Wednesday, July 15, 2009

Laporan POLIS terhadap TPM : Langgar Akta Kesalahan Pilihanraya

Lajnah Undang-undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Laloh terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran satu kenyataan yang telah dibuat beliau semasa memberikan ucapan di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Lama. Saudara Hisham Fauzi, Abu Daud Wan Rahim, Ahmad Najib Deris dan Mohd. Abd. Rashid Yah di antara anggota Pasukan Peguam LUHAM yang hadir untuk membuat laporan polis tersebut.

Dalam ucapan tersebut, TPM telah membuat janji kepada pengundi di Dun Manek Urai sekiranya BN menang satu jambatan baru yang menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru akan dibina dan juga akan menjadikan Manek Urai sebagai sebuah Kota Agropolitan. Tawaran tersebut telah bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen 10 AKPR berbunyi (Bahasa Inggeris, untuk laymen sila baca dengan penuh kesabaran. Peruntukan (a) sehingga (i) tetapi di sini hanya dinyatakan sub (a) sahaja. Nanti banyak sangat tak paham pulak):-

10. Bribery

The following persons shall be deemed guilty of the offence of bribery:

(a) every person who, before, during or after an election, who directly or indirectly, by himself or by any other person on his behalf, gives, lends, or agrees to give or lend, or offers, promises, or promises to procure or to endeavour to procure, any money or valuable consideration to or for any elector or voter, or to or for any person on behalf of any elector or voter or to or for any other person, in order to induce any elector or voter to vote or refrain from voting, or corruptly does any such act as aforesaid on account of such elector or voter having voted or refrained from voting at any election;


Oleh yang demikian, Luham mengambil tindakan membuat laporan polis kerana ianya seolah 'gula-gula' yang diberikan oleh BN kepada pengundi Manek Urai supaya mengundi serta menyokong BN dalam PRK N.41 Manek Urai tersebut.

Persoalannya, apakah yang AKAN terjadi dengan laporan tersebut?

A) DiBAKULSAMPAHkan?
B) Disiasat tetapi NFA?
C) Sila tambah dengan jawaban sendiri...


No comments: