Tuesday, July 21, 2009

Demo Anti-ISA vs Pro-ISA : 1 Ogos 2009

Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendokong akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA dengan mengenakan pakaian warna putih dan berhimpun pada jam 1 tengah hari serta mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut. Kumpulan ini juga bercadang untuk hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan. Kumpulan ini meletak tema "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara.

GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan iaitu kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan.

Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.

So, anda Pro atau Anti I.S.A?

No comments: