jika BENAR dan/atau BETUL kerajaan BN nak memerintah, patik rasa tiada masalah. Be Gentlement. Majority WIN. Tapi ikutlah saluran yang SEWAJARNYA. Ini MESEJnya yang semua pihak kena paham.

MB sedia ada TIDAK AKAN Meletak Jawatan.

DUN pula tidak diperkenan oleh Tuanku Sultan.

Nah! Adakan saja sidang Dun PALING TERGEMPAR di dalam Dunia. Maka usulkan undi tidak percaya. Cukup Majoriti maka cukuplah sifatnya.

Ada lagi OPTIONnya.... untuk lebih JANTAN, pihak BN mohon perkenan Sultan untuk BUBAR DUN dan adakan sahaja Pilihanraya Kecil Dun Perak. Tapi di sini, JANTANkah BN?

No comments: