Semalam, 1 ogos 2009, di negara 1Malaysia sekali lagi menyaksikan PERUNTUKAN Perlembagaan diCABUL oleh pihak UBN yang BUAT MASA SEKARANG masih/sedang memegang tampuk pemerintahan KERAJAAN Persekutuan. Tatkala mereka masih berkuasa, mereka memang punya KUASA PEMUTUS untuk semua perkara. Itu BUAT MASA SEKARANG. Selepas PRU13 nanti, kita BELUM TAHU lagi. Kita tunggu & lihat.
Perlembagaan Malaysia melalui BAHAGIAN II, Perkara 10 (1) (b) memperuntukkan:-
"all citizens have the right to assemble peaceably and without arms". JELAS dan TERANG lagi bersuluh.
Demonstarsi MANUSH I.S.A 1.8.2009 dikatakan DIPOLITIKAN oleh pihak tertentu.
Sekarang ini, di 1Malaysia, KESIMPULANNYA, SETIAP PERKARA yang TIDAK SELARI atau MENENTANG pendirian kerajaan persekutuan akan diputuskan oleh MAHKAMAH Umno/BN sebagai satu perkara yang DIPOLITIKAN.
BERKENAAN NYAWA MANUSIA pun (Tanpa merujuk kepada kes Altantuya @ Teoh) apabila pemimpin yang BUKAN dari kalangan UBN bersuara baru sepatah dua, akan dikatakan jatuh dalam tajuk POLITIK.
Pendek kata, bersuara sahaja pemimpin PR, maka hukumnya POLITIK. Hatta jika ada pimpinan BUKAN UBN bersuara mengenai bangkai kambing mati di tepi jalan tanpa diselenggara oleh pihak berwajib sekalipun juga turut dikatakan POLITIK.
Itulah HAKIKAT di Malaysia sekarang ini. 1MALAYSIA!
Turut dikatakan juga yang menganjurkan Demo MANSUH ini menyusahkan rakyat.
Terfikir jugak, SIAPA yang:-
1) Buat Roadblock (tutup 3 laluan kepada 1 jalan) & kununnya menahan & memeriksa kenderaan yang yang menghala ke pusat bandar;
2) Menutup jalan-jalan;
3) Mengarahkan kenderaan-kenderaan patah balik;
4) Dan yang penting, KERAJAAN mana yang MENCIPTA I.S.A ini?
Siapa yang memulakan PENYUSAHAN ini?
Alangkah bagusnya jika ada pihak yang :-
1) MENGURUSKAN lalulintas yang menghala ke pusat bandar akan lebih lancar;
2) MEMBANTU perjalanan Demo MANSUH; dan/atau
3) MENJAGA keselamatan dengan kerjasama yang mantap kepada penganjur.
Jika ini berlaku, Demo MANSUH ISA pasti selesai dalam 2-3 jam sahaja.
So, sekarang ini, SIAPA yang menyusahkan?
Semua yang buruk itu datangya dari Umno/BN.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment