Sunday, August 9, 2009

HATI-HATI Speaker & Timb. Speaker DUN Selangor

Semalam, PM 1Malaysia yang diberi gelaran Mat Monggol (Nama ini tiada kena-mengena dengan kisah Hantu Altantuya) berkata, "Selangor mesti dikembalikan kepada BN".

Peristiwa yang MUNGKIN BAKAL berlaku (Nauzubillah) yang perlu diambil perhatian adalah:-

1) Speaker dan/atau Timbalan Speaker (MUNGKIN) diculik/terculik dan/atau HILANG;

2) 8 atau 9 ADUN Lompat Parti dan/atau isytihar jadi ADUN Bebas;

3) Bukan sahaja isu-isu baru akan timbul (Isu Arak adalah WARM UP SAHAJA maaa) di Selangor.

4) Media akan GAMBARkan kerajaan PR di Selangor GOYAH / Tidak SEPAKAT / Tikam Belakang / Tidur Sebantal Mimpi Lain-lain.

5) FITNAH akan berleluasa.

Satu perkara yang MENARIK mengenai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah, berbeza dengan di Negeri Perak Darul Ridzuan, Sultan Selangor boleh melalui Fasal 55 (2) (b) untuk MENOLAK permohonan MB untuk membubarkan DUN (In case 8 @ 9 ADUN Lompat Parti). Peruntukannya berbunyi...

"Duli Yang Maha Mulia boleh bertindak menurut budi bicara Baginda pada melaksanakan fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya Baginda boleh bertindak menurut budi bicara Baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu :-

(b) keengganan untuk memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Negeri"

No comments: