Wednesday, February 11, 2009

DURHAKA 2

Semalam selepas mengarang pendek tajuk Durhaka.com, entah macam mana terbaca satu artikel di dalam ruangan RENCANA Utusan Meloya. Tajuk artikel itu adalah “Sultan tentukan siapa MB” karangan Bakal Calon Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia, seorang peguam senior.

Apabila selesai membaca artikel tersebut, rasa makin kuat keinginan untuk membaca, menelaah Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 dan seterusnya membanding pandanganku yang tersendiri akan kebenaran yang dibawa oleh intipati artikel itu.

Artikel tersebut mempunyai 30 perenggan dan aku tidak bercadang untuk mengulas ketiga-tiga puluh perenggan tersebut. Hanya beberapa perenggan saja yang aku rasa perlu DIPERSEMBAHKAN kepada orang awam yang tidak mempunyai latar belakang ilmu perundangan untuk difikirkan.

Apapun, kata orang undang-undang, pandangan para pengamalnya biasanya ada DUA. Terutama apabila ada “lacuna” (kekosongan) atau gap atau loop-hole di dalam satu-satu peruntukan. Sebab itu kadang-kadang ada kes kata macam tu dan ada pula kes kata begini. Masing-masing ada tafsiran masing-masing. Tetapi di dalam kes di Perak inidan merujuk kepada artikel tersebut, aku pertahankan pandanganku setelah berbincang dan berbahas secara ilmiah dengan sahabat-sahabat perundanganku.

Berikut adalah perenggan-perenggan yang aku rasakan ada tafsiran yang tidak tepat atau dicanang mengikut selera “politik” pihak-pihak tertentu:-


[1] Perenggan 9, Datuk Kamilia berkata,

“Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang.”

Komen : Termaktub di Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 bahawa :-

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perkara 18 (2) Adapun Majlis Mesyuarat Kerajaan itu hendaklah dilantik sebagai yang berikut iaitu:

(b) hendaklah Baginda dengan nasihat Menteri Besar melantik tidak lebih daripada sepuluh orang atau tidak kurang daripada empat orang ahli-ahli lain dari antara ahli-ahli Dewan Negari itu;

tetapi jikalau satu lantikan itu diperbuat pada masa Dewan Negeri itu dibubarkan, seorang yang telah menjadi ahli Dewan Negeri yang akhir bolehlah dilantik tetapi tidak boleh dia melanjutkan jawaannya kemudian daripada perjumpaan yang pertama bagi Dewan Negeri yang baharu itu kecualinya dia menjadi seorang ahli bagi Dewan itu.

Tidak pula aku terjumpa bahawa “Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut”. Yang termaktub di dalam perkara/fasal ini adalah berkisar berkenaan dengan kuasa Sultan untuk perkenan perlantikan Exco Kerajaan Negeri, itupun SETELAH DUN itu dibubarkan. Soalan aku, dibubarkankah Dun Perak?

Keputusan : 1-0.


[2] Perenggan 11 dan 13, Datuk Kamilia berkata,

“(11) Seorang Menteri Besar hanya akan memohon pembubaran DUN apabila tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. Apabila seseorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan, maka ia bermakna beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar.

(12) ....

(13) Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).”

Komen : Termaktub di Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 bahawa :-

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perkara 16 (6) Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonannya Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu.

Versi Bahasa Inggeris

The Executive Council

Article 16 (6) If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the resignation of the Executive Council.

Di dalam perkara ini, bagi orang awam mungkin sedikit keliru dan pening dengan frasa (ayat) perundangan yang berbelit-belit. Menurut Perkara (16) (6) ini, kronologi berikut MESTILAH berlaku mengikut prioriti:-

Langkah 1. MB terhenti daripada mendapat kepercayaan majoriti ahli Dun;

Langkah 2. MB mohon pembubaran;

Langkah 3. Sultan perkenan pembubaran

Langkah 4. MB (setelah Sultan perkenan) akan secara sukarela letak jawatan.

Ayat “kemudian” dan “dikecualikan” (Bahasa Melayu) atau “then” dan “unless” (Bahasa Inggreis) pada Perkara 16 (6) hendaklah diperhatikan secara BERHATI-HATI oleh semua pihak.

Maksud dua patah perkataan tersebut adalah, MB letak jawatan SELEPAS Sultan perkenan. Bukannya letak jawatan dulu barulah selepas itu Sultan perkenan. Sebabnya jikalau ikut logik sekalipun, kalu MB kena letak jawatan dulu, then sultan perkenan, OK. Tapi bagaimana pula jika:-

1) MB letak Jawatan, Sultan tak perkenan? atau

2) MB tak letak jawatan, Sultan juga tak perkenan?

Berbalik kepada kes di Perak, Sultan TIDAK perkenan untuk bubar dan MB pula TIDAK letak jawatan. Maka di dalam kes, maka YAB Dato’ Seri’ Hj Nizar masih lagi mendapat KEPERCAYAAN ahli-ahli Dun. MELAINKAN telah diadakan sidang Dun dan diadakan USUL undi tidak percaya, maka ketika itu, barulah Hj Nizar tadi menurut perkara yang lain di bawah undang-undang yang sama bukan lagi MB.

Justeru itu, ayat “automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan” adalah TIADA LOCUS dan BASIC (ASAS) yang kukuh untuk diterima pemakaiannya dari sudut undang-undang negeri Perak. Sebabnya TIADA peruntukan KHUSUS di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyatakan perkara tersebut. Ianya adalah TAFSIRAN Datuk Kamilia semata-mata. Untuk itu, HANYA Mahkamah mempunyai bidangkuasa yang cukup luas di dalam MENTAFSIRkan Maksud TERSIRAT peruntukan ini.

Keputusan : Seri (hehe). Sebab Mahkamah akan tentukan.

Nota Tambahan : Persoalan yang timbul, adakah tindakan Sultan memanggil wakil BN (Tok Jibtuya) DAN wakil rakyat bebas seramai tiga orang itu, adalah untuk memenuhi peruntukan “terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu”? Namun harus DIINGATKAN, bahawa tindakan ini adalah TIDAK SELARI dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kerana HANYA melalui USUL UNDI TIDAK PERCAYA di dalam Dun sahaja tafsiran ““terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu” boleh dilaksanakan.


[3]. Perenggan 14 “Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, jelas Sultan mempunyai kuasa bertindak untuk melantik Menteri Besar baru dan sekaligus penubuhan kerajaan negeri yang baru. Jelas juga bahawa kuasa Menteri Besar dan Exco lama akan gugur dengan sendirinya.”

Komen : Termaktub di Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 bahawa :-

Memanggil, memberhentikan dan membubarkan Dewan Negeri

Perkara 36 (2) Duli Yang Maha Mulia bolehlah memberhentikan atau membubarkan Dewan Negeri itu.

Perkara 36 (3) Maka Dewan Negeri itu dikecualikan dibubar sebelumya, dan hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh perjumpaannya yang pertama dan hendaklah dengan sendirinya terbubar pada hujung tempoh itu.

Sultan sememangnya tidak dinafikan bahawa mempunyai kuasa untuk melantik MB baru, TETAPI, jika kita baca peruntukan di atas, HENDAKLAH dibubar terlebih dahulu Dun. Maka sekaligus MENAFIKAN secara terang bahawa ayat “kuasa Menteri Besar dan Exco lama akan gugur dengan sendirinya” adalah BERTENTANGAN dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Keputusan : 3-1 (Sebab Seri 1 tadi – KIV tunggu keputusan Mahkamah).


[4]. Kata Datuk lagi di dalam tiga perenggan lagi iaitu, Perenggan 20

Tidak perlu undi tidak percaya di DUN sebelum pelantikan Menteri Besar baru kerana Nizar sendiri telah menghadap Sultan menyatakan sudah tidak ada kepercayaan untuk dirinya terus menjadi Menteri Besar apabila beliau sendiri memohon membubarkan DUN.

Perenggan 21

Nizar tidak perlu meletak jawatan kerana perbuatan memohon pembubaran DUN itu sendiri dianggap satu peletakan jawatan kerana beliau dengan sendirinya sudah tidak ada mandat untuk berfungsi sekali gus turut menggugurkan jawatan kesemua exconya.

Perenggan 22

Namun Nizar berdegil menyatakan beliau masih Menteri Besar Perak. Sebenarnya daripada sudut undang-undang beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar. Zambry kini sah menjadi Menteri Besar Perak. Perintah mahkamah boleh diambil terhadap Nizar kerana melanggar perintah Sultan.

Komen : Sila baca semula Perkara 16(6) di atas. Kena faham bahawa, LANGKAH atau TINDAKAN yang WAJIB berlaku dahulu adalah SULTAN PERKENAN untuk PEMBUBARAN. Jika Sultan tidak perkenan, maka Sultan dengan sendirinya PERCAYA bahawa TIADA undi tidak percaya ke atas Kerajaan PR.

Kena diperbetulkan ayat pada artikel beliau kononnya MB Hj Nizar mohon bubar Dun atas dasar sudah tiada kepercayaan kepada dirinya untuk terus jadi MB. Jika begitu, 1-4 tahun akan datang, Parlimen Malaysia dibubarkan, yang mana Dun-Dun di Malaysia juga biasa dibubarkan serentak, ADAKAH BERMAKSUD Kerajaan Pusat atau Dun-Dun lain seperti di Sabah, Sarawak, Johor atau negeri-negeri lain SUDAH TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN ahli-ahli Dewannya? Sudah tentu tidak. Ini kerana satu-satu Parlimen/Dun diberi tempoh masa maximum 5 tahun sahaja. Tak boleh lebih. Kurang tidak mengapa.

Justeru, terpulang kepada kebijaksanaan PM atau MB untuk menentukan bila Parlimen atau Dun dibubarkan. Itu adalah peruntukan yang diberikan kepada PM atau MB. Dibubarkan bukan ASBABnya TIDAK PERCAYA SAHAJA. Tempoh yang dinyatakan di dalam Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri adalah lima tahun. Ini termaktub di dalam Perkara 36 (3) Maka Dewan Negeri itu dikecualikan dibubar sebelumya, dan hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh perjumpaannya yang pertama dan hendaklah dengan sendirinya terbubar pada hujung tempoh itu.

Untuk itu, UNDI TIDAK PERCAYA di DUN sebelum perlantikan MB HARAM adalah WAJIBUL QAT’IE!.

Keputusan : 4-1 (1 Masih KIV dengan Keputusan Mahkamah).


PENUTUP

Jika diikutkan ilmu BOLASEPAK, keputusan 4-1 (1 masih KIV tau) sudah cukup untuk mengakibatkan kumpulan yang menjaring 4 gol itu menang 3 mata.

“Priiiiiiiiiit,”bunyi wisel pengadil.

Tanamkan KEYAKINAN bahawa Yang HAQ pasti tertegak! Jika tidak di dunia fana ini, insyaAllah sama-sama kita TUNTUT di akhirat kelak. Takbir!

Sekian.

Abu Umar Nashrullah,

Bangi, Selangor.


Cuit sikit : Perkara 35 Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1948 di bawah tajuk Meletak Jawatan Menjadi Ahli-Ahli berbunyi, “Maka seseorang ahli Dewan Negeri itu bolehlah meletak jawatan menjadi ahli dengan menulis surat yang ditandatanganinya dan dialamatkan kepada Yang Dipertua”. Di dalam kes 2 Dun Bebas (dulunya PKR sekarang dah jadi Adun Bebas Cap Kapal Korek), surat SUDAH ditulis, ditandatangani pula itu dan dialamatkan kepada YDP Speaker Dun, Tetapi Mahkamah SPR putuskan ianya TAK VALID. Sebab kata SPR tiada tarikh dan empunya diri tidak berniat/bermaksud letak jawatan. Cuba baca lagi sekali peruntukan yang diitalic di atas tu, samada surat dua (2) Dun tersebut telah memenuhi peruntukan tersebut. Perlukah ia bertarikh dan diniatkan sedangkan Perkara 35 tidak menghendaki sebegitu? Tunggu keputusan Mahkamah dan kes2 terdahulu yang telah diputuskan..... Chow!


No comments: