Monday, July 6, 2009

SUPERMAN di MANEK URAI

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapha Mohamed berkata bantuan itu adalah sebagai tanda ingatan kerajaan kepada warga Manek Urai.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya dalam satu sidang akhbar di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di sini Ahad.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai 5 Julai dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manik Urai.

________________________

"Ambik dik ambik.... Tapi UNDI kita tetap UNDI PAS"

"Undi Undi Undi"

"Tapi.. Tapi kita mane bleh undi"

"Takpe... kita minta kakak, abang, ayah, ibu, nenek, tok, sedara-mare kita undi PAS"

"Betul... Betul... Betul"


No comments: