1 Ogos 2009 - Saya sendiri telah ditahan (sudah dipegang kedua-dua tangan) oleh Polis. 12 Orang ramainya Polis mengelilingi saya ketika itu yang mana turut bersama saya adalah SU Perhubungan PAS Negeri Selangor, Saudara MK juga seorang peguam. Namun, setelah bernegosiasi dan berhujah dengan peruntukan undang-undang - Akta Polis, Kanun Kesiksaan dan Kanun Acara Jenayah, satu kata sepakat dicapai. Kami hanya diberi AMARAN oleh Polis dan mereka memohon kerjasama agar kami tidak menyertai perhimpunan (baca : Demo).
Ketika tangan dipaut oleh Polis, satu soalan yang saya tanya, "Tuan Inspektor (cam pangkat pada bahunya), adakah saya ditangkap?". Dia tidak menjawab tetapi berkata, "Kami hanya nak buat siasatan, kita bincang lanjut di balai". Saya tanya lagi, "Siasatan di bawah Seksyen & Akta apa?". Mungkin kelebihan pada saya & MK ketika itu (kedua-duanya Peguam) maka untuk tidak memanjangkan cerita (sebab dah hampir 15 minit ber"BINCANG"), akhirnya atas prinsip PROFESIONAL, kami dilepaskan. Lagipun ketika itu baru pukul 11 lebih. Demo pun tak start lagi!.
Namun, bukan kisah itu yang nak disampaikan di sini, tetapi KISAH para Demonstran yang telah ditangkap dan ditempatkan di PGA Cheras.
Mungkin ada di antara kita yang nak melihat BAGAIMANA KEADAANNYA sahabat/iah "di dalam" sana.
Saya selepas melihat rakaman tersebut, TERGELAK BESAR.
Tahanan DEMO berDEMO dalam tahanan Polis!
Rakaman oleh Saudari Aiman Athirah ada di sini.

No comments:
Post a Comment