Wednesday, August 19, 2009

Calon BN dinasihatkan buat AKUAN BERSUMPAH

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Rohaizat Othman supaya memberi kenyataan bersumpah jika perlu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu pembatalan lesen guaman sivilnya.

Beliau berkata tindakan itu bertujuan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan kenyataan sebenar mengenai isu itu.

“Apa pun yang mustahak, kita bagi kenyataan yang betul. Saya telah bagi tahu Rohaizat bahawa kalau perlu beliau akan bagi kenyataan bersumpah untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya supaya tidak ada pihak yang menyelewengkan kenyataan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
________________________
BN ni tak habis-habis dengan SUMPAH. Dulu masa PrK Permatang Pauh, SUMPAH jugak.
Kalau dah rasa betul, buat apa nak SUMPAH. Nanti dimamah SESUMPAH.
Pinjam kata-kata para Munturi BN, kalau betul, bawa jadi kes MAHKAMAH sahaja. Tapi kat situ (Mahkamah) pun kena SUMPAH jugak, "Bersumpah bahawa akan bercakap benar tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka". Sumpah I tak tipu you!

No comments: