Thursday, July 9, 2009

PEMECAH BERITA : Ust NASA ke MANEK URAI malam ini

Timbalan Presiden PAS, Ust Nasarudin Mat Isa akan bertolak ke Manek Urai malam ini. Itu berita SAHIH yang diterima sebentar tadi. Sepatutnya beliau berada di MU lebih awal namun disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan, maka perancangan tersebut ditunda.

Semalam beliau telah berjaya menjalani pembedahan pada ususnya di Hospital Serdang. Ini sekaligus menjawab persoalan di mana beliau tatkala penamaan calon PrK MU sedang berlangsung.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "Dia akan dibawa (ke Manek Urai) tetapi bila tu tidak tahu, tetapi saya sendiri beritahu kena bawa. Saya minta dia mari, saya nak dia mari," katanya.

Penasihat Pilihan Raya Pas negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata di dalam sidang akhbarnya semalam, "Kita menjemputnya datang ke sini esok atau lusa bagi memberikan ruang kepadanya untuk berkempen. Sekiranya beliau datang esok program pertamanya ialah sidang media di Markas Induk Pas kerana kita kesiankan wartawan yang bertanya dia setiap hari".

SESUNGGUHNYA PAS ADALAH BAHTERA YANG SELAMAT

No comments: