Wednesday, July 22, 2009

Apa jadi pada kes OSA Ezam Mohd Mor?

Pada tahun 2002, Mohamad Ezam Mohd Nor yang ketika itu adalah Ketua AMK, telah didakwa kerana mendedahkan DOKUMEN RASMI kepada umum. Beliau didakwa di bawah Seksyen 8(1)(c) yang dibaca bersama dengan Seksyen 8(1)(i) Akta Rahsia Rasmi atau Official Secrets Act 1972 (Akta 88).

Kertas pertuduhan adalah seperti berikut:-

"Bahawa kamu pada 6 November 1999, diantara jam lebihkurang 12.45 tengahari hingga 2.00 petang, di suatu persidangan akhbar yang diadakan di No. 101 dan 201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II, No. 15, Jalan 16/11, off Jalan Damansara, Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai orang yang memiliki suatu rahsia rasmi yang telah kamu dapati bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) sepertimana yang disebutkan dibawah seksyen 8(1)(c) Akta tersebut, iaitu laporan-laporan yang telah dikelaskan dibawah Akta Rahsia Rasmi (Akta 88) sebagai "RAHSIA" yang bertajuk:

1. 'SIASATAN TERHADAP DATO' SERI RAFIDAH AZIZ Y.B. MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI; dan

2. 'SIASATAN BADAN PENCEGAH RASUAH TERHADAP Y.A.B. TAN SRI ABDUL RAHIM BIN TAMBY CHIK (B1), KETUA MENTERI MELAKA'.

telah menyampaikan secara langsung laporan-laporan tersebut kepada seseorang yang lain daripada orang yang kepadanya kamu diberi kuasa dengan sempurna bagi menyampaikannya, iaitu dengan menyampaikan laporan-laporan tersebut kepada pemberita-pemberita yang hadir di persidangan akhbar yang tersebut di atas, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 8(1)(i) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)."

Di peringkat Mahkamah Sesyen, Ezam didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara atas kesalahannya itu. Ezam merayu-rayu untok merayu.

Di Mahkamah tinggi [Tahun 2004], Hakim K.N Segara melalui kes Rayuan Jenayah MT no. 42-22-2002 telah membenarkan rayuan Ezam dan beliau dibebaskan daripada pertuduhan. Kemudiannya, Jabatan Peguam Negara pula merayu.

PERSOALANNYA : Apa dah jadi pada kes INI selepas dirayu? Maksud lain, apa jadi pada kes ini SELEPAS Ezam MASUK UMNO? Ada sesiapa boleh semak STATUS FAIL kes ini di Bilik Fail Mahkamah? Heheh...

Jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERI......

1 comment:

Faizal Rahman said...

Selamat dah dia bila masuk UMNO, sama jugak mcm xPKR yg melompat kat Perak nun..