Beberapa hari lepas, TPM Tok Jibtuya bertemu dengan semua ADUN di Sarawak. Courtesy Call SEBELUM bergelar PM agaknya. Satu langkah politik yang bersifat MENGAMBIL HATI kepada penyumbang SAHAM kerusi Parlimen untuk BN. Dalam hati Tok Jibtuya mesti berkata, "Sebelum aku naik jadi PM, aku mau tau apa yang korang nak, apa masalah, itu dan ini. Supaya nanti masa aku naik jadi PM, semuanya BERJALAN LANCAR".
Dari satu sudut perjumpaan itu dilihat sebegitu. Tapi dari satu sudut yang lain, para pengamal politik melihat perjumpaan tersebut sebagai PERJUMPAAN Pra kepada Pilihanraya Dun Negeri Sarawak.
Kali terakhir Sarawak mengadakan PR Dunnya adalah pada tahun 2006, Bulan Mei, tanggal 20. Ketika itu, keputusan yang diterima oleh BN (terutama bagi parti komponen bangsa Cina iaitu SUPP) AMAT mengecewakan pimpinan Pusat BN. Umpama PRU ke-12 pada tahun 2008 sudah DIBERI SIGNAL oleh PENGUNDI CINA bahawa, "BN, kamu mesti diAJAR!".
Pilihanraya pada tahun 2001, daripada 62 kerusi yang dipertandingankan, BN mempunyai REKOD Cemerlang, Gemilang & Terbilangnya seperti berikut:-
Barisan Nasional (60)
BN - Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (Menang 30)
BN - Sarawak United People's Party (Cina) (Menang 16)
BN - Sarawak National Party (Iban) (Menang 6)
BN - Parti Bansa Dayak Sarawak (Iban) (Menang 8)
Pakatan Rakyat + Bebas (2)
DAP -Menang 1 (Bertanding di 13 kerusi)
PKR -0 (Bertanding di 25 kerusi)
PAS -0 (Bertanding di 3 kerusi)
STAR - 0 (Bertanding di 5 kerusi)
Bebas - Menang 1 (Bertanding di 62 kerusi)
Selepas tahun 2001, berlaku persempadanan semula kawasan Dun. Di Sarawak, terdapat penambahan sebanyak 9 Dun menjadikan 71 kerusi dipertandigkan. Keputusan PR Sarawak pada tahun 2006 adalah seperti berikut:-
Barisan Nasional (62)
BN - PBB - Menang 35
BN - SUPP - Menang 11
BN - Parti Rakyat Sarawak (PRS) (Iban) - Menang 8
BN - Sarawak Progresive Democratic Party (SPDP) (Iban) - Menang 8
Pakatan Rakyat + Bebas (9)
DAP - Menang 6 kerusi
PKR - Menang 1 kerusi
SNAP - 1
PAS - 0
STAR - 0
Bebas - 1
Keputusan awal yang diterima adalah menggalakkan apabila BN mula menang satu demi satu kerusi bermula kerusi Krian pada jam 5.40 petang. Laporan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 8 malam, menunjukkan BN mendahului 10 kerusi termasuk dua yang dimenangi tanpa bertanding.
Bagaimanapun, kegirangan di bilik operasi BN di beberapa kawasan bandar utama, mula berubah apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan pembangkang menguasai banyak kerusi di kawasan majoriti pengundi Cina.
Calon BN yang diwakili Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) tewas kepada pembangkang di Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Meradong, Kidurong, Bukit Assek selain kemenangan calon Bebas di Ngemah, seperti dijangka dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di Engkilili.
Manakala bagi PAS mencatat kejayaan membanggakan di N.24 Dewan Undangan Negeri Beting Maro, Sarawak kerana berjaya mengurangkan majoriti Barisan Nasional di kawasan tersebut.
Calon PAS, Haji Alem Din memperolehi 1901 undi berbanding dengan calon BN, Bolhasan Di yang meraih sebanyak 2796, manakala 45 undi rosak dengan peratusan keluar mengundi sekitar 50 peratus sahaja.
Bagaimanapun berdasarkan keputusan itu, berbanding dengan keputusan 2001, BN menerima tamparan hebat kerana selain undi PAS meningkat sebanyak 502 undi, jumlah undi yang diperolehi oleh calon BN yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, berkurangan sebanyak 1637 undi.
Untuk rekod, dalam PRU 2001 di Dun Beting Maro, Bolhasan memperolehi 4433 undi menewaskan calon PAS, Abang Ahmad Abang Dahlan yang hanya meraih 1399 undi.
Apa yang mengejutkan lagi, di kawasan peti undi Beladin, calon PAS berjaya mengatasi BN di semua enam saluran tempat mengundi.
_________
Itu jika kita berbicara soal Pilihanraya Dun Sarawak pada tahun 2001 dan 2006. Dun Negeri Sarawak akan terbubar dengan sendirinya pada Mei 2011. Namun di bumi Kenyalang itu sekarang ini, khabar angin sepoi-sepoi bahasa bertiup kencang di mana Ketua Menterinya dikatakan akan membubarkan Dun pada tahun ini. Atas dasar apa kebenaran khabar angin ini, mungkin PERISTIWA / INSIDEN yang berlaku seperti yang dipaparkan di dalam Berita Harian pada hari ini akan membuatkan kita terfikir, akan kebenaran bahawa Pilihanraya Dun Negeri Sarawak tahun ini!.
Sarawak pertahan halang Naib Presiden PKR masuk

Monday, 16 February 2009 07:21am | |
KUCHING: Kerajaan Sarawak mempertahankan tindakan menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa, daripada memasuki negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang kelmarin. “Sebelum ini, ada juga pemimpin pembangkang yang dihalang kemasukan atas sebab keselamatan dengan mahkamah memutuskan kita berhak berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan mangsa kebakaran kepada empat keluarga dari Kampung Pinang Jawa di sini, semalam. Petang kelmarin, Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang dihalang memasuki negeri ini oleh kakitangan Jabatan Imigresen selepas pesawat dinaikinya dari Kuala Lumpur mendarat di LTAK kira-kira jam 1.30 petang. Sivarasa yang mendakwa kehadirannya ke Kuching adalah bagi menghadiri mesyuarat PKR Sarawak sebelum ke Miri bagi merasmikan satu lagi majlis pada sebelah malam. Daud berkata, kerajaan Sarawak mempunyai hak imigresen sejak penubuhan negara ini bagi menghalang kemasukan warga Malaysia bukan berasal dari Sarawak atau bukan warganegara Malaysia atas tujuan keselamatan serta kepentingan penduduknya. “Jabatan Imigresen Sarawak mempunyai senarai nama individu tertentu yang dianggap lebih baik tidak dibenarkan memasuki negeri ini berikutan faktor keselamatan dan secara kebetulan mereka juga terbabit dengan ahli politik tertentu. “Mereka secara kebetulan ahli politik pembangkang, kita tidak menyenarai hitam sesuka hati pemimpin pembangkang (daripada memasuki Sarawak), saya tak tahu sebabnya dan jika tahu pun saya tak boleh mendedahkannya,” katanya. Beliau berkata, sebelum ini pihak imigresen tidak pernah menghalang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke negeri ini dengan individu yang dihalang seharusnya mengetahui punca sebenar tindakan itu perlu diambil. “Golongan terbabit akan dibenarkan memasuki ke negeri ini sekiranya tidak lagi memberikan ancaman kepada penduduk Sarawak sama ada mereka wakil rakyat pembangkang atau bukan pembangkang,” katanya. |
No comments:
Post a Comment