"Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk menjayakan perjuangan kita," katanya sambil menambah, Pakatan Rakyat, sepertimana juga BN, tidak menangani keperluan golongan terpinggir.
"Tetapi kini masanya sudah tiba bagi kita bergerak kehadapan bersama dengan gelombang 'Makkal Sakti' rakyat," kata beliau yang juga setiausaha agung penaja parti itu kepada kira-kira 2,000 penyokongnya di Klang.
HRP akan meneruskan memperjuang tuntutan 18 perkara Hindraf.
"Saya telah mengenal pasti 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi DUN... dengan kira-kira 20 hingga 46.2 peratus undi kaum India di kira-kira sembilan kerusi," kata Uthayakumar said.
Menurutnya, buku tersebut dihasilkan sewaktu beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Uthayakumar dan empat lagi pemimpin Hindraf telah ditahan di bawah ISA pada 2007 sejurus selepas menganjurkan protes jalanan besar-besaran kaum India di ibunegara.
No comments:
Post a Comment