Thursday, August 6, 2009

PrK Permatang Pasir diadakan pada 10 Syawal

Lihat betul-betul pada gambar terutama selepas perkataan Hari...


Permatang Pasir - Tugas SPR dan/atau SPRM bakal menjadi haru biru pada SYAWAL bulan depan. Ini kerana, daripada maklumat dalaman yang masih samar-samar anginnya, tarikh 29 September 2009 bersamaan dengan 10 Syawal 1430H dikatakan TARIKH KERAMAT sebagai PILIHAN untuk diadakan Prk Permatang Pasir.

Sekiranya ini BENAR-BENAR berlaku, DI ANTARA skrip yang akan BERKUMANDANG di Permatang Pasir adalah :

"Marilah singgah rumah kami, ada "DUIT RAYA" tau".

"Dah dapat DUIT RAYA ke?".

Maka dengan itu, SPR dan SPRM akan pening kepala dan berasa gundah gulana. Adakah HUKUM "Pemberian" DUIT RAYA itu jatuh dalam maksud RASUAH sebagaimana termaktub di dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya.

Tak sabo rasanya nak BERAYA di Permatang Pasir tahun ini. Sape tak nak DUIT RAYA oii...

No comments: